About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, January 31, 2010

Kenyataan...

Biarlah aku menerima kenyataan..
Biarlah aku redha dengan ketentuan Pencipta,
Kerna aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

Aku yakin aku tidak tersilap langkah,
Aku pasti ini adalah pilihan terbaik,
Aku percaya ada sinar yang bakal menyinari hidupku,
Esok sinar itu bisa membahagiakanku..
Walau hari ini aku perlu menelan kepahitan,
Walau hari ini aku perlu menongkah arus, mengikut arus dan sesekali perlu melawan arus,
Demi keberkatanMU Ya Allah..
Sebagai hambaMU yang lemah,
Ke bersujud kepadaMU,
Ku merayu kepadaMU,
Berkatilah...
Perkenankanlah hajat dan cita-citaku..




In syaAllah..

Novel~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, beberapa hari kebelakangan ini saya mulai rajin membaca novel-novel yang menarik selain menjadi riadah minda dan menambah kretiviti. Sementara itu, novel-novel yang saya pilih juga mempunyai unsur islamik dan pengajaran yang tinggi. Antara buku yang baru saya tamatkan pembacaan adalah novel "Wakah Berbau Syurga" dan yang terbaru kini adalah novel bertajuk "Salju Sakinah"..

Sesambil mengulangkaji beberapa subjek yang telah saya lalui seawal bulan pertama kelas, saya memilih novel-novel islamik yang matang, kretif, dan mempunyai mesej yang positif sebagai riadah minda dan bacaan santai tanpa perlu berfikir secara kritikal selain menambahkan pengetahuan.



Sebagai hambaNYA yang lemah, diri akur dengan kedaifan diri yang sentiasa perlu dipelihara, dibaja dan disirami dengan cinta Rabbul Izzati. Walau diri tidak mampu untuk menjadi sesempurna watak seorang wanita sempurna yang soleha serta menjaga setiap inci akhlaknya, namun sekurang-kurangnya ia adalah satu panduan dan pedoman yang mana cukuplah dengan intipati dan pengajaran yang diperoleh. Jika tidak banyak mampu diserap ke dalam kehidupan, cukuplah dengan sedikit tarbiyah yang akan kita gunapakai. InsyaAllah..

Dan, tanpa membuang masa perlu juga menghabiskan membaca novel "Salju Sakinah" kerana sememangnya buku ini ku pinjam dari seorang teman dan akan kupulangkan besok...




"SELAMAT MEMBACA SEMUA..."

Wednesday, January 27, 2010

Renungan....

Salam,

Marilah sama2 menghayati article ini yang saya turut perolehinya dari inbox email saya.........Mari bermuhasabah. Renung-renungkan..

Tajuk artikel: Tiba-tiba terjaga dari tidur (dari kolum MUHASABAH, Majalah Solusi isu 12)

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. "Belum subuh lagi ni" hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapat satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi seperti di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.

Pilihan 1
Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat". Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal. Nauzubillah.

Pilihan 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat". Kemudian sambung balik ibadah senyap.


Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.
..........................................................................................................................

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan.

Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.

Thursday, January 21, 2010

TAULADAN...

Kisah2 dibawah saya salin dari mail inbox saya..

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2


Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah...
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa.... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Anemia.

Let i troduce what anemia is all about?? Well, i taken this source from http://emedicine.medscape.com. Now, let's read it....

Anemia
Also called: Iron poor blood
If you have anemia, your blood does not carry enough oxygen to the rest of your body. The most common cause of anemia is not having enough iron. Your body needs iron to make hemoglobin. Hemoglobin is an iron-rich protein that gives the red color to blood. It carries oxygen from the lungs to the rest of the body.

Your iron might be too low because of heavy periods, pregnancy, ulcers, colon polyps, colon cancer, inherited disorders or a diet that does not have enough iron. You can also get anemia from not getting enough folic acid or vitamin B 12. Blood disorders such as sickle cell anemia and thalassemia, or cancer may also lead to anemia.

Anemia can make you feel weak, cold, dizzy and irritable. It is confirmed with a blood test. Treatment depends on the kind of anemia you have.

www.nlm.nih.gov/medlineplus/anemia.html

http://emedicine.medscape.com/article/198475-overview

Anemia, like a fever, is a symptom of disease that requires investigation to determine the underlying etiology. Often, practicing physicians overlook mild anemia. This is similar to failing to seek the etiology of a fever. The purpose of this article is to provide a method of determining the etiology of an anemia.
Anemia is strictly defined as a decrease in red blood cell (RBC) mass. Methods for measuring RBC mass are time consuming, are expensive, and usually require transfusion of radiolabeled erythrocytes. Thus, in practice, anemia is usually discovered and quantified by measurement of the RBC count, hemoglobin (Hb) concentration, and hematocrit (Hct). These values should be interpreted cautiously because they are concentrations affected by changes in plasma volume. For example, dehydration elevates these values, and increased plasma volume in pregnancy can diminish them without affecting the RBC mass.




Causes

Causes of anemia are numerous and multifaceted. A family history may be useful in detecting hereditary etiology. Diet and exposure to drugs and chemicals can be useful. A geographic history and a thorough knowledge of the patient's health can be important in establishing an etiology.

Genetic

Hemoglobinopathies
Thalassemias
Enzyme abnormalities of the glycolytic pathways
Defects of the RBC cytoskeleton
Congenital dyserythropoietic anemia
Rh null disease
Hereditary xerocytosis
Abetalipoproteinemia
Fanconi anemia

Nutritional

Iron deficiency
Vitamin B-12 deficiency
Folate deficiency
Starvation and generalized malnutrition

Hemorrhage

Immunologic - Antibody-mediated abnormalities

Physical effects

Trauma
Burns
Frostbite
Prosthetic valves and surfaces

Drugs and chemicals
Aplastic anemia
Megaloblastic anemia

Chronic diseases and malignancies
Renal disease
Hepatic disease
Chronic infections
Neoplasia
Collagen vascular diseases

Infections
Viral - Hepatitis, infectious mononucleosis, cytomegalovirus
Bacterial - Clostridia, gram-negative sepsis
Protozoal - Malaria, leishmaniasis, toxoplasmosis

Thrombotic thrombocytopenic purpura and hemolytic uremic syndrome

Medical Care
The purpose of establishing the etiology of an anemia is to permit selection of a specific and effective therapy.



a.Transfusion of packed RBCs should be reserved for patients who are actively bleeding and for patients with a severe and symptomatic anemia.8 Transfusion is palliative and should not be used as a substitute for specific therapy. In chronic diseases associated with anemia of chronic disorders, erythropoietin may be helpful in averting or reducing transfusions of packed RBCs.

b. The appropriate treatment of anemia due to blood loss is correction of the underlying condition and oral administration of ferrous sulfate until the anemia is corrected and for several months afterward to ensure that body stores are replete with iron. Relatively few indications exist for the use of parenteral iron therapy, and blood transfusions should be reserved for the treatment of shock or hypoxia.

c.Nutritional therapy is used to treat deficiency of iron, vitamin B-12, and folic acid. Pyridoxine may be useful in the treatment of certain patients with sideroblastic anemia, even though this is not a deficiency disorder.

d.Corticosteroids are useful in the treatment of autoimmune hemolytic anemia.

e.Treatment of aplastic disorders includes removal of the offending agent whenever it can be identified, supportive therapy for the anemia and thrombocytopenia, and prompt treatment of infection. Avoid transfusion in patients with a potential bone marrow donor because transfusion worsens the probability of cure from transplantation. Certain patients seem to develop a salutary response with immunosuppressive therapy (ie, antithymocyte globulin, cyclosporin). Splenectomy may provide sufficient improvement for patients with hypoplastic, but not totally aplastic, marrow so that transfusion is not necessary, and platelet and granulocyte counts increase to less dangerous levels (see Surgical Care).

f.Therapy and medical care vary considerably in the group of hereditary disorders. Splenectomy has been advantageous in hereditary spherocytosis and hereditary elliptocytosis, in some of the unstable hemoglobinopathies, and in certain patients with pyruvic kinase deficiency. It has little value in most other hereditary hemolytic disorders (see Surgical Care).

g.Patients with beta-thalassemia major and the major hemoglobinopathies associated with sickle Hb usually require medical attention at frequent intervals for the treatment of anemia, infection, pain, and leg ulcers because of the serious nature of these illnesses. Conversely, many of the other hereditary abnormalities have minimal or no clinical manifestations; the patient only requires reassurance.

h.Drugs and chemicals capable of producing aplasia or a maturation arrest of erythroid precursors should be discontinued and avoided. Similarly, diseases known to be associated with anemia should be appropriately treated.

i.Guidelines related to the treatment of chemotherapy-associated anemia and CME related to these guidelines are available.

Surgical Care
a.Surgery is useful to control bleeding in patients who are anemic. Most commonly, bleeding is from the gastrointestinal tract, the uterus, or the bladder. Patients should be hemodynamically stable before and during surgery. A blood transfusion may be needed.

b.Splenectomy is useful in the treatment of autoimmune hemolytic anemias and in certain hereditary hemolytic disorders (ie, hereditary spherocytosis and elliptocytosis, certain unstable Hb disorders, pyruvic kinase deficiency). Improvement in survival rates has been reported in patients with aplastic anemia, but splenectomy is not the preferential therapy. Leg ulcers have shown improvement in some patients with thalassemia. Prior to splenectomy, patients should be immunized with polyvalent pneumococcal vaccine. Preferably, this should be administered more than 1 week prior to surgery.

c.Bone marrow and stem cell transplantation have been used in patients with leukemia, lymphoma, Hodgkin disease, multiple myeloma, myelofibrosis, and aplastic disease. Survival rates improved, and hematologic abnormalities were corrected. Allogeneic bone marrow transplantation successfully corrected phenotypic expression of sickle cell disease and thalassemia and provided enhanced survival in patients who survive transplantation.

Consultations
a.Surgical consultation is indicated to control bleeding, for splenectomy when necessary, and for biopsies to establish the presence of neoplasia.
b.Consultation with gastroenterologists is frequently sought to identify a bleeding site in the gut.
c.Urologic consultation may be needed to investigate hematuria.

Diet
a.Iron deficiency anemia is prevalent in geographic locations where little meat is in the diet. Many of these locations have sufficient dietary inorganic iron to equal the iron content in persons residing in countries in which meat is eaten. However, heme iron is more efficiently absorbed than inorganic food iron.

b.A strict vegetarian diet requires iron and vitamin B-12 supplementation.

c.Folic acid deficiency occurs among people who consume few leafy vegetables.

d.Coexistence of iron and folic acid deficiency is common among Third World nations.

Activity
a.The activity of patients with severe anemia should be curtailed until the anemia is partially corrected. Transfusion can often be avoided by ordering bed rest, while therapy is initiated for a patient with correctable anemia (eg, pernicious anemia).

b.March hemoglobinuria is a rare hemolytic disorder usually observed in young males. Individuals develop hemoglobinuria after marching or running on hard surfaces. Curtailing the precipitating exercise (ie, running on grass rather than concrete) and using shoes with reinforced soles are helpful in preventing hemoglobinuria.

Medication
Documentation of the etiology of anemia is essential in the selection of therapy. All microcytic anemias are not caused by iron deficiency; some are iron-overloading disorders. Similarly, all megaloblastic anemias are not associated with either vitamin B-12 deficiency or folic acid deficiency. Hereditary hemolytic disorders do not improve with corticosteroid therapy. Specific therapy for anemia is discussed in articles describing the different causes of anemia (see Differential Diagnoses).

Sunday, January 17, 2010

Senggugut...


Alhamdulillah, pujian ke atas Allah s.w.t diatas nikmat kurniaanNYA dan selawat salam buat nabi junjungan Rasulullah s.a.w. Kembali saya menulis blog yang seterusnya mengenai permasalahan yang sering dialami oleh sebahagian anak gadis termasuklah saya sendiri. Perlu rasanya untuk saya bersikap terbuka disini untuk menulis dan berkongsi kepada umum berkenaan penyakit ini.

Adakah anda pesakit senggugut??? Untuk maklumat lanjut, sila baca tulisan seterusnya yang saya salin dari http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/perihal-senggugut.aspx.

Perihal Senggugut
Perihal Senggugut Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia

- Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik

– Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

1. Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
2. Jangkitan
3. Radang Rongga Pelvis
4. Endometriosis
5. Penyakit usus seperti apendisitis
6. Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saya telah mengalami dismenorea sejak lima tahun dahulu semasa saya berumur 13 tahun. Perlukah saya berjumpa doktor?
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:

Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Muntah atau mual/loya
Sakit kaki dan bahagian belakang badan
Pergerakan usus yang tidak sekata
Pitam

Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!

Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:

a) Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
b) Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
c) Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
d) Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
e) Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!

Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:

1. Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

2. Kurangkan garam.

3. Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.

4.Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

5.Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

6.Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

7.Berhenti merokok

8.Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Saya menjaga pemakanan dan bersenam tetapi sakit masih tidak hilang. Apa yang perlu saya buat?Dismenorea boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin kamu hanya mahu baring sahaja di katil. Kamu mungkin tidak mahu melakukan apa-apa ketika mengalami dismenorea tetapi seeloknya kamu tidak harus membiarkan kesakitan terus menular. Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:

a) Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.

b) Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

c) Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Perlukah saya ponteng sekolah atau kerja ketika saya mengalami senggugut?
Dismenorea memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh. Ia amat difahami. Apabila kamu rasa tidak sihat, pastikan kamu beritahu cikgu atau sesiapa di pejabat tentang keadaan kamu. Pastikan kamu bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang tertangguh. Ambil pil penahan sakit sebaik sahaja kamu merasa sakit. Sebiji pil sudah mencukupi. Tanya orang yang lebih dewasa atau doktor keluarga untuk menolong kamu. Jika sakit semakin berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun kamu sudah mengambil pil penahan sakit, mintalah pertolongan orang lain untuk mendapatkan khidmat doktor.

Buat semua gadis yang mengalami masalah yang sama seperti saya, perlu diingat untuk menjaga kesihatan kita~

Gastrities..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t,

Kali ini saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi mengenai tajuk yang agak menakutkan saya kerana seringkali juga menghadapi permasalahan ini iaitu "gastrik" ataupun ulser perut. Lebih-lebih lagi setelah membaca satu status dari salah seorang sahabat facebook saya.

Saya bukanlah seorang pakar untuk membincang dan berkongsikan permasalahan yang sering menghidapi sebahagian dari kita, cuma saya ada beberapa kisah dan pengalaman yang boleh untuk kita sama-sama mengatasinya dan "serik" untuk merasai kesakitannya lagi. Pernah merasai dan melihat pesakit-pesakit gastrik ketika saya bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta juga amat menakutkan saya dan turut simpati akan kesakitan dan kepedihan yang dideritai. Sebelum membincangkan punca dan cara mengatasinya, saya kongsikan kisah hidup saya melibatkan gastrik atau ulser perut.

Beberapa tahun yang lepas ketika saya bekerja di sebuah syarikat jepun swasta, saya kurang menitikberatkan aspek pemakanan dan sering lalai untuk mengatur pemakanan sebaik yang mungkin. Kesebokan menyiapkan tugasan menyebabkan saya sering "skip makan" selain merealisasikan niat berdiet. Walau bagaimanapun, pada waktu perut saya benar-benar lapar, terutamanya hari ahad, saya memilih makanan mengikut citarasa saya yang gemarkan sambal dan pedas. Akibatnya, saya mengalami keradangan dan ulser di bahagian kiri perut. Namun, saya cukup bersyukur kerana ia adalah ulser acut, iaitu ulser yang tidak memakan masa yang lama.

Pernah suatu ketika saya menanggung kesakitan selama 3 hari sehingga muntah dan mengalami kesakitan yang teramat. Pada waktu itu, apa yang saya fikirkan hanyalah secawan susu. Tanpa berfikir panjang, saya meminum susu dengan niat untuk menstabilkan kandungan asid di dalam perut saya. Malangnya, susu tersebut memburukkan lagi keadaan dan saya muntah kembali. Keadaan ini berterusan sehinggalah HR Department membawa saya ke hospital Klang. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana keadaan semakin baik setelah dirawat dan diberkan masa berehat selama beberapa jam di ICU. Akhirnya saya dibenarkan balik ke rumah semula.

Dan sejak itu saya bernekad untuk menjaga kesihatan di tahap yang stabil dan konsisten. Seingat saya, pernah juga sekali dua merasai sakit gastrik sekali lagi namun tidaklah seteruk yang pernah berlaku beberapa tahun yang lepas itu sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Berbalik kepada input gastrities, menurut http://hspben.moh.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=56&Itemid=25, gastrik adalah "radang selaput perut(stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2, iaitu :

1. Acut (yang menyebabkan sakit tidak lama)
2. Kronik (yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk sembuh)

Kebanyakan dari kita yang sering leka dan mengabaikan jadual pemakanan mahupun penjagaan kesihatan menghidapi gastrik acut.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Pengambilan kokain
4. Merokok
5. Stres
6. Gangguan autoimun
7. Penyakit crohn
8. Radiasi dan kemoterapi
9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
10.Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
11.Rembesan asid gastrik yang berlebihan
12.Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
13.Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Langkah-langkah melegakan penyakit ulser perut yang saya perolehi dari intra.hukm.ukm.my/kppk/brosur.../brosur_kesihatan_17_05_1.pdf termasuklah;

1. Makan yang kerap. Makan makanan yang agak ringan seperti roti, biskut sekerap yang mungkin untuk mengelakkan perut kosong.
2. Minum susu untuk menstabilkan asid di dalam perut. Namun, jika sudah muntah elakkan minum susu yang boleh mengakibatkan keadaan lebih teruk lagi.
3. Rehat yang lebih.
4. Jauhkan dari punca terjadinya penyakit ulser
5. Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brokoli harus ditambah, kerana sulfur membentuk gluthathione yang mengandungi lapisan perut.
6. Ambil vitamin C 100 gram untuk mengurangkan kandungan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser perut.
7. Tambaham zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
8. Pengambilan prebiotik iaitu bakteria baik haruslah diamalkan.

Semoga kita sama-sama sedar dan tidak mengabaikan perkara-perkara yang boleh mendekat dan menyebabkan gastrik ini.

Tuesday, January 12, 2010

Award For My Followers~

Photobucket


Assalammualaikum w.b.t,

Buat semua follower dan teman2 bloggers yang mengikuti blog ini, silalah menyalin follower awards seperti di atas.

Antara follower yang masih belum mendapat award dari Blog Pena Hatiku, Qalam Qalbu adalah:

1. Blog Insan Marhaen.
2. Blog Mencari Sinar yang Abadi.
3. Blog Leftenan_313 otai
4. Blog Sophon Charoenpura
5. Blog Zai.
6. Blog AnakLaut
7. Blog Fazly.
8. Blog Tasha.
9. Blog Aishah J.

Kepada yang terlepas pandang sila berbuat demikian ya...

Terima Kasih dan Salam Ukhuwah!

Monday, January 11, 2010

Award dari Pereka Cerita~


Bismillahirrahmanirrahim...

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih kepada blog Pereka Cerita di atas award followers yang diberikan. Ini bermakna, Blog Pena Hatiku, Qalam Qalbu sudah memiliki 3 award dari teman-teman bloggers. Menarik dan menakjubkan..... Terima Kasih semua...

Sunday, January 10, 2010

Sujud Syukur~


Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t.,
Di keheningan pagi ini, ku bersujud padaMU Ya Allah,
Kurniakan aku ketenangan,
Kurniakan aku rahmat rezekiMU,
Kurniakan aku kejayaan dan keberkatanMU,
Berilah aku sinar petunjuk hidayahMU,
Berilah aku kejayaan yang tak terduga,
Berikanlah aku kesabaran yang menggunung,
Rahmatilah pengorbananku,
Redhailah jalan hidupku,
Tunjukilah aku ke jalan yang lurus yang KAU berkati,
Kurniakanlah diriku hati yang terang, minda yang cerdas, tajam dan pintar,
Berilah aku keyakinan yang tinggi,
Kerna sesungguhnya KAU Maha Pengampun, Pengasih, Penyayang dan Pelindung..

Semoga aku sentiasa berpegang teguh pada jalan yang LURUS,
Yang diberkati..
Amin Ya Rabbal Alamin...

11.01.2010~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi kesempatan menulis dan mencoretkan rasa hatiku di dalam blog Pena Hatiku....

Pena hatiku memang sentiasa berkata-kata,dan meluahkan rasa hatinya tanpa bersuara.

Hari ini bermula lah episod kehidupan baru sebagai seorang pelajar yang akan melalui hari pengajiannya secara formal setelah seminggu yang lepas merupakan sesi pengenalan dan permulaan. Dan, beberapa minggu akan datang pula, akan sebok menyiapkan beberapa permintaan my sis for her's special day. InsyaAllah, akan saya siapkan sebaik mungkin walaupun saya bukanlah planner professional, namun sedaya upaya saya menghasilkannya mengikut kretiviti sendiri dan tema pilihannya. Kerja2 penghasilan ini akan kami buat bersama-sama dengan niat hati memang ikhlas membantunya tanpa sebarang bayaran.. Almaklumlah siapa lagi yang akan berkerja kuat untuk adik jika bukan kakaknya dan tentulah itu sebuah pengenalan dan percubaan buatku.. Jadi, bayaran tidak diperlukan... :)

Ya Allah ya tuhanku, Permudahkanlah urusan ini, Berkatilah majlis ini, Rahmatilah semua yang akan berlangsung, Redhailah dan semoga semua mencukupi.. InsyaALLAH..

Monday, January 4, 2010

Dr. Yusuf Al-Qaradawi~

Mengimbau kembali Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431Hijrah, Dr. Yusuf Al-Qaradawi pada 18 December yg lalu..

Saya amat mengkagumi beliau dan saya mulai gemar mencari bahan tulisannya sebagai bahan bacaan bermanfaat, selain amat bersesuaian dengan minda saya yang sentiasa inginkan perubahan kearah kebaikan..

Selamat Ulangtahun Aini d twinzz~


28th Dec 2009 – Sambutan Maal Hijrah
29th Dec 2009 – Pengajian Agama
30th Dec 2009 – Bacaan Yassin
31th Dec 2009 – Tahlil, Bacaan Yassin, Solat Hajat
.


Semoga penutup tahun 2009 menjanjikan penutup yang baik dan memberi kesan positif dalam kehidupan dari sudut fizikal dan mental selain kekuatan daya tahan menentang sifat – sifat mazmumah. InsyaAllah..

Semoga ulangtahun kelahiranku kali ini memberi makna dari sudut pentarbiyahan diri untuk menjadi insan yang lebih baik, berjaya dan cemerlang, sentiasa berada di dalam lindunganNYA dan mempunyai jati diri yang bagus. InsyaAllah..

25~

Satu nombor yang semakin bertambah hari ini. Jika sepanjang 2009 saya membawa nombor 24, namun setiap penutup tahun, 31th Dec, nombor itu semakin bertambah satu demi satu. Dan 31th December saya membawa angka dan nombor 25 sehinggalah tarikh yang sama tahun 2010.

25 adalah nombor yang unik bagi saya dan suatu lambang kematangan buat semua orang. Separuh abad merupakan lambang keremajaan yang semakin kabur dan bakal menghampiri era kedewasaan. MasyaAllah, betapa masa itu emas, betapa masa itu begitu laju ibarat deras air terjun dan air di hilir sungai yang sentiasa mengalir dengan pantas.

28th Dec 2009~

saya telah menghadiri ceramah sambutan Maal Hijrah di kampung bersama ibu dan sepupuku. Intipati padat yang ditekankan oleh ustazah penceramah yang didatangkan dari MBSA itu merupakan satu input yang amat berguna, praktikal dan berkesan. Seperti yang disarankan di mana-mana sambutan Maal Hijrah adalah perubahan diri seorang insan dari suatu keadaan, sifat dan perlakuan dan sebagainya dari yang baik kepada yang lebih baik, ataupun, dari yang kurang baik kepada yang baik.

Ternyata saya cukup gerun dan fobia dengan masalah jenayah, sosial di persekitaran sehingga mengganggu kehidupan orang lain, lebih-lebih lagi saya merupakan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Memang cukup menakutkan dengan masalah jenayah yang dari sehari ke sehari semakin bertambah, seperti kes ragut, rompak, culik, bunuh, rogol dan sebagainya. Sungguh dimana hilangnya sifat kemanusiaan dan lahirnya sifat kebinatangan mereka. Tiada lagi rasa belas, kasih dan tanggungjawab sebagai seorang manusia keatas diri, agama dan negara, sebaliknya menzalimi diri mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, saya berdoa semoga tahun 2010 menjanjikan tahun yang cemerlang, selamat dan keamanan dengan pengurangan kadar jenayah dan sosial Negara ku tercinta. Semua ini adalah demi kemakmuran dan kejayaan bersama tanpa disekat oleh masalah-masalah yang boleh menggugat pelaksanaan dan usaha masyarakat untuk berjaya. InsyaAllah..

Azam 2010~

InsyaAllah, bertambahnya usia ke angka 25, menambah kematangan dan kecemerlangan pada diri saya. Semoga semua azam 2010 terlaksana dan tercapai..InsyaAllah.

PRIVATE AND CONFIDENTIAL..

Search By Title

Loading...