About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Wednesday, March 31, 2010

Visitor ku pagi neh..


Assalammualaikum and hello for all my blogger's readers, friendas and my fellow followers..


G.Morning all,


Hehehe.. (",) senyum dulu, memberikan senyuman itu indah dan sedekah free.. terbaek.

Hari neh, ada Al-Lughatt Al-Arabiyyatt imtihan. hehehe.. org melayunye kate ujian bahasa arab.. Oral lagi.. Quite nervous i am.. Ape taknye, sem neh arab 3(level yg final tinggi lah neh).. so, kena berconversation atau berbual dgn prof ust tu.. halamakkkkks... yg saye hafal da tahu.. ismi nurul **** bla, bla.. ana talibatt fi*** bla, bla... ana jamilatt.. hehehe. nope. just for reduce my nervous.. xde sape manusia taddda nervous..


Tak apelah, puteri mahu keluar dr blogspot neh dulu wat sementara waktu mahu mengulangkaji ape yg patut utk oral malam neh.. sume ade dalam buku... antara rajin dan malas jer.. dan sememangnye sem neh puteri dirundung pembawaan malas dari sape neh.. malas semakin menjadi2.. jasad di laen, minda ke laen.. ayyyoookss... takpe2, puteri buleh!!!!!!!!..


Buat semua sahabat bloggers, followers, doakan puteri ya!.. dan dgn excitednye nak share analysis visitors terbaru.. takde lagi dr india ngan jordan, tapi ade tambahan dr egypt.. xper2 lah.. asalkan uolls visit my blogs itu sudah bagusss..


-Puteri-

Final Exam semakin hampir..

Menjelang malam yg sunyi dan sepi..
Keheningan tika ini membuatkan puteri terfikir utk "update blog".. hehehe..
Tak nak lah jiwang2 sangat dalam post kali neh..

Sebenarnye mate puteri xmengantukkks. Cume tadi ade a bit berdenyut lah.. But now da ok..
Puteri bimbang sangat with current situation dateline assignment da dekat, final exam pun tinggal bape hari la sangat.. 27 hari je lagi.. sebab hari neh dah 31hb 3. First final exam paper puteri on that 27th April.

Final Exam : Ada 2 papers.

1. CTU 551 on 27th April 2010.
2. IMS 504 on 03 May 2010.

May Allah Bless Me and hopefully i'll get the improvement and best result for this semester rather than last sem!!.. Doakan puteri ya sahabat semua!!!... Azam besar neh.. (",)

Apa Ertiku Mrnuntut Ilmu..


Hmm, tertarik lagi dgn satu article dr iluvislam berkaitan wanita yg menuntut ilmu.. jomm bace;

Apa Ertiku Menuntut Ilmu
www.iluvislam.com
Oleh : fakhrullah90
Editor : naadherah

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."


Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,


"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"



"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"

(QS 39 : 9)


Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,


"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."


khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,


"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)


dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati. "

Bunga Idaman Islam..Semoga puteri dalam perlindungan Allah s.w.t sebagai bunga idaman islam..


Seketika puteri melayari iluvislam, puteri tertarik dgn satu post di dalam iluvislam..

Sedang kita maju, moden dgn kepesatan arus dunia, sesekali kita perlu menyiram lagi keimanan di dada, kecintaan pada Yang Maha Esa, dan tunduk syukur pada rahmat kurniaanNYA..


Buat rakan2 bloggers, sekadar renungan pada yg mengerti ya!!..


Bunga Idaman Islam
www.iluvislam.com
ifah_mujahadah
Editor : kasihsayang

"Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam."


With Love,

Puteri.

Visitor version 1. (",)


Balik kelas, after checking2 my fb, puteri sempat looking kat blog analysis for country ranking..
and,... taddddaaa!!..

There are some difference. Bertambah dgn beberapa buah negara yg lain iaitu spt; United State, and India.. now blog puteri dilawati di 5 buah negara.. seronok pulak rasenye!!.. how so exciting i am.. padehal, content camne tah... hopefully, they will understand what i am talking and writing about.. hehehe (",) and that's only my words and my creation. Harap2 mereka adalah malaysian citizen yg stay outsiders of malaysia. atau kite kate org malaysia di negara orang putih.. (",)

So, what's waiting for...*dgn muke perasan best**
jom joint me and become my followers!!! dun forget to grab my award!!.. sejambak bunga tuh... hehehe (",)

Put ur comments at my post my improvement soon!!.. (",)

Thank you,

-Puteri-

Tuesday, March 30, 2010

My Visitor~


Hello Malaysia, and my bloggers friend and my fellow followers..

Pagi tadi puteri check visitor analysis kat nuffnang. Huemm,nampaknye blog puteri dilawati oleh blogger2 malaysia, visitor jordan dan indonesia... erm, suke3,.. kpd zulaika dan kawan2 di jordan, rajin2 singgah sini di mase lapang ya!!.. bi al-taufiq wa an-najah insyaAllah fi al imtihan~

Welcome to my blog and plz comments for further improvement ya!!.. Sangat suke..
Rajin2 singgah blog puteri ya.

With love,
Puteri~

Gift from cik puan netti notti~

Sedang dup dab, dup dab,.. kecut perut masuk ke bilik exam utk menjalani ujian bertulis tadi, suddently, cak.. puteri dpt gift dari cik puan netty notti.. Eeeeee.. gumbiranye rase hati puteri. Key chain yg sangat santeekkkk dari PDRM. Nak snap gamba tapi webcam problem.. eeiiii, geram. xinstall lagi after format haritu.. Akibatnya xdpt la puteri nak posing2, snap ngan key chain neh.. santeekkk tau.. wrapping dgn kotak hitam yg kemas tau... siap ade kotak tau ngeee~ Esok puteri snap ngan upload ya!!..

Thank You la ye cik puan nett for the gift. Tak dapat cake sempena hari polis dapat key chain polis jadilah ye... hehehehe. like it!!..

..::Puteri::.. (",)

Monday, March 29, 2010

Dysmenorrhea - Menstrual Disorders

Suddently, i am tooo down. Letih sgt la kawan2.. Puteri tired and feel moody plak in current condition.. sometimes fenin dtg. Alamakks.. perut puteri bagaikan berperang dgn ujian mlm nanti.. alamak..dia dtg lagi.Dysmenorrhea - Menstrual Disorders is coming... and bleeding.

Doakan puteri ya. Ini salah satu effects dari my low platlet and blood count. Current platlet is more decrease rather than 5 years ago.. 5 years ago puteri pown got this prob.. tapi just less a bit.. a year by year this condition become reduced gradually and too bad.

Nak xnak puteri kena ambil ponstan tablet for reduce my pain. Kawan2 blogger, doakan yang baik2 ya. Puteri kena study jugak utk test database mlm neh..


Kena kuat jugak sebab jap lagi dlm kol2pm my student nak dtg for tuition. so, kena chill jer.. so, puteri kena be prepared. method and guideline da ade, cume puteri xsempat nak fotocopy pulak.. Erm, tajuk yg puteri nak ajar hari nie;

1. Communicators.
2. May I help you?
3. I'd like a refund, please.
4. I don't think we've met.
5. I was a little dissapointed.

Last 2 weeks puteri da ajar neh;

1. Meeting and Greeting people.
2. Bad and Good news.
3. Communicators.
4. Tell me a little about yourself.

Student puteri bekerja dan always at the front, perlu communicate dgn customers. She did sales, customer services etc.. So, basically puteri ajar how to communicate and follow the rules of book. Puteri refer book and method English Communication Certificate IT Base yg pernah puteri belajar dulu. My fees for this tuition class hanya dpt 3 months soon. lamenyer....... xper2 clicking nuffnag ye utk tambah dana puteri.. vote puteri.. hehehehe (",)

Okeh la, puteri mahu teruskan study setelah berehat di blogspot neh.. Doakan yg baik2 ya. Puteri mahu tolog kwn dan diri sendiri juga!!!!..

Mr.Nanang..



Salam semua,

pepagi neh puteri nak citer ttg Mr. Nuffnang atau incik nanang..(bak kate classmate puteri la name puan nett)..

Yahoooo.. yabedabeduuu....*mcm gedikks dan jakon jer.. ngee~ Akhirnye puteri berjaya meningkatkan traffic ngan rate clicking. Ya, dana dari Mr. Nanang da semakin bertambah sikit jerrrzzz la.. hehehehe.. bunyiknye cam banyak jew.

Tak pe, pada sahabat2 blogger yg rajin mengclick2 at my nuffnang, thx a lot...dan silalah rajin2 dan dijemput mengkelik ya!! buat yg belum, jom kite same2 klik!!.. awak klik nuffnang saye, saye klik nuffnang awak ya... ngeee~


Buat followers pula, dgn penambahbaikan struktur layout.. ayat skema.. ngeee~, bertambah lah follower puteru dgn agak drastik jugaklah b'banding previously. Utk yg baru menjadi followers puteri, jangan segan2 sila dijemput anda utk paste award sejambak bunge dr puteri ya.. ada di atas neh.. award for all my followers ya... Tq 4 become my followers.

Yg belum, jom follow blog puteri...

Selamat berkarya semua!!!.. (",)

Me,
Puteri.




Sunday, March 28, 2010

Meh puteri kongsi cerite lagi..........

Alhamdulillah... hari nie puteri nak memanjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t kerana limpahan kuriaNya, rahmatNya, (dr m penyimpan mohor2 besar pulakkks.. hehehe).

Sebenarnye puteri nak share lagi berita gembira... about my elder brother yg usianya setahun tua dr puteri...

Hari nie, my elder brother b'jaya lapor diri di kementerian kesihatan, cume kawasan mane puteri xpasti.. harap2 dpt daerah selangor la sebab kami org selangor.. tapi, kalau dpt jauh pown xper, kami rela merinduinya.. hehehe. Yang penting, kami sentiasa mendoakan die walau dimana dia berada. jawatan ape puteri xpasti tapi, biase2 je.. dan semestinye bukan doktor.. tapi, puteri love him very much!!.. dielah driver puteri waktu sekolah menengah..dr tingkatan 3-4. Sebab waktu puteri form 5 die dah abis sekolah... kalau puteri dah kuar dr kelas (kelas perdagangan abis sesi) abang (kelas sains mmg lmbt) xkuar lagi sampai kol1 ke 2pm, sebab die ade discussion ke atau memang cikgu wat kelas balik lambat, puteri mesti moncong muke takpun merengek mengade tuh....puteri tercegat kat pondok guard... hehehe.

So pity with his's past memory.. but, forget it. yang penting abang is the best for us!!.. only 3 of us.. bile nak berenam neh.. hehehehehe..

Apepun, wish him a very good luck and May Allah Bless him... Amin ya Rabbal Alamin..

With Love,
Puteri..

Cerita Puteri hari ini...

Besok puteri ada ujian yg menyubang kepada markah dan seterusnya GPA semester nie. Subject yang bagi puteri quite tough lah nie memang memerlukan latihan dan pemamahaman yang tinggi... Doakan puteri ya semua sahabat-sahabat blogger sekalian.. ngee~ (",)

Sesiapa yang pernah ade pengalaman ambil subject C++, sila komen sikit. Senang ke???..:p ngeee~..http://www.emocutez.com Nie puteri dari atas meja, turun ke floor, dari floor gi atas meja, dari meja study dalam bilik gi pondok study tepi uma, dari pondok g sofa, ke sofa confirm puteri tengok tv dan tidur.. ngeee~ sape nak tolong puteri??

Tak pe lah, doakan yang terbaik untuk puteri ya semua..

Selasa, rabu juga puteri ada ujian yang agak 'senang' lah.. hehehe
Petang Selasa puteri kena mengajar tuition seorang student special puteri neh, iaitu kawan sendiri.. Puteri explain dia sebagai kin, kawan puteri yang meminta khidmat mengajar tuition english.. kononye untuk bantu die improve dlm english.. walaupun puteri bukanlah master english.. puteri sendiri pun masih nak improve lagi level english puteri. Walaupun puteri study di uitm namun bukan bermakna puteri dah jadi 'mat saleh a.k.a minah saleh celup'...:p hehehe~ puteri still lidah melayu.

Tapi, xper puteri suke, dah la stress nak test, ade jugak release nak enjoyyzz http://www.emocutez.com mengajar my friend neh.. sebab dia memang klaka.. kalau bercakap slang perak utara yg pekat tuh.. ha, tu dia.. bayangkan.. takpa, saya bantu dia naa..

Berbalik kisah puteri.

Puteri rasa, puteri stop dulu buat entri malam neh sebab puteri kena
http://www.emocutez.comtidoq awal, puteri nak berpuasa esok dan perlu, perlu dan perlu sangat bangun sahur kalau tidak perut puteri sok seharian ade wat event musical atau ada orang puasa yangyuk pulak nanti.. hehehe.. (",) Doakan yang baik2 ya!!.. Semoga puteri dapat jawab test dgn baik. ameen...

With Love,
Puteri

Saturday, March 27, 2010

Award Dari My Precious a.k.a Mummy Aza~



Mummy Aza beri 2 award actually; meh jawab..

Rules For this Award..!!!

1. Thank & link the person that gave you the award ~ done~

2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

erm, nampaknye sume blogger da dpt award neh, so sy pass award nih kepada sesapa yg singgah blog sy yer especially follower2 yg xdapt lagik ya!! .. sudi2la menerimanyer .. jgn memalu, segan2.. sila2, jemput2.. hehehe.. (",)

3. Contact the bloggers and let them know they've won the award. erm, okies..

4. State 7 things about yourself

7 things about myself adalah:

Sy sgt suke bunga ros.. erm, dulu since di bangku sek suke tahap max melukis bunge ros,

Sy sgt2 syg pd family -> makayah, abang dan adik.

Sy sgt teliti utk menilai seorang lelaki.. (",)

Sy anak kedua dr 3 beradik.

Sy sgt pemalu & pendiam biler tak kenal orang, tapi bile da jadi kawan Best!!.. Best ker?? heheheh.. (",)

Sy sgt suke study dlm situasi sunyi2 bukan bising.

Sy sgt suka memasak daripada makan di luar.

Hmm,,... okeh, siap. So, buat blogger2 especially follower2 puteri, sila ambil award neh ya!!.. buat yg baru cam ejoy, permata.. jemput2 jgn segan2 ek.. jawab baek2 ya.




With Love,
Puteri..


http://www.emocutez.com

Award Dari My Precious~



Seawal pagi,
Singgah jap ke blog follower yg baru,
Tiba-tiba puteri dapat award free.. :p
Ngeee~...

So, award2 neh akan mencantikkan lagi blog puteri lah..
Untuk blogger2 yg masih blum dpt award neh,
Sila copy2 ya!!
Puteri beri.. cam blogger baru cam permata,ejoy,
dll ya!!.. jgn malu2 ek.. sila2 ambil.. malu lagik??
nah.. (diberi dgn tangan kanan nie)
hehehehe.. (",)

With Love,
Puteri..


http://www.emocutez.com

Bila terkenang aruah sahabat~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Air mata~

Entah mengapa di keheningan malam nie tetibe air mata puteri mengalir,
Hati jadi sebak...
Seingat puteri, air mate sebak nie jarang2 mengalir..
Memang sayu dan sayup jer.

..::Ya Tuhan, mengapalah hatiku sukar terbuka utknya?,
Mengapalah sukar untuk menerima penghuni di hati nan kosong,
Lama menyendiri tanpa seri::..

Ingat lagi soalan dr saudara-mara dan teman-teman.
"Kakak nie bile lagi?"
Senang jer jawapan puteri.. tunggu seru ye.
Sedangkan berapa lama la adik puteri nak tunggu,
Akhirnya adik tega melalui puteri..

Maaflah emak ayah,
Bukan niat mahu mengecewakan,
Bukan niat mahu menyendiri,
Cuma, berilah masa utk puteri bersendiri,
Agar akhirnye nanti puteri yakin dgn keputusan ini,

Bukan mudah untuk menyemai rasa,
Biarlah masa yang yang menentukan,
Biarlah takdir yang membuka pintu hati ini..
Sekian lama menyepi..


With Love;
Puteri~
peace!!!...

With Love,
Puteri
http://www.emocutez.com

Tagged by Ejoy~

Alamak, nie tagged yg same dgn zeera dulu tapi saye tak buat.. Hehehe.. maaflah ye zeera manis, akak xsempat nak wat, now akak wat sekali yer...:p ngee~

1-Anda rasa anda hot?
Tak, da masuk waktu maghrib dah nie.. sejuk dan syaman sekarang. Tadi cuace yerr... agaklah.

2-Upload gambar ke sayangan anda;



3-Kenapa Anda Suka Gambar Ini?
Sebab gamba2 tu membuatkan diri terasa chumel.. :p

4-Bila kali terakhir anda makan pizza?
hmmm, lame sgt.. setahun lepas kowt.. sape mau belanjer skg?? kesian tau.. :p
.
5-Lagu terakhir yang anda dengar?
nasyid kasih kekasih, in team.
.
6-Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Nak tggu turn Q nak wuduq.. kwan mandi lame sgt..:p ngee~

7-Selain dari nama anda sendiri, Anda suka dipanggil dengan nama ape?
kakak,
sayang,
baby,
anti,(awak->arab)
sis,

8-Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori..
1. Wanie Ghazali,
2. Tasha,
3. Kmelya,
4. Cik Nuna Amany,
5. Permata,
6. Fatin Sakinah.

~Siapa No.1 kpada anda?
~ALLAH S.W.T
.
~Bagaimana pula No.3?
~study and business.
.
~Pendapat anda pada angka 4
~same gan org yg tagged saye nie.. april fool.
.
~Kate sesuatu tentang orang ke 2
~ my family.

Okies.. completed.

Me,
Puteri.

Mari Berkongsi sedikit dengan rakan blogger.. doakan yg baik2 sahaja ya!

Alhamdulillah, pada tarikh keramat 28.2.2010, adik saya selamat ditunangkan setelah dirisik pada januari lepas.. (lupe lak tarikh tu.. mahaap ye adiikku sayang. nasib baek dier xder blog)..


Dan, seketika itu maka kakaknye nie lah yg agak busy membantu dalam persiapan majlis kecik2 yg kami rancangkan hanya untuk menyambut wakil2 pihak lelaki. Dimaklumkan bahawa tetamu atau wakil dari pihak tunang adik nie ramai jugaklah.. erm, jadinye nak wat kecik pun jadinyer sederhana.. Pada awalnya, emak ayah tak berniat menjemput keluarga langsung kecuali seorg abang kpd ayah sebagai wakil pihak perempuan. Tapi, tak best pulak ade yg kecik ati nanti..:p ngeee~ peace,..


Jadi, kami pun jemput 5 orang adik2 emak yg terdekat dan close sikit lah.. untuk dtg.. tapi, memang bantuan mereka amat diperlukan utk bergotong royong bagai memasak.. Kalau nak diikutkan adik beradik emak memang xcukup teratak kami menempatkan mereka... 5 orang itupun masing2 bukan berseorangan sudah tentunye bersama pasangan dan anak2 yg agak berbilang jugaklah..


Secara ringkasnye, kami cukup berterima kasih atas bantuan dan kerjasama keluarga yg terdekat.. Yang tak terjemput, kami sekadar memenuhi tuntutan, buat kecilan sahaja dan insyaAllah, pada majlis persandingan semua akan dijemput.


Sepetang tadi saya sempat mengedit gamba pertunangan adikku yg julung kali diadakan dalam keluarga kecil kami. Jom lihat...




gamba atas nie sepupu-sepupu kami..




dan inilah gamba adik saye tersayang..




gamba kami 3 beradik...




adik dan emak ayah, ibu tunangnya. Gamba kanan (atas) sepupu.




adik dan tunangnya..



Hasil kretif;
Puteri. (",)

Buat renungan semua...

Bismillahirrahmanirrahim...

entri kali ini saya cukup terkesima, terkedu, dan agak teruja dgn satu blog neh.. memang menusuk kalbu dan memberikan maksud yg mendalam..

Dgn meminta izin penulis blog tersebut, jadi dgn rase gembirenye saya kongsikan cerita yg benar2 membuatkan saya mahu menangis, sebak dan teruja sekali untuk tatapan anda semua..Fikir2kan, selamat beramal... Semoga anda mendapat sesuatu daripadanya..


"Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~




Allahu akbar, sedihnyer..
Renung2kan, Selamat Beramal...
With Love,
Puteri.
http://www.emocutez.com

Friday, March 26, 2010

Menulis lagi lah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pagi nie saya dpt bernafas lagi dgn peluang yang Allah s.w.t beri.. Sobahan nur bagi semua pembaca Blogku ini.. hehe. http://www.emocutez.com budget glamer~

Pagi-pagi sabtu nie tetibe idea mencurah2 masuk ke dalam mindaku.. hehehe. Idea yg unik2 jer.. Bukan stereotype atau mem'busan'kan, tapi idea yg kretif mcm neh; http://www.emocutez.com
Cute x red fruit emoticons sume neh?? ngeee~

Sebenarnye nak share about something,
that is love...hmm, bile sebut ttg love,
ade love yg happy always cam neh,
http://www.emocutez.com..
hmm, happy jer..

ade yg b'duke, memendam rase,..
cam emoticon neh; http://www.emocutez.com..
hmm, ade yg camneh;http://www.emocutez.com.. gatai,..

ade plak yg happy terlebih camneh;
http://www.emocutez.com
ade yg cool jer.. http://www.emocutez.com camneh,
aman damai, rukun hubungan dan rumahtangga.. ngeee~

Ada pulak tu yg takut,

rase terancam sebab bfnyer sgt mengongkong dsb..
camneh; http://www.emocutez.com hehehe.. ade ke?? lantaklah.. :p





Key, dlm kisah yg saye nak tuliskan
(sikit2 dah la yer... kite akan sambung ke episod seterusnyer...)
kisah cinte lilla hi taala.. huhuhu.. soleha jerk bunyinyer.. Aishah
(bukan nama sebenar)http://www.emocutez.com adalah seorang gadis yg mencari cinte yg ikhlas...
rupenye agak besederhana, tapi cute la cam emoticons neh...

Die sering dirisik, diintai oleh insan2 yg berkenan dgnnyer..

almaklumlah die seorang gadis pingitan di kampungnye...http://www.emocutez.com hehehe :p

Namun, die sering menolak atas alasan bahawa die masih belum bersedia...

Hari berganti hari,.. mase pun berlalu meninggalkannyer,

semenjak dr detik2 itu... aishah masih menjadi intipan insan2 yang berkenan dgnnyer..


Suatu hari, dtg sebuah rombongan risikan untuk mempastikan bahawa aishah bersedia atau masih perlu menanti untuk bersedia, namun.... bersambung ye pembace sekalian... hehehe.. cute tak citer neh???.. ngeeee sorry ekkk.. ade mase nnti saya continue ek.. peace!!..

With Love,
Puteri
http://www.emocutez.com

Petang yg howt...

Sepetang nan howt kat luar sane tu, memberikan sedikit rase pening kat pale saye neh.. Padehal, kat dalam uma jer.. Xkuar pown, cume around 4.00pm tadi saye adelah keluar sekejap jer.. utk mencampakkan sedikit beg sampah dr dalam rumah ke tempat pembuangan sampah. Tapi, sekarang dah sejam berlalu, kol 5.00pm dah... erm, berjalan dlm 3 minute jer kena sikit terik mentari tu.. maybe, silap mase kowt.. patutnye petang2 sikit dlm kol7 agaknye baru cuace okey utk buang sampah.. (",)

Kan indah jika dapat melihat environment yg sebegini rupe;




atau, sebegini...




atau...




Nie sume dpt tengok kat kampung jerr.. tapi, entah bile nak balik neh.. terase nak jogging jer.. atau badminton.. wah.. bestnyer. (",)

Erm, takpe lah.. sat lagi ok lah tu. Erm,... fenin la.. T'ingat pulak semalam.. rewind yesterday.... hehehe~

"Lepas je pembantu (perubatan kowt) amik darah jer, saye dah bole balik actually, tapi.. tetibe fenin plak.. alamak, nasib baik ade adik saye (yg saye pakse ikut dan cuti semate2 temankan ke klinik.. ngeee~).. After tu memang saye berehat la sementara tggu turn utk buat check up gigi bongsu.. A moment before that, saye ade daftar name utk ambil suntikan antibodi H1N1... Almaklumlah, sedang2 tggu giliran kat bahagian pendaftaran, tetibe ade announcement kate "Suntikan antobodi H1N1..Kepada sesiapa yang berminat, sila ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar diri, selagi stock masih ada.." ececeh... lebih kurang camtulah bunyinyer walaupun xsama.. Saye pon dgn exitednye meminte adik utk mendaftar name saye.. Yela, mencegah itu lebih baik dr mengubati.. Rupanye, tgh2 nak daftar staff kat kaunter pendaftaran tu kate, suntikan sepatutnye dibuat pada hari jumaat (hari nie la).. dan adik dgn ikhlasnye daftarkan lah saye utk ptg nie jam 4pm tanpa bertanye saye dahulu... "

Tetibe, after informed by my sis, saye pun xrela nak datang harini kol 4pm semata2 for that antibodi injection.. Oh, nope.. So hot outside.

Utk result darah saye,
InsyaAllah, my blood result will be okay and need to wait until 6 weeks. That's mean 4th May 2010, result darah saya akan keluar, a day after my final exam... Doakan yg baik2 ya semua!!!...
But, i believe, i am fine!!~ **bling2** http://www.emocutez.com

Wednesday, March 24, 2010

Kena start study neh..

Hurmmm, alhamdulillah, dgn selamatnye menjalani appoinment dan semuanya selamat. Dan selamat juga menjalani pemeriksaan gigi bongsuku.. Erm, tiada apa yg perlu dirisaukan lagi...I am fine now,.... dengan syarat, makan ubat lerrr.. uhuk2..
http://www.emocutez.com


Cuma, hari nie perlu berehat sebaiknye and makan ubat secara teratur, MC pun dpt, so perlu kan masa utk kembalikan kesihatan dan ketenangan secara optimum~
http://www.emocutez.com


So, this weekend dah xdark rest camneh and have to struggle.. Perlu sgt menggantikan masa yg terbuang lama, masa yg banyak dispentkan utk berehat, tido dsb.. Menggtikan semula mase study, mase utk menyiapka assignment yg byk berbeda dgn last sem... huhuhu.. Sem nie sem yg agak kelibut... camneh nak kejar neh???... hmmm..

http://www.emocutez.com

!!!.. :)Study is the best melody!!.. :)

Next week fully dgn test, huhuhu... gotta to study
http://www.emocutez.com


May Allah Bless me.... TEST, TEST, and TEST.. Gotta study!!..
http://www.emocutez.com


Kena berjuang sehingga ke titisan air mata terakhir..hehehehe.. :)
http://www.emocutez.com


Chaiyok2 semua!!..
With Love,
-Puteri-
http://www.emocutez.com

Bosan~

Bile demam...... Bosannyer nak kena tiduq ja sepanjang hari..... neh da xlarat nak baring.. Time xterase sakit di rahang, dagu, pipi dan gusi neh boleh la mengupdate blog neh..

Terase bosan asyik menghadap background yg sama, so tukar lah... hehehe. :)Time kasih tak terhingga buat teman sekuliah spt k.netti notti, k.muss dll yg beri some tips, idea dan beberapa effect ciplak dan cilok di blog teman2 lain spt. mama iris.. hehe. saye amik ladybird awak ya!!.. hehe.

So, for all, welcome to my new background and layout!!~..

Sebenarnye semangat berblog nie mulai kembang mekar, semangkuk semula setelah teman-teman sekuliah exited citer ttg blog neh... Hurmm, bestnye kalau sume kwn2 ade blog neh.. Bole wat contest neh... hahaha.. k.nett, nadd, k.muss, k.eda, k.gee, k.erna meh kite wat contest.. hmmmmm.

Lagi satu sebab mlm neh exited nak update blog jugek sebab nak mendamaikan keadaan yg agak stress neh krn saye "gering"..istilah diraja kunon... feelin not very well omputih kate atau pendek kate xsihat..

Gigi bongsu neh memang menguji tahap kesabaranku... Kadng2 okeh, kdg2 ting tong.. berdenyut2 kat gusi yg bengkak, dagu dan rahang... Adoiyai.. eh, silap, alhamdulillah..




Tuesday, March 23, 2010

Demam~

Bismillahirrahmanirrahimm...

Assalammualaikum semua...

Dalam2 asyik demam bernuffnang nie, yg sebenarnye miggu nie memang minggu saya demam pun... Hari ahad saya mulai xselesa dan xsedap badan... uhukkk....
http://www.emocutez.com


Pastu, isnin saya pun melangkah tabah ke Poliklinik Komuniti Shah Alam, Seksyen 7. Dgn muke yg sayu dan lesu, tapi tetap make up supaya xnak lah muke kelihatan pucat dan 'xsiap'.. huhuhu.., saya pun menjalani pemeriksaan..
http://www.emocutez.com


Setelah pemeriksaan dijalankan maka, diberikan ubatlah.. "Mefenamic Acid 250mg. Elakkan mengambil ubat ketika perut kosong"... Huhuhu.. Tak suke ubat. But need to take it!.. No choise...
http://www.emocutez.com


Hari Selasa pula, gusi di gigi bongsu ku membengkak dan meninggalkan kesan sakit!.. Huhuhu... sakit... Gigi bongsu mulai tumbuh dan membengkak.. Tidakk!!.. Akibatnye, xdpt makan sesuka hati, makan makanan yang lembut2 sahaja.
http://www.emocutez.com


Till today, saya masih rasa kesakitan nie... huhuhu.. Cane nie selain makan je la ubat tu...
http://www.emocutez.com


Esok, perlu buat pemeriksaan lagi, appointment doktor suda beri!!.. Cmne neh!!.. uwaaaa....
http://www.emocutez.com


Maka berakhirlah kisah demam saya yg sedeh ini setelah asyik dengan demam nuffnang!!..

http://www.emocutez.com






Search By Title

Loading...

My Words..