About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, November 29, 2009

Wahai Hati~

Wahai Hati,
Tabahlah...

Wahai Semangat,
Kuatlah menempuh dugaan yang tak terduga beratnya,

Wahai Jiwa,
Tenanglah bersama hati nan tulus,

Wahai Minda,
Bantulah membuat keputusan dan berfikir tangkas dan rasional,

Wahai Diri,
Kuatkanlah berbekalkan ketabahan, kekuatan, ketenangan, ketangkasan minda dan keredhaan Allah s.w.t untuk menyelesaikan satu perkara.

Walau diri tak sekuat yang diharapkan,
Namun, sedaya upaya ku lakukan untuk sebuah keberkatan.. InsyaAllah.

Tiada sesuatu yang menimpa melainkan untuk memberi ujian dan pengajaran yang tersirat,
Sesungguhnya yang bulat tidak akan datang bergolek,
Yang pipih tidak akan datang melayang...


Weeding s.a.h.a.b.a.t~

21hb November yang lepas is my friend's weeding day. At first she've proposed me to being her pengapit. That's 3 days before the weeding day.... How come??? I've no experiences before and what should i do??? Hehehehee..at the end of the day, i plan to find someone to replace me... She's also available.

Good.. That's not the problem and I can smile and take it as a first experience and may be become calm and ready soon to become anybody pengapit.

Anyway, i've not bring a camera and don't have appropriate picture to post here, however i just have a copy picture from the bridge facebook....weeeeeeeeeee~ It easy with only copying it.



Me, Ct and Ain




Me, Ain and Ct

Wednesday, November 11, 2009

Bondasayang~

Mendapat berita semalam benar2 membuatkan hati tersentak..Semalam emak berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan bulannya seperti biasa~ Alangkah terkejutnya saya bahawa tahap penyakit yang dihidapinya mulai meningkat. Ya Allah... Tuhan Yang Maha Pengasih... Betapa jantung saya berdegup kencang setelah mendengar berita itu... Saya lemah, lemah selemah-lemahnya...

PadaMU Allah s.w.t ku bersujud, memohon segala yang terbaik sebagai hambaNYA di atas bumi ini,
Ku merayu padaMU,
Emaklah sinar kehidupanku, pendorongku,
Belum sempat lagi untuk aku membalas jasanya yang sememangnya luas tak bertepi,
Menanti 2 lebih sememangnya satu jangkamasa yang amat menguji kesabaran,
Betapa berat mengandungkanku 9 bulan,
Betapa sabar beliau menjaga, mendidik, melayan kerenah anaknya yang cerewet ini,
Memberikan pendidikan secukupnya,
Membelai kasih dan sayang seadilnya,
Bersusah payah bertungkus lumus demi memberikan yang terbaik utkku,
Yang sering memberikan aku makanan kasih sayang, memberikan aku air kekuatan semangatnya,
Sehingga aku menjadi diriku kini....

Tuhanku Yang Maha Penyayang,
Ampunilah dosa emak, ayah dan dosaku,
Berilah kesejahteraan dan kesihatan kepada kami,
Limpahilah rahmat dalam kehidupan harian kami,
Permudahkanlah jalan kami menuju jalan yang lurus ke syurgaMU,
Peliharalah kami dari dosa2 yang menggoda hati kami di dunia ini..

Seandainya rezki ku ini di dalam bumi, keluarkanlah Ya Allah,
Seandainya rezkiku ini diatas, turunkanlah Ya Allah,
Seandainya sukar permudahkanlah Ya Allah,
Seandainya haram, halalkanlah Ya Allah,
Kurniakan lah kami rezki yang halal dan memberkati selain dilindungi dari Bala Bencana,
Ampunilah kami Ya Allah..
Diatas segala dosa dan kesilapan sekiranya ada,
Sesungguhnya tiada sesuatu pun yang akan berlaku melainkan dari kehendakMU Ya Allah,
Kerana sesungguhnya jika Allah berkehendakan sesuatu, maka hanya dengan berkata, JADI, Maka jadilah ia....

Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Perkenankanlah doaku ini...
Amin ya Rabbal Alamin~

Ibu~

Saturday, November 7, 2009

Ujian~

Dari sehari ke sehari aku bertanya dalam diri.. Bilakah semua ini akan berakhir? Bilakah semua ini akan tercapai? Di hati kecilku bermonolog, dimanakah perlu ku untuk melontarkan hati yang terhimpit oleh rasa hati yang cukup terkilan, kecewa, hampa...

Ku sedari, ya... setiap manusia tidak lepas dari ujian dan dugaan. Namun, sekuat manapun iman seseorang, pastinya punyai batasnya.. Sampai satu tahap, hati pasti kecewa dalam redha..... Mengapa semua ini harus terjadi di dalam kehidupanku...Bukankah ia suatu yang sepatutnya disulami dengan keriangan, tawa ria, namun... mengapa semua ini adalah sebaliknya?


--->>>>Kumengharaf sinar pelangi akan muncul untuk menceriakan hidupku. Amin<<<<<<---

Wanita Bekerjaya~

Panduan untuk wanita yang bekerja menurut Dr Yusuff Qardhawi


oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Soalan :
Apakah hukumnya seorang wanita bekerja? Maksud saya ialah bekerja di luar
rumah sebagaimana kaum lelaki. Adakah harus bagi wanita untuk turut
terlibat sama memberi saham meningkatkan produktiviti, pembangunan dan
juga aktiviti di dalam masyarakat? Atau adakah wanita itu hanya layak
untuk terkurung serta bekerja di dalam linkungan rumah sahaja? Islam
sebagaimana yang kami tahu adalah agama yang memuliakan kaum wanita serta
lebih dahulu memberikan kepada mereka hak- hak kemanusiaan sebelum
daripada Barat. Oleh yang demikian tidakkah perkerjaan itu juga anyara hak
wanita yang akan memelihara air mukanya serta kehormatannya daripada
menjadi barang murahan?
Mengapa wanita tidak turut menyertai medan kehidupan sebagaimana yang
dilakukan oleh wanita Barat telah berjaya menajamkan keperibadiannya,
memperolehi haknya serta memberi saham dalam memajukan masyarakatnya? Kami
ingin mengetahui batasnya syarak untuk setiap pekerjaan yang diharuskan
bagi kaum wanita Muslimah yang mana meskipun mereka bekerja, akan tetapi
mereka tidak sekali- kali mengadaikan agama atau melalaikan segala
tanggungjawabnya. Kalau boleh biarlah keterangan itu nanti jauh daripada
sikap- sikap melampau yang melarang keras wanita daripada menuntut ilmu,
bekerja dan keluar daripada rumah sekalipun ke masjid! Di samping itu, ia
juga hendaklah jauh daripada segala pandangan yang bermudah- mudah;
seolah- olah mahu membebaskan wanita Muslimah daripada segala ikatan
sehingga menjadi barangan murahan di pasaran. Apa yang kami mahukan ialah
hukum syarak yang sahih. Muslimah yang belajar.

Jawapan:
Wanita adalah manusia sebagaimana juga lelaki. Ini kerana kejadian kedua-
duanya itu adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

" Setengah kamu ( adalah keturunan) dari setengahnya yang lain." ( Ali -
Imran: 195)
Oleh kerana manusia adalah makhluk yang hidup, maka adalah menjadi
tabiatnya untuk sentiasa berfikir dan juga bekerja. Tanpa kedua- dua ini,
ia tidak akan menjadi manusia. Dan Allah (s. w. t) sendiri menjadikan
manusia itu adalah untuk bekerja. Malah Allah tidak akan menjadikan
manusia melainkan untuk di uji siapakah di antara mereka yang paling baik
amalannya.
Oleh itu wanita di taklifkan untuk melakukan kerja- kerja yang baik
sebagaimana ia juga di taklifkan ke atas lelaki. Dari sudut ganjaran
pahala amalan yang dilakukan oleh wanita juga adalah sama sepertimana
lelaki.

Firman Allah: Maksudnya:

" Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firmanNya: "
Sesungguhnya Aku tidak akan sia- siakan amal orang- orang yang beramal
dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan". (Ali- Imran: 195)
Bukan sahaja ganjaran di akhirat, malah ia juga turut memperolehi
habuannya di dunia.

Firman Allah: Maksudnya:

" Sesiapa yang beramal saleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman
maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik".
( An- Nahl: 97)
Wanita juga sebagaimana yang selalu disebut adalah sebahagian daripada
masyarakat. Adalah suatu yang tidak logik jika Islam membantutkan separuh
daripada masyarakatnya sendiri, menghukumnya sebagai kolot atau tidak
berkeupayaan dan mengabaikan hak- haknyanserta mengeksploitasi kebaikan
yang ada padanya tanpa memberinya sesuatu yang positif.
Sesungguhnya tiada lagi pekerjaan yang lebih utama dan agung bagi wanita
selain daripada mendidik generasi. Tugas terssebut tidak ada seorangpun
yang menyaingi atau cuba merampas daripadanya.
Untuk memikul tugas tersebut, Allah (s.w.t) telah memperlengkapkan wanita
dengan persiapan fizikal dan juga spiritual. Dengan sebab itu adalah tidak
wajar bagi wanita untuk menyibukkan tugasnya yang besar itu dengan
material dan juga perkara- perkara lain walau apa sahaja keadaan
sekalipun. Tambahan pula tiada seorang pun yang dapat mengambil alih
tempat wanita untuk melaksanakan tugas yang sangat besar ini. Apatah
lagigenerasi kecil itu merupakan penentu kepada masa depan sesuatu ummah
di samping ia sendiri merupakan sebesar- besarnya aset kepada manusia (
human resources).
Kerja- kerja wanita yang lain termasuklahmemelihara rumahnya,
menggembirakan suaminya serta membentuk sebuah keluarga bahagia yang
berdiri di atas asas ketenangan dan juga kasih sayang. Di dalam suatu
hadis dinyatakan bahawa wanita melayani suaminya, maka perbuatannya dikira
sebagai jihad fi sabilillah.
Ini tidaklah bermakna bahawa pekerjaan wanita diluar rumah itu adalah
haram. Tanpa nas syarak yang benar- benar sahih serta jelas hukumnya,
seorang tidak boleh untuk mengharamkan sesuatu perkara. Ini kerana asal
kepada sesuatu perkara atau tindakan adalah harus. Berdasarkan asas inilah
kami menyatakan bahawa:
Pekerjaan wanita pada zatnya itu adalah harus; kadang- kadang ia menjadi
harus dan kadang- kadang pula ia menjadi wajib terutamanya jika di dalam
keadaan yang benar- benar memerlukan si wanita itu bekerja. Antaranya
janda atau wanita- wnita yang diceraikan dalam keadaan berharta dan
sebatang kara, akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu perkerjaan
yang dapat menahannya daripada meminta- minta.
Kadang- kadangkeadaan keluarga itu sendiri yang memerlukan wanita untuk
bekerja seperti membantu suaminya memelihara anak-anaknya ataupun
saudaranya yang kecil dan membantu bapanya yang telah tua sebagaimana
kisah yang disebut di dalam surah al- Qasas mengenai dua orang anak nabi
Syuaib yang telah membantu bapanya mereka memelihara kambing.

Firman Allah: Maksudnya:

" Mereka menjawab: " Kami tidak memberi minum (kambing- kambing) sehingga
penggembala- penggembala itu membawa balik binatang ternakan masing-
masing, dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya." (Al- Qosos: 23)
Begitu juga Asma' binti Abu Bakar yang digelar " empunya dua tali
pinggang" turut membantu suaminya iaitu Az- Zubair bin al- ' Awwam
memelihara kudanya, menyiram tamar malah dia sendiri yang menjujung air di
atas kepalanya daripada kota Madinah hinggalah sampai ke kebunnya.
Kadang- kadangmasyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti
menjadi jururawat ataupun doktor kepada kaun sejenisnya, mendidik dan
tugas- tugas lain yang khusus bagi wanita. Ketika melaksanakan tugasnya
itu, adalah lebih baik jika dia hanya bergaul dengan kaum sejenisnya dan
bukan dengan kaum lelaki. Ini kerana lelaki hanya dibenarkan mendapatkan
khidmat daripada wanita di dalam keadaan dhorurah sahaja.
Kebenaran itupun adalah terhad pada perkara yang berkaitan dengan
keperluan sahaja. Sekiranya kami katakan bahawa harus bagi wanita untuk
bekerja, makakeharusan itu hendaklah terikat dengan beberapa syarat:
Pekerjaan yang hendak dilakukan itu sendiri adalahkerja yang halal. Atau
dengan kata lain ia bukanlah kerja yang haram atau yang boleh
menjerumuskannya ke jurang maksiat. Antaranya menjadi orang gaji kepada
lelaki yang masih bujang, menjadi setiausaha kepada mana- mana Pengarah
yang dalam banyak keadaan menuntutnya untuk duduk bersunyi- sunyian
dengannya, menjadi penari yang kerjanya adalah membangkitkan nafsu,
menjadi pelayan bar yang menghidangkan arak di mana Rasulullah (s.a.w)
telah melaknat orang yang menghidang, membawa dan menjualnya, menjadi
pramugari yang antara tugasnya ialah menghidangkan arak di samping
terpaksa bermusafir dan menginap di negara orang yang terlalu asingtanpa
di sertai dengan muhrimnya dan apa sahaja kerja yang diharamkan kepada
wanita khususnya dan yang diharamkan kepada kedua- duanya; lelaki ataupun
wanita.
Dia hendaklahmemelihara adab sebagai seorang wanita Muslimah sama ada di
sudutcara berpakaian, berjalan, bercakap dan sebagainya.
Firman Allah: Maksudnya:

" Dan katakanlah perempuan- perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya"... " Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Al- Ahzab: 32)
Kerjanya itu tidak menjejaskan kewajipan- kewajipannya yang lain. Ini
termasuklah kewajipan terhadap suami dan juga anak- anak. Ini kerana
tanggungjawab terhadap keduanya merupakan kerja yang utama.
Wabillahi taufiq.

Diperoleh dari tulisan;
http://tazkirah.wordpress.com/2007/07/27/panduan-untuk-wanita-yang-bekerja-menurut-dr-yusuff-qardhawi

Sunday, November 1, 2009

Smile and Women...



InsyaAllah, i'll sacrifices for those who loves me so much which is absolutely my family~ InsyaAllah, i'll do the best as I can...

Search By Title

Loading...