Syukur pada kekuasaanNYA ke atas hambaNYA yang lemah untuk meneruskan kehidupan yang penuh warna, corak, ukiran, seni dan irama. Walau bagaimanapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap yang tersurat ada pengajarannya. Setiap yang tersirat memerlukan penghayatan dan pengertian yang mendalam..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perpisahan tak semestinya tiada detik pertemuan semula. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan dan ia telah terbukti berlaku di dalam diary kehidupan saya.
Semalam detik bersejarah pada saya di mana tarikh 22.7.2009 saya telah menemui kakak angkat yang telah 9 tahun (lebih kurang) terputus khabar. Beliau merupakan role model yang terbaik pada saya yang sememangnya saya sayangi sejak dia menjadi fasilitator kumpulan kami di tingkatan 3 untuk program motivasi khas buat pelajar2 pmr, form4 dan spm bagi pelajar PPP TESL Uitm'1999. Lebih-lebih lagi saya merupakan anak sulung perempuan yang tidak mempunyai kakak sebagai penasihat dan role model, maka kami sering bertukar2 khabar di samping saya sering mendapatkan khidmat nasihat beliau. Secara peribadi beliau seorang yang peyayang dan teratur, dan telahpun menjadi pendidik sesuai dengan karakter beliau.
Terharu dan teruja sehingga tiada kata yang dapat menggabarkan betapa gembira dan bersyukur dapat bertemu dengan beliau. Selain daripada rasa sayang, saya turut menghormati sifatnya yang cukup bagus sebagai motivator saya ketika di bangku persekolahan.
Besarnya kuasa Allah s.w.t kerana dengan izinNYA DIA pertemukan kami dan memisahkan seterusnya menemukan semula dalam keadaan yang berbeza. 3 dimensi corak kehidupan merupakan lambang kematangan dan kehidupan pinjaman yang unik.
Semoga pertemuan ini akan membawa keberkatan Ilahi dan mendorong saya lebih berjaya. InsyaAllah...





