About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Friday, December 31, 2010

"Saya Blogger Selangor"





Dilahirkan sebagai anak jati Selangor melalui emak dan ayah yang memang asal dari Selangor, puteri memang berminat nak joint segmen yang dianjurkan oleh BPM. First time joint even dah lambat.. tak kire, nak joint jugak.. Tak pe kot:D dan ianya entri yg sgt simple jer! :D

Bagaimana nak join?

Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:
1. Tajuk entri : "Saya Blogger Pahang" - sila gantikan nama negeri anda
Ok, dah tukar.. seperti di atas.

2. Link ke blog ini - wajib
Done..

3. Nama anda - nama manja atau glamer
Nurul Aini. Nick name Blogger Puteri Cahaya. name manje : pu3

4. Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
Single and available.. :D

5. Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
wincutegurl86@yahoo.com sila add facebook saye. :D

6. Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
Tinggal kat Shah Alam, Selangor.

7. Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..
Macam-macam ada (bak kate iklan Astro) Ada ICT, ada Taman Cahaya dan banyak lagi!.. Nak tahu sila datang jalan-jalan sini (S.Alam) .. Memang Best!..

Welcome 2011 and Good Bye 2010!!..







Assalammualaikum semua..

Malam nie sempat pu3 untuk mengupdate Blog nie memandangkan pu3 balik ke uma sewa. Tak jadi bermalam di uma adik.. So, di kesempatan ini, puteri nak review sedikit perkembangan Blog pu3 sepanjang tempoh setahun dan mengumumkan pemenang my Birthday GA!

Tahun 2010 bagi puteri sememangnya mengandungi segala macam rasa dan kenangan samaada pahit, manis, tawar, masam, kelat dan payau. Kadangkala membuatkan puteri tertawa dan sebaliknya. Tipulah kalau gembira jer.. So, 2010 cukup mengajar puteri erti kematangan dalam erti kata seorang Blogger, pelajar, pekerja, anak, adik, kakak, sahabat dan seorang insan. Untuk dikenali umum bukanlah pilihan utama puteri, namun cukuplah membawa puteri ke persada kejayaan seperti blogger-blogger ternama dan berjaya suatu hari nanti!..InsyaALLAH... amin.

Sepanjang 2010, puteri jatuh dan bangun menulis dan menulis, merapu, meluahkan dan mencoretkan kretiviti mengikut kaca mata dan hati puteri. Dan 2010 juga mengumpulkan puteri dengan pelbagai peringkat dan jenis blogger di seluruh malaysia. Memang cukup bermanfaat di mana segala kenangan dikongsi bersama, segala informasi dan input disebarkan bersama dengan misi mencapai impian masing-masing. Setiap blogger mempunyai misi dan impian masing-masing dalam berblogging. Ini dapat ditunjukkan melalui requirement GA puteri yang memastikan mereka meletakkan sebab berblog. Dan, beberapa segmen yang dianjurkan oleh blogger terkemuka seperti Ben Ashaari dan sebagainya.

Di sini juga puteri akan mengumumkan nama pemenang My Birthday GA!!.. Memang berat nak umumkan sebab, satu semuanya bagus-bagus.. Semuanya ikhlas mendoakan puteri dan mempunyai misi yang bagus dalam berblog. Namun, pemenang puteri nie merupakan sahabat yang memang bukan asing ataupun baru dalam diary dan reality kehidupan ini. Beliau tak lain tak bukan sahabat puteri sejak di bangku sekolah sehingga ke akhir hayat, yang banyak membantu tika sama-sama membesar membentuk insan di hari ini. Dan beliau juga sudi create one entry for my Birthday Wishes.. tq dear!!! Jom bace doa dan misi Rose Danny..




........................
.........................


okeyh... ni yang terlalu lama aku tangguhkan..
niat nak join GA Puteri Cahaya aku lunaskan kat sini..

ok.. syarat-syarat GA korang klik sini ok..
aku ingat besday Pu3 sebab dia kawan aku dari skul lagi..
ok.. besday pu3 ialah pada 31 Disember 2010 yang akan tiba lagi 11 hari..

so sempena besday Pu3..

aku doakan semoga Pu3 panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa dan berbahagia selalu.
success dalam hidup, semoga cepat bertemu teman hidup dan tak kiralah biar di mana pun pu3 berada..semoga dia akan selalu di limpahi rahmat dari-NYA.

Pu3 tanyakan apa tujuan aku berblog...

okeyh, aku jenis manusia yang lebih mudah meluahkan rasa dari segi penulisan dan bagi aku, berblogging memberikan aku 1001 kepuasan.

sekian sajer jawapan dari aku.. hope cik Puteri Cahaya puas hati yer..
thanks ajak join GA ni..

dengan ini, aku dengan suka hatinya nka tag : LadyLailaPepel..
sila join okeyh..!! kalau tak aku geget ko... huahuahua..
.....................
...............


To my winner : nanti da dpt parcel jgn lupe posing and create new entri tanda anda sudah terima ya?.. tq!..

Sempena detik tahun baru nie, puteri wish HAPPY NEW YEAR!!.. May ALLAH BLESS always and May Dreams come true!!.. Semoga semua akan terus menulis dan menjadi blogger hebat!!... amin!.. :)

Misi puteri 2011 : Blogger mencari Cinta???.. :D Gurau jer.. Nak be a success person. amin..

Thursday, December 30, 2010

Pemenang Giveaway Puteri.. Wait ya..





Salam..

Seharian di Kedai memang meletihkan. Sampai umah dalam pukul 10.40pm puteri terus jer mandi. Penat sgt.. Tapi, janji tetap perlu ditunaikan... So, try la check wifi ok.. So, ingat nak announce nama pemenang, but then, tak larat la nak menghadap laptop terus.

So, puteri akan announce later ya.. InsyaALLAH next week ya.. Esok puteri dah tido uma adik and sabtu papai to hometown. So, tak dapat nak online..

Lastly, i'm so sleepy and going to dream and zzzzzzzz..

Salam all... c u soon for the winner announcement!..

Monday, December 27, 2010

Update Hadiah Giveaway puteri..





Salam sayang semua!!..
Perhatian buat semua peserta GA puteri..

Like dulu ya?!. =)

Seperti yang dijanjikan, puteri akan update gamba adiah birthday giveaway yang pu3 akan beri kat insan bertuah kan???.. Tapi, sebelum tu, puteri nak inform juga ade satu not so good news juga! :'(

Okay, kite citer yg best dulu la yek??.. dan ia adalah....


tadddddaaaaaa...


jeng..jeng..jeng...


jeng...................jeng......................

Warna biru dan hijau melambangkan kelembutan hati seorang wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab!!.. cool women!!.. from pu3. Tapi, sape agaknye pemenangnye.. stay tune.

Sila rujuk gamba kat atas nie... Inie dia, sehelai arabic soft cotton shawl colour green and soft/sky blue. Then, inner syria with awning and beads colour sky blue!.. So sweet and cute right?!.. Tapi, puteri xleh pakai sebab, nanti nampak sangat ketara kemendungan & kesuraman (gelap sgt:D)..

So, dengan seikhlas hatinya pu3 akan berikan hadiah nie utk pemenangnya!!!... yay!.. yang tak menang, dun worry, kita still can keep in touch! =)

Okay, back to the bad news and no so good news. Puteri akan balik kampung and celebrate my birthday with parents since my twin have been passed away, so we need to celebrate birthday with an appropriate and religous way. InsyaALLAH, nak masak sikit dan sedekah kat budak-budak kampung or other plan. Tak dapat celebrate dgn pemenang dan kengkawan pu3 yg lain.. coz Tak bole happy sangat!.. So, for the winner, puteri akan umumkan hari khamis nie dan akan di sampaikan melalui mr.postman around next week!.. Pada yang joint, silakan.. masih sempat lagi nie..

Akhir sekali, tuan rumah kedaung penganjur giveaway nak berposing sakan.. hehe..


nie style yuna yang xberapa jadi..

yang nie style belit jer. tak tau la style ape.. so, buat pemenang nanti, pu3 tau awak teror dah pakai shawl! =)

mood retro nie.. papai all..

Doa Dari Hatiku...

Nuffy ❤ what's ur Prob today?? ❤


Salam..

Baru la puteri sedar yang area uma ade wifi connection dari Restoran Mamak Darul Ehsan. Wow!.. It's great!. Actually, hari nie puteri ade some prob nak kena settled down, but sempat nak online lah sikit.. Suddently, xdpt nak login Nuffy ❤ .. wawawa.. opps! so childish! :D

InsyaALLAH, hari nie puteri akan update pasai hadiah giveaway (selewatnye ptg nie!).. coz right now xsempat nak snap or posing dgn shawl tu:D

Tuesday, December 21, 2010

Hidup Seorang Blogger : BERJAGA-JAGA





Salam..

Sebagai pengguna internet u all perlu berjaga-jaga, berhati-hati dan berwaspada sebab sekarang nie ramai sangat cerdik pandai yang dah terlebih pandai menyalahgunakan kepandaian.. haa.. berapa banyak pandai tu ye?.. Puteri sendiri, sebelum ini memang dah pernah mengalami masalah sebegini yang mana facebook dan email puteri kena hack oleh somebody yang sangat pandai. Memang rasa takut, geram, fed up dan cukup terkilan sehinggakan puteri perlu create Facebook yang baru. Antara entri yang pernah puteri kongsikan mengenai masalah tu sebelum nie ade kat sini : KES 1. dan : KES 2

So, sebagai panduan, puteri ada dapatkan info dari Facebook PDRM. Jom Bace kat SINI.

BERHATI-HATI for all and me too.

Tahun Baru yang bakal menjelma..





Sebelum baca, sila like dulu:D dan click iklan nuffnang kat atas nieee..


Assalammualaikum buat semua pembaca Blog My Artwork - Aien Gallery,

Hari nie puteri nak post entri khas sempena tahun baru dalam mode yang serius dan telus seiring kematangan penulis memandangkan kemungkinan beberapa hari kemudian busy dan tidak mendapat sambungan internet. Terlebih dahulu bagi pembaca yang kurang selesa, sila tekan "x" untuk close window okay..

Baca sambil memahami dengan teliti bagi yang ingin terus membaca.

Buat semua pembaca blog puteri,


seperti yang kita tahu, setiap tahun mengandungi 365hari yang akan mengumpulkan berjuta kenangan dan memori yang akan berlalu seiring dengan pertambahan usia. Tahun Baru yang dimulai dengan 01.01.2011 merupakan tarikh yang cantik dan unik bagi puteri.

Dan, harapan puteri tahun baru yang bakal menjelang 9 hari jer lagi ni dapat membuka lembaran baru yang penuh ceria, keberkatan dan rahmat Allah.. Usia? Semestinya akan bertambah. Puteri akan officiallynya berumur 26 tahun mulai 01.01.2011. Ya ALLAH, sesungguhnya kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku. Semoga kehidupan ini akan diredhai dan diberi rezeki melimpah ruah yang tidak disangka-sangka serta kasihNYA.. amin.




Sesungguhnya tidak ada harapan lain melainkan cinta dan kasihNYA pada hamba ini, insan yang kerdil YA ALLAH.. Sesungguhnya tidak pernah lepas dari melakukan salah, silap dan dosa. Walau bagaimanapun, insyaALLAH, iman akan terus memimpin perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran. KemapunanMU yang ku pohon.. amin..

InsyaALLAH, doa telah dipanjatkan semoga segalanya diredhai.

Pada yang sering bertanyakan tentang jodoh dan bila untuk menamatkan kehidupan single nie, puteri harapkan doa dari mereka semoga dibukakan pintu hati ini okay. InsyaALLAH, Allah Maha Mendengar dan Memahami. Dan, seperti insan lain jua, puteri harapkan untuk kehidupan yang lengkap dihiasi dengan pasangan yang soleh dan zuriat yang comel-comel dan soleh soleha untuk menyambung keturunan. Namun, masa dan keadaan membataskan pengembaraan ke destinasi kehidupan yang seterusnya. Maka, kehidupan destinasi ini diteruskan tanpa jemu dan putus asa. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dan menetapkan sesuatu mengikut kemampuannya.

Ingatlah, hidup sebuah destinasi dalam perjalanan yang panjang. Semoga ia dilalui dengan sepenuh hati yang ikhlas dan redha. Semoga ALLAH memberkati..


.............................................................................................................................................

Okay.. selesai sudah mukadimah nie.. Mari kita teruskan dengan pengumuman pemenang giveaway.. Opps.. belum lagi la. ade 8 hari lagi untuk tarikh 30 December 2010 dan insyaALLAH, penyampaian akan dibuat pada sabtu 1.1.2011. Tempat kita buat kat mane-mane tasik lah. Will be inform later.

Therefore, kalau tengok puteri tak update blog tu bermakna i disconnected with internet okay?.InsyaALLAH, kalau stable akan plan for berukband. opps...silap broadband.

Monday, December 20, 2010

Rasa Bangga bukan Poyos dan Terujaaa sikit:D





Assalammualaikum semua reders,

Selamat petang..

First of all, puteri nie terus terang la nak cakap yang puteri xpernah gune mende alexa tu apetah lagi faham. Kenai pun tak.. hehehehe.. Finally, bile ade sorg blogger name Han yang memang antara Blogger yang bagus , spontan, ada identiti dan antara yang keep on supporting up traffic dgn always visit, yang mengupas tajuk ALEXA.. Hehehehe.. ingatkan makanan kesihatan tadi. So, now i know my blog ranking. Thank You la Han!.. u all pun nak bace? Okay.. CLICK KAT SINI..

So, dgn muke blurrr nie macam kat gamba bawah nie:D

Opps..serius kelaka:D takmau la gamba nie:D Can't be display and exposed : Sila scroll down:D

nie baru okay. sila la tenung:D opps..silap, sila la tengok:D

So, puteri pun pergi la wat research. Bukan wat research sampai gi library ke atau IT person untuk interview, cukupla ngan encit Google melalui beberapa bahan elektronik. So, tengah cume memahamkan:D dan insyaALLAH pasni dah tak tercenggang-cenggang ngan blur jer bile org sebut Alexa ke bagai:D

So, nak citer sikit.. ape tu alexa? definition cukup :D

"Alexa is a useful resource for people to discover information about websites. You can use Alexa to discover how popular a site is, to find new sites, to learn who owns a site and a lot more. Whether you are a web professional trying to size up your online competition or you're just trying to find the best website to buy a new TV, Alexa is for you."

Ok, papai sume..

-Puteri-


Perlu ke Menipu Waktu Interview??? Confius nie..





Last day, puteri ade interview SPA di Putrajaya. Pepagi kol 6.35am dah meredah jalan ke Putrajaya, mintak tolg elder brother hantar. Nek motor jer untuk senang sampai ngan carik jalan. Memang tak tau jalan ke sane pown. Hanya harapkan sign board jer... Kalau jalan dari Klang nak ke Putrajaya my elder bro taula.. Kalau dari Shah Alam memang dia fail. Tapi, akhirnye die berjaya jugak sampai ke sane.. Puteri jer rasa ngeri nek motor.. wawawa.. Mesej kawan sane sini tanye jalan, tapi finally my elder brother redah jer. Dia memang pernah ke sane antaq girlfriend dia interview dulu.. Just follow the direction, finally sampai kol7.45am. Alhamdulillah.. waktu tu memang make up dah cair.. nasib baik sempat gi toilet utk touch up semule while waiting for the turn. No giliran bilik puteri interview tu 1006, but then no interview first utk bilik tu ialah 1001. so, sempat la kan nak touch up..


Jawatan yang dipohon dan dapat untuk interview tu adalah N17 jer untuk kelulusan SPM. So, puteri yang hanya menyediakan dokumen berkaitan SPM tu pun masuk bilik temuduga apabila tiba giliran yang telah ditentukan.. Bile masuk jer bilik interview puteri rase lega coz panel tu cool jer orgnye.. hensem pun iye:D hihi.. So, bila dia tanya kat tengah-tengah temuduga tu, awak sekarang nie sambung belajar lagi ke? nak tau kenapa? sebab cop pengesahan dibuat oleh Prof Madya Lupe name (lecturer Chemical Engineering tu da lupe:D lagipun xnak mention la name Dr tu). Sebenarnye al-kisahnye pu3 lambat dpt surat interview tu sebab alamat apartment memang cengini.. So, finalally, puteri jawab sejujurnya. Tapi, xbelajar. Tipu kan?


Puteri just imagine SPA check personal details ngan JPN, Kementerian Pengajian Tinggi sume abis la.. nanti kate puteri tipu plak! waaaa... tapi, puteri tak berniat. Takut over qualify kan..Kalau u all honest ke sanggup tipu? Serius nie.. tak main-main. Nanti da der degree baru apply PTD plak..So, wat mase nie N17 pun okay kan.. puteri sanggup extend kalau terpaksa. Emak pun da kasi.. But, berserah pada rezeki..
One more thing kalau dah camni la gayenye puteri takut. Tapi, gaye panel berdua tu memang dok gelak saje jer nak trick org kan.. hahaaa..

SEGMENT : JOM BERKENALAN Sticky Post by Luqman Hakim




Assalammualaikum buat semua pembaca Blog My Artwork - Aien Gallery.

Suka rasanya puteri joint semua segment-segment yang Blogger lain anjurkan seperti Ben Asaari. Segmen nie pun ala-ala segmen yang puteri pernah joint anjuran BA sebelum nie.. Bukan ape, puteri nie jarang sangat bergaul @ komen ataupun berinteraksi dengan blogger baru mahupun lama.. Tak nak buang masa dan cakap banyak, jom kita jawab soalan-soalan yang adik Luqman Hakim nie tanya dan penuhi semua requirement segmen tu...




Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~
1)Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN"
Ok, Done.

2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni~
Sure, Done.

3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
Okay, status puteri single.

-Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Okay, Puteri atau nama sebenar Nurul Aini, dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Bukit Kapar di Klang (kampung sebelah emak) dan dibesarkan di Sungai Besar, Selangor (kampung ayah). Pekerjaan sekarang nie adelah sebagai seorang Blogger :D takde la. Puteri freelancer dan Job Seeker untuk Goverment Agencies and nak keje ngan gov jer :D demand.. But still study kat Uitm Shah Alam. Dulu, waktu sekolah pernah bercita-cita nak jadi Arkitek lah, Ahli Perniagaan lah, Pelukis lah, Kaunselor lah.. Now, berminat untuk menjadi pendidik dan penulis yang serba boleh. but, soon WAIT AND SEE. Tapi, yang dah tercapai sikit tu Ahli Perniagaan lah.

-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
Blog puteri diwujudkan atas minat yang mendalam dalam dunia Blogging, suka mencari kenalan baru, melayari internet dan berkongsi penulisan di samping untuk mengasah bakat menulis di kala masa terluang. Blog puteri juga mengumpulkan hasil kerja seni seperti editing gamba,Hantaran, photography, Penulisan Kretif :Katahatiputeri, iklan nuffnang dan sebagainya. Puteri simple jer, menulis dengan apa yang puteri fikirkan. DAN puteri mengalu-alukan kehadiran blogger lain ke Blog puteri. Jangan lupe, tinggalkan link dan komen!.. ihihi.. Nanti pasti puteri reply ke sana kay?

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia Blog itu ilmu!.. Lubuk Ilmu dan Lubuk Maklumat, serta tak lupa, Lubuk Emas bagi yang dapat memanfaatkan sebaik mungkin. Ada yang dah mendapat pendapatan melalui Blog sebanayk 4 angka. Ini termasuklah melalui perniagaan yang diiklankan di Blog ataupun, melalui syarikat pengiklanan Nuffnang. Puteri sendiri baru jer seciput but, almost boleh rasa gembira lah. Dengan beberapa perniagaan kecil dan Nuffnang, puteri boleh menjana 3angka pendapatan sepanjang berblogging. Takdela sebulan. Bertahun dan berbulan-bulan:D.. jadilah kan? So, idola puteri macam Anastasyea, Cikgu Dahlia, RedMummy, Ben Asaari, dan ramai lagi yang mana mereka dapat menjana pendapatan yang orang kata memang lumayan lah selain gembira menjadi diri sendiri menulis apa yang difikirkan. So,secara ringkasnya puteri positif terhadap dunia Blog dan Blog ialah Diary yang cukup bermanfaat Lubuk Ilmu, Maklumat dan Emas yang interaktif dan berjasa pada puteri. So, u all bila lagi? Nak tanya puteri silakan atau kalau malu, just email ke : cherrygurl_8426@yahoo.com. InsyaALLAH, semua akan dilayan sebaik mungkin.

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Buat yang baru nak memulakan jejak memasuki Industri Blogging nie, dun be give up. Dalam dunia Blogging nie anda perlu belajar dan terus belajar, ia mudah dan menarik. Tapi, perlu diingatkan bahawa, tak semua datang dengan sehari dan tak semua kekayaan datang dengan segera. Jadi, bertatih-tatih dan InsyaALLAH kalau anda sabar, kejayaan dalam gemgaman. Rajin-rajin bertanya dan kunjungi Blog Blogger-blogger yang sudah berjaya seperti Anastasyea, Ben Asaari, Cikgu Dahlia, RedMummy dan lain-lain lagi untuk mendapat tips dan sebagainya. Akhir kata untuk rakan-rakan blogger baru "WELCOME TO THE BLOGGING WORLD"..

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Hmmm... bab nak promote keunikan yang terdapat dalam Blog nie, agak lemah sikit. Takut org kata Poyos kan.. hihihi.. Apepun, blog puteri mengandungi sedikit tutorial, tips, perkongsian pengalaman harian yang di catatakan sesuai dengan fungsi Blog sebagai diary elektronik yang interaktif, dan tak akan mengecewakan. :D

So, nak tahu ape yang unik tentang Blog puteri nie, jemput dan sila lah explore sendiri kay?

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Erm, bab sampai bila nie puteri pun tak pasti. Apapun, selagi puteri masih ada dapat connection, dan selagi puteri tidak posting di daerah pendalaman Sabah dan Sarawak atau lain-lain yang membataskan connection.. hihi..


-------Tarik nafas dulu..excited kan jawab soklan ni..heheh)-----------


4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..
Rose Danny, Hantwo, LadyLailaPurple, Zalin :D Maaf la rakan Blogger, sila jawab okay kalau anda nak traffic tinggi melambung luar dari kebiasaan:D

5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh
6)Tarikh tutp sampai sticky post ni lesap~hehehhe



Papai all..



Sunday, December 19, 2010

Pentingnye Review Nuffnang.. BE Segar dan Berkembang Hidup..




Assalammualaikum...

Happy Monday semua. Buat semua readers samada readers yang meninggalkan jejak ataupun silent readers, followers, blogwalkers and bloggers semua..

Sedar tak sedar, kita almost 11 days jer akan meninggalkan tahun 2010 yang cukup untuk membuatkan kita matang dan pastinya tersimpan pelbagai memori dan kenangan yang manis mahupun pahit.. Opps, pu3 belum nak buat syarahan atau entri berkaitan Tahun Baru, cuma nak war-warkan tentang Giveaway puteri sempena hari ulangtahun kelahiran hujung tahun nie, Puteri nak jemput u all semua untuk sama-sama joint serta GA ini.. I just hope another 11 days with ALLAH's Blessing, and doa from all of according to my age become added and i'm grown up :D.. let's joint the GA and u'll rewarded. InsyaALLAH, hadiahnya akan puteri beri by hand or by courier. Dan InsyaALLAH, hadiahnya tentulah sesuatu yang boleh dimanfaatkan..InsyaALLAH. It may be a one set hijab and inner. Wait and See.. Memandangkan semua candidates yang joint contest nie adalah wanita, jadi begitulah kata putusnya. InsyaALLAH.. So, buat sesiapa yang nak joint, boleh CLICK SINI

Ok, tutup tentang Giveaway, puteri nak back to the topic. Okay.. Betapa pentingnya kita review Buffered Earnings ataupun ape-ape yang berkaitan dengan nuffy kita tu supaya dia tak merajuk dan hidup segan mati tak mahu. Ingat manusia jer yang nak kena puji, jaga, belai.. ?? heheh.. nuffy pun need our attention tau.. Tak lah, sebenarnye, kite creadit to nuffnang ngan advertisers la.. InsyaALLAH... kekal segar membugar.. So, sejak dua hari nie puteri perasan yang nuffy kat belah header puteri tu asyik prob jer.. kenapa lah wahai nuffy ku sayang :D cewah.. What's wrong ye?.. Rasanya bukan puteri sorg jer kot sebab buka blog org len pun same jer.. hehehe... So, korg tengok la gamba yg nuffy problem kat bawah nie..




Ok, but then, my BE yang puteri ade review previously kat SINI ,



memang segar membugar nie.. menyeri dan menceriakan Blog puteri.. Thanks nuffy, Digi and Nokia!!.. Harapkan ia terus menerus menyinari Blog pu3 nie..

Sehingga bertemu di lain entri!..

With Love,
Puteri






Blog Review by Wavex






Sementara menunggu times up, pu3 nak joint Blog Review oleh Vawex la.. Erm, almost 2 kali dia da dtg jemput kan.. macih ye. i like cume xsempat jer.. At first macam susah. But now bole spend some moments untuk prepare entri nie..

Ok, antara syarat-syaratnye..

1 - Jadi follower blog waveX (http://wavewsa.blogspot.com/) ..(wajib)
2 - Letakkan blog waveX dalam Blog List kat sidebar korang ..(wajib)
3 - Add waveX di FB ..(optional)
3 - Like Fan Page WaveX Team.. (optional)
4 - Masukkan emel korang kat Subcribe kat sidebar tu.. (optional)
5 - Buat satu entry menyatakan minat korang untuk di 'review' (optional)

Semua syarat-syarat tu InsyaALLAH telah pu3 penuhi, dan sekarang, masa untuk buat entry tentang minat pu3 untuk Blog Review ini..

"Assalammualaikum Wavex, First of all, thanks coz buat Blog Review yang pu3 rasa cukup bagus untuk prestasi Blog pu3 buat masa sekarang nie.. So, jemput la review Blog yang tak seberapa nie =) Salam kenal Wavex. "

Ok, selesai sudah.

Kalau u all nak joint CLICK SINI

Jom Beli Shawl dan Hijab dengan Puteri kat booth Giant 13..





Credit to Google.com







Salam..

First of all, sayang Wardina and Farah Diba. Credit to Google.com kerana meminjamkan gamba nie ;) The whole day puteri spent kat Giant Sek13 today until Wednesday and thursday till 31th December at Kemuning. So, for those yg nak bought some shawl and scarf, syria let's come!!.. ;)Absolutely with a special price!


Dapat Adiah..





Tak sabar rasanya nak terima parcel dari Mummy Nieza!!.. Yay!!!.. First time dapat adiah GA. Nanti jgn lupe joint GA pu3 kay?

Advertisement Lagi.. Cristmas Offer..






Salam..
Last week dapat call dari sorg kawan, InsyaALLAH, Cristmas nie dia akan adakan photo shoot. Tapi, hanya yang cepat book la.. Coz the whole day nak plan the location.
For more detail : CLICK HERE
p/s : pu3 hanya tolong panjangkan iklan =) buat adik-adik junior, kawan-kawan yang mengenali, plz email for the quotation. tq

Saturday, December 18, 2010

Teringin Sangat...





Luch Time!!.. Perut berbunyi-bunyi, muzik menari-nari berkumandang lagu keroncong. Itu tandanya "L.A.P.A.R".. So, terus la plan untuk makan..

Back to the topic. Teringin sangat.. Nak makan Prosperity Burger since ia muncul kembali. So, finally hari nie memang dapat tunaikan keinginan:D Tadi tapau, tak makan kat McD. Share makan ngan adik tadi (coz takut xabis). Large size costly dalam RM13 plus plus.. Ok la kan.. Kenyang and sedap.

Selamat Pengantin Baru.. Maer & Nurhalimah..






Assalammualaikum semua pembaca Blog pu3 samada silent readers atau bloggers!

Pagi nie pu3 nak wish "Selamat Pengantin Baru buat Ismail dan Norhalimah" yang bersanding hari nie..

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat!.. Pray for this marriage will brings Sakinah, Mawaddah, wa Rahhmah, till the end of theirs life!..

Tapi, pu3 tak dapay dtg makan kenduri coz kena keje!.. wawawa.. But, can send their present later.

Wassalam..

Thursday, December 16, 2010

Tak Dapat Bayangkan Bila Tanpa Alat Telekomunikasi, Network, Hubungan Luar, Air dan Api..





Kenapa tajuk nie..

Okay, just imagine for a minute a while. Bayangkan anda berada di satu kawasan yang jauh dari hubungan luar, takde kemudahan awam, infrastruktur, komunikasi, network dan sebagainya. Seandainya anda ditempatkan di jauh pelusuk pendalaman.. wawawa.. Bersediakah? p/s : nie semua soalan interview SPA tadi.

Jawapan puteri redha jer. InsyaALLAH boleh.

kadang-kadang puteri fikir apa yang puteri cari dalam dunia Blogging? Okay.. puteri akan teruskan blogging selagi ada network connection dan tidak terputus sistem komunikasi. Apa yang puteri cari dalam blogging world nie semua telah puteri share dalam beberapa entri sebelum nie spt. DI SINI

Selamat Sudah..



Alhamdulillah.. Selamat sudah temuduga SPA pagi tadi. Turn dalam pukul 9am. syukran, semuanya berjalan dengan lancar..Cuma tunggu result end of this january. So many new things and experiences yang pu3 dapat, pagi-pagi lagi dah meredah highway ke Putrajaya dari Shah Alam. Memang berani mati la:D Apepun, G.Luck for all candidates include me!.. MAY ALLAH BLESS US.. Kenal some of new friends and one of them is also a blogger/candidates (Aina)..







1 Malaysia.. tetibe:D Iklan Nuffnang sekejap ye =)

Wednesday, December 15, 2010

Jom Kita Berkenalan..

Dalam mengejar masa nie sempat jeling-jeling ke Blog BA, nampak ade segmen baru la! :D Jom cepat-cepat siapkan.. simple jer.. I like!.. :)

1.Letak header blog BEN ASHAARI
Ok, kat bawah nie :)




2.Bila mula buat blog ?

03 September 2008.Dah lama dah berjinak-jinak since mule-mule masuk Uitm 2008. Waktu tu ade belajar subject intro to internet source and resource yang belajar mark up language HTML dan XHTML. lecturer tu memang best sgt sampaikan saye pun terus terpengaruh dan explore sendiri blogging memblogging nie..

Sampaikan dari blogging nie juga saye ade terima upah buat header blog, edit gamba kawin, tunang, birthday. Skrg dari blog jugak saye wat cooperation ngan kawan2x.. freelance photography kawan-kawan yang kawin, tunang dll, hantaran. Harap-harap tak sia-sia la saye spent mase kat blogspot. hehe :)


3.Jumlah follower sekarang ini ..

465



4.Berapa trafik harian ?

Average 50 jer per day.. Kadang-kadang tinggi melambung. Sometimes x.. :D


5.Sehari brapa entri ?

Depend time agaknye.. Kalau ade mase terluang memang every minutes nak update blog. But kalau xder mase sehari tu xder entri. So, average dalam satu ke dua la.. :D


6.Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
Exactly Blog BA!!.. ;) Bukan kipas hokey?

Okay..SIAPPP!!.. nak solat maghrib. :)

Tuesday, December 14, 2010

Macam Mane Puteri jadi Tak Efficient nie..




Salam all,

Pagi nie puteri masih dalam mood preparation. Dari mak ayah, sampaikan abang semua berperanan penting menolong puteri buat preparation. Pertama sebab, sijil kelahiran dan Ic tertinggal kat kampung gara-gara daftar hospital kelmarin. Ingatkan mak dah simpan semula kat wallet ngan beg puteri sebab balik s.alam pun tak berapa sihat lagi, ngan mamai-mamai jer.. Mak pulak simpan dokumen tu dalam beg dia.. tu dia, first time jadi camtu.. huhu.. So, abang malam tadi ngan kawannya balik ke kampung semata-mata nak ambilkan dokumen penting tu... Thank a lot dear brother!!.. Nasib baik dia balik pukul 5ptg.

Kedua, tentang Exam last sem. Puteri tak dapat check result. nak tahu kenapa? Sebab tak efficient lagi. wawawa.. sejak internet connection takde nie sume tak efficient. Tak saba nak ambil broadband!!!.. Maybe ia memudahkan semua kerja..




So, tunggu la esok untuk result exam yang orang lain semua dah dapat:D

Puteri oh puteri..

Monday, December 13, 2010

Advertisement.....





Salam all,

Before pu3 offline tonite, nak invite anyone yang stay around Giant Kemuning Utama, plz do visit tomorrow kedai berhadapan escalator, in front of kedai Gunting Rambut.

Hijab, scarf and shawl for Hot Sale and Special Discount!

Contact puteri at : 017-6478590

Ya ALLAH, permudahkanlah urusan HambaMU ini..






Assalammualaikum..

Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah S.A.W atas nikmat dan kurniaNYA, maka dapat kita bernafas lagi.

Balik jer uma ptg tadi pu3 terkejut sebab;

*Puteri dapat Surat Panggilan Temuduga SPA utk N17 kat Putrajaya.
*Interview hari Khamis nie. (*apesal lambat sampai encik posmen?) wawawa..

U all, sila doakan puteri success and well perform utk interview itu kay? I hope a good potential can be my chance!!!!.. or else, i try my BEST!..

Ini lah first time puteri interview SPA. Before puteri just interview PSPPA (Perbadanan/Semi Gov)

Just pray for ALLAH S.W.T Blessing. Amen..

Tq Nuffy, Digi and Nokia!..






tQ Nuffy, ♥ Nokia and Digi!!!!..♥♥ for the BE.
Puteri will be offline until 18th December 2010, and will be online again on 19th December 2010!!!..


Sunday, December 12, 2010

2 Minggu di Kemuning..





First of all, buat sesiapa yang berdekatan Giant Kemuning yang berhajatkan hijab whether arabic, awning anad scarf, plz visit me ya!.. about 2 weeks more pu3 around there!.. kisah nie happened last week, thursday.

Sedang puteri membaca buku La Tahzan, Jangan Bersedih, Setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Datang seorang pelanggan yang telah membeli tudung beberapa hari yang lepas, berhajatkan mahu menukar hijab yang telah tersalah pilih warna. Katanya, suaminya cukup cerewet!.. Kalau boleh dia mahu warna hijab yang sama dan matching dengan baju jubahnya itu.

Erm, sambil memilihkan untuknya bersama-sama, dengan ramah tamah wanita itu bersembang dengan puteri. Yang menariknya wanita yang hanya memperkenalkan diri sebagai Azza tu, memanglah peramah dan mudah senyum orangnya. Sambil mencuba dan meneliti warna hijab yang dipilihnya azza terpandang buku yang puteri sedang baca. Diletakkan kemas menanti untuk disambung baca.

“Wah, awak pun sama suka baca buku nie ya?” Puteri jawab “Ye la.. nie jer ubat hati paling mujarab selepas kuatnya iman dalam hati. Nie lah best friend saya. Kalau saya rasa saya give up ke, tension ke, tertekan oleh sebab study ker, orang lain ke, *almaklumlah bila kita perlu stay rental sebumbung dengan pelbagai ragam manusia, pelbagai sikap dan tak dinafikan la kadang-kadang ada pengasingan, tekanan. Jadi, buku inilah sebaik-baik ubat supaya saya lebih redha dan tenang senantiasa. Kalau baca buku nie rasa cool ngan happy jer” Azza menjawab “ Ye la.. saya pun. Awak belum kawin lagi, saya dengan masalah keluarga sebelah suami, melayan kerenah ipar duai semua.. Memang mencabar. Kalau tak baca buku nie rasa memang lah dah patah semangat. Tapi, Alhamdulillah..buku nie banyak motivated saya.”

Tak sangka saya boleh kongsiakan pandangan dengan beberapa orang pelanggan hijab dan scarf mengenai kebaikan dan kandungan buku yang menjadi kitab azimat saya untuk meneruskan kehidupan dan cabaran. Sebelum itu, datang juga sepasang suami isteri yang turut menggemari buku yang puteri baca. Suaminya merupakan cina muslim, dan isterinya seorang melayu yang cukup lembut dan teratur. Katanya, kita perlu tabah menghadapi hidup yang pelbagai ragam, ada manis, pahit, tawar dan bermacam lagi. Semua itu wajib dihadapi dengan ceria dan bijak kerana kehidupan ini merupakan sebuah persinggahan dan pentas duniawi yang akan dipertimbangkan di akhirat kelak. Justeru, setiap masalah yang datang membawa kebaiakan dan pahala andai kita redha dan sabar melaluinya. Memang puteri cukup menghormati pandangan untie dan uncle tu. Hebat!..

Untuk berkongsi dengan hati pembaca blog puteri yang disayangi semua, puteri paparkan page 59, tajuk 19 agar kita semua dihindari dengan sifat terkeji iaitu “dengki”. Sesungguhnya diperingatkan agar anda jangan sekali-kali cuba untuk memiliki rasa dengki. Berlindunglah kepada ALLAH agar tidak bergaul dengan seorang pendengki, kerana Dialah yang selalu mengawasi anda!

PENDENGKI LEBIH RENDAH DARIPADA YANG DIDENGKI
Kedengkian (hasad) itu seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang. Hasad itu juga seperti penyakit kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan-lahan sehingga membusuk. Ada ungkapan: “Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut.” Ada pula orang-orang yang berkata seperti ini: “Celaka benar seorang pendengki; memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan.”

Saya berusaha mencegah diri peribadi saya dan juga anda agar tidak menghidap penyakit dengki. Ini merupakan wujud kasih sayang saya terhadap diri saya sendiri dan terhadap anda sebelum dapat mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang lain. Bagaimana pun dengan dengki terhadap orang lain, kita sama halnya dengan member makan kesedihan kepada daging-daging kita, memberi minum kegelisahan kepada darah kita, dan menyebarkan rasa mengantuk pelupuk mata kita kepada orang lain.

Seorang pendengki itu, ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti, lalu setelah panas ia memasukkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang itu. Keresahan, kecemasan dan kegelisahan hidup merupakan penyakit-penyakit yang dilahirkan oleh sifat dengki untuk mengakhiri ketenteraman, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Bencana besar yang menimpa seorang pendengki adalah dikeranakan ia selalu melawan qadha’(Ketentuan Allah), menuduh Allah tidak ‘adil dalam kebijaksanaanNYA, melecehkan syariat, dan selalu menyeleweng dari ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya kedengkian itu merupakan penyakit yang tidak mungkin mendatangkan pahala, dan juga bukan cubaan yang akan mendatangkan balasan baik dari Allah bagi para pelakunya. Seorang pendengki akan selalu panas ketika melihat orang lain mendapatkan kenikmatan dan kelebihan. Dari itu akan berlanjutan sampai ia mati, atau terkadang sampai kenikmatan orang lain tadi sudah tidak ada lagi.


Semua orang boleh diajak bersahabat kecuali seorang pendengki. Sebab, seorang pendengki akan selalu membawa kita agar meremehkan nikmat-nikmat ALLAH, meninggalkan semua keperibadian baik kita, melepaskan cirri kehormatan kita, dan meninggalkan semua sejarah baik kita. Itulah hal-hal yang akan membuat seorang pendengki menerima – meskipun mungkin dengan berat hati – anda sebagai sahabatnya. Akan tetapi, bukankah kita harus berlindung kepada Allah dari kejahatan seorang pendengki ketika mendengki?
Betapapun, seorang pendengki itu tetap seperti ular hitam berbisa yang tidak akan pernah diam sebelum menyeburkan bisanya pada tubuh yang tidak berdosa.
Sesungguhnya saya peringatkan agar anda jangan sekali-kali cuba untuk memiliki rasa dengki. Berlindunglah kepada ALLAH agar tidak bergaul dengan seorang pendengki, kerana Dialah yang selalu mengawasi anda!

Puteri tak suka Injection!!..

Puteri tak suka injection.







Almost dah lame tak update Blog!.. Wah!.. Hidup terasa lain! so different.. Connection problem. Memang nak nangis jer, totally bored. tapi, back to the book “Don’t be sad. Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.” Huhuhu...

Ok, kenapa la tajuk puteri puteri xsuke injection ye?.. erm, Allahu akbar!.. memang ngeri la tengok jarum yang nurse cucuk ke punggung kea tau lengan kita.. wawawa..

alkisahnya begini. Pagi sabtu tu puteri xsempat nak breakfast balik kampung sebab bangun pagi jer dah nak kena siap, then bas pun berduyun-duyun sampai while puteri sampai kat bus stop tu. Memang such as properly scedulued. Tapi, tu semua kebetulan. Sampai jer seksyen 2 la bus memang lame.. Tapi, selera xder nak makan kat seksyen 2 tu ngan takut tertinggal bus nak tapau makanan. So, budget nak makan kat Klang Central. But that time terus dapat tiket bus express ke Sungai Besar, my hometown.

Okay, u all bayangkan la.. dari uma about 7.15 am terus jer dapat bus ke seksyen 2 about 8.40 am la baru dapat bas. Memang lame kat seksyen 2 la. But then, kat Klang Central memang 9.15am tepat sampai terus jer beli tiket!.. Staff kat kaunter kata, kalau adik sempat naik bus 9.15am nie naik jer, kalau tak tunggu 10.00am la. So, puteri tak nak berlengah, terus jer meluru ke bus yang berkenaan!.. Memang sempat. Alhamdulillah!.. Syukur Ya ALLAH.. memang la puteri rush betul time tu!.. Dah tak toleh kanan kiri sebab waktu tu ramai sgt penumpang nak balik ke pantai timur la, selatan la.. Nak beli makanan pun dah tak sempat!.. wahh.. perut berkeroncong sgt time kat atas bus!.. Dah la terlupa nak bawak botol air apatah lagi tapau biskut ataupun nestum sikit. Apatah lagi gelusil ataupun Mist. Magnesium Triciilicate, alamak!!.. takpe, tido dan sabar. Sooner mesti better.

Sampai jer traffic light sungai panjang dalam pukul 11.45am puteri pesan ayah amik!.. So, awal dari Sungai Besar la. Tak nak tunggu bas lain jauh-jauh. Tunggu la ayah kejap. Waktu tu perut okay lagi.. Then, sampai rumah.. puteri rehat jap. Mama masak sayur pucuk ubi lemak dan macam-macam lah!.. wah!!.. I miss all that delicious meals!.. Kalau kat S.Alam, fast food jer, tak pun benda yang senang nak masak. So, yang remeh temeh camtu memang tak sempat nak prepare la.. About 2pm, perut okay lagi.. cume, something somewhere la.. Memandangkan puteri ada a bit demam dan selesema sebelum tu, so puteri pun ambil la ubat batuk. Tido sampai petang dan senja. Lama betul!.. penat!.. Jangan ikut negative attitude nie:D never do it again puteri!..

Bangun malam rasa xsedap badan, demam lagi, terus makan actifast!.. cuci muka, kaki, cuci semua, then tido sampai pagi!.. Memang demam la. Then, pagi bangun jer pu3 terus gi toilet and perut sakit sgt!!!!.. wahhh.. gastric MELANDA!.. mama!!.. ayah!!.. tolong!!.. kebetulan jiran kami ada bole hantar puteri ke hospital!.. sampai jer, terus masuk ke bilik emergency!.. puteri tak tahan SAKIT SGT!!!.. nangis jer la.. dengan baca selawat!.. Terus datang seorang nurse, sakit ape dik???.. puteri jawab” perut..” dengan teresak-esak. Datang MA (Medical Assistant ) seorang lelaki nie terus Tanya”Sakit ape? Kat mane? Awak mengandung ke?Umur berapa? Penat puteri nak jawab dalam keadaan sakit perut tu.. wawawawa.. memang nak menangis jer!.. Finally, dtg seorang nurse dgn satu jarum!.. NASIB BAIK JARUM KECIK!!.. terus jer nak cucuk punggung puteri. Eh, nurse, nak buat ape tu? Wahhaaaa..soalan puteri. Nak bagi injection tahan sakit. Ok, kalau tak dekat punggung bole? Dalam hati sakit la nak duduk nanti. Then, nurse tu cucuk kat lengan puteri. Alhamdulillah.. sakit sikit macam BCG tapi, seram jugak lah!

After a while, nurse datang dengan Mist. Magnesium Triciilicate dan kena la mam!.. wawawa.. Then, dorg suruh puteri rehat. Baring kejap, penat sgt rest sekejap.. datang doctor perempuan. Ok ke? Tak sangat puteri jawab.. Dia tekan-tekan perut. Sakit lagi la jadinya.. wawawa..Puteri cakap demam, pening. Takpe, rehat jer.. Rehat jap. Ok.. pejam mata and rest.. Datang seorang MA lelaki tadi dalam 20 minit selepas tu, okay, awak dah boleh balik lah.. Alhamdulillah, emak ngan ayah dah risau sgt!..

So, balik uma puteri isi perut yang kosong tu. Tido dan rest!
Memang balik kali nie rest je la memandangkan demam, dan tak sihat. Salah satu sebab cuaca yang yang tak menentu sekarang pun punca demam, batuk dan selesema. Gastrik pulak datang melengkapkan ujian kali ni..

So, akhir sekali puteri memang tak suke injection walaupun puteri tahu, itu lah ubat yang paling mujarab dan terpantas!!..

Monday, December 6, 2010

MENCARI JODOH BUAT MAT GEBU







MENCARI JODOH BUAT MAT GEBU

Assalammualaikum, Selamat Pagi dan Salam Maal Hijrah semua,

Wah!.. online jer terus ade nampak segmen baru la.. Tajuk macam Best!.. tapi!, puteri tak pandai nak jadi match maker nie sebenarnya. Erm.. hehehe.. hehehehe..

Kembali kepada tajuk. Diam sekejap..
Puteri sebenarnye tak tau camne nak luahkan.. Lagi nak matching-matchingkan orang nie, dah tu Encit MG yang glemer nie.. Puteri sendiri pun still cetek dalam bab-bab dan ilmu cari mencari jodoh nie.. ye la, pu3 pun tak der experience nie apatah lagi tak kawin lagi... hehee.. Nanti orang kate, awak tu pun tak kawin lagi sebok nak carikkan orang. Okay, nie sekadar gurauan ye.. Terlebih dahulu maaf kalau tersalah kata dan tersilap bicara kerana ia sekadar tuntutan segmen Encit BEN ASHAARI jer.

Okay...

MENCARI JODOH BUAT MAT GEBU



Puteri menghulurkan sekeping surat pink kepada Mat Gebu kiriman rakan blogger yang bernama Mawar.



..................................................................................................................................................................
Assalammualaikum..

Abang Mat Gebu,

Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya sebagai mawar. Saya adalah antara ribuan peminat dan pembaca Blog abang. Saya tertarik pada sifat abang yang memang mahir dalam selok belok dapur dan bab memasak nie, dan buat pengetahuan, saya memang sering menjadikan blog abang sebagai panduan saya dalam bab memasak sebab saya pun memang gemar memasak. Melalui blog abang juga saya rasa keceriaan dan kebahagiaan melalui setiap menu yang dikongsikan.

Berat hati rasanya saya nak meluahkan apa yang tersirat di hati nie.. Saya mengenali blog abang melalui Blog kawan saya, puteri cahaya. Dia lah yang mula-mula memperkenalkan blog abang, ketika itu saya memang tidak pernah merasai perasaan sedalam ini. Setelah sekian lama setahun saya menjadi silent readers yang setia saya rasa tibalah masanya untuk saya mencurahkan apa yang terpendam, meluahkan apa yang tersimpan. Yang pastinya, saya ingin mengabadikan perasaan ini selama-lamanya menjadi realiti.

Harapan saya cuma satu semoga segala bebanan perasaan ini menjadi sebuah amanat yang telah diserahkan kepada pemiliknya, iaitu Abang. Samaada abang akan menghargainya ataupun abang akan menyimpannya sahaja adalah hak individu.

Apapun, maaf sekali lagi sekiranya ada tersilap kata dan terguris rasa.

Sesungguhnya perasaan itu anugerah yang indah dari ALLAH s.w.t

Wassalam..

...............................................................................................................................................................

Puteri : Okay Mat Gebu, surat nie adalah kiriman dari kawan blogger puteri yang bernama mawar. Memandangkan mawar seorang gadis yang sopan, ayu, berbudi bahasa dan berpekerti tinggi, sudilah kiranya puteri nak kenalkan Mat Gebu dengan Mawar. InsyaALLAH, jika tak keberatan kalian berdua cubalah berkawan. Selebihnya berserah pada takdir ALLAH s.w.t, ada jodoh dapatlah bersatu dan ia cukup menggembirakan puteri, kalau sebaliknya redha dan teruskanlah berkawan ye.. Tapi, sekiranya kalian tak seperti yang puteri harapkan tak ape. MG, sila foward ciri isteri pilihan hati:D

p/s * MG, touching taak?... hehehehe.. segala watak tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati:D

Sunday, December 5, 2010

Lack of Knowledge about SEO, Ping.






Assalammualaikum and afternoon..

SEO (Search Engine Optimization). Awalnya puteri memang kurang arif dan praktikkan konsep SEO yang mana akan membantu traffic dan kemantapan sesebuah Blog dan Website. Memandangkan puteri baru jer baca entri Arif Shah, so puteri nak ulas dan share dengan semua bloggers yang singgah ke Blog puteri nie...

"The true definition of Search Engine Optimization (SEO) can be stated as a highly specialized process of building a successful website. We say successful because if a commercial website cannot be found in the major search engines, it is not successful, it just isn't doing it's job.

SEO directly addresses the need for a website to attract new and targeted visitors, who in turn will convert into buying customers.

Fact: About 90% of all new visitors to a web site found it using the major search engines such as Google or, search directories such as Yahoo! Now SEO professionals and specialists alike are closely accustomed to acquiring top-level search engine results for all their clients.

Priority placement and top rankings is a daily, on-going struggle when you are a professional SEO specialist. The SEO field, as a whole, needs to keep up with ever-changing technology and also has to be familiar with other web site marketing techniques such as banner ads, pay-per-click programs and even some offline advertising options. "

Credit to : http://www.rankforsales.com/seo-definition.html

Untuk tips SEO, anda perlu banyakkan research di pelbagai bahan bacaan online!..


Untuk Ping Website juga puteri lebih memilih ping Website di Facebook sahaja!..


p/s : still learn how to improve and improve traffic.

Alhamdulillah.. traffic improved!





Last month puteri joint PDCD, traffic kat sini, but this week bila pu3 selalu joint segmen BA, so traffic pu3 dah improve and much better!!.. Alhamdulillah..



First Segment pu3 joint.

Second Segmen pu3 joint.

Third Segmen pu3 joint.

Forth Segment pu3 joint.

Then..

Dan segmen yg pu3 tak joint



Tq BA and can't wait for the next segmen!!! =)


ANDAI AKU...


Sebenarnye dah buat tajuk entri utk segment Encit or Bro BEN ASHAARI tapi, buat pengetahuan.. puteri nie kureng sikit menonton filem.. whether kat panggung wayang mahupun kat uma (tv). So, life puteri memang bole dikatakan agak jauh dengan industri filem nie...ececehhh..
So, memandangkan puteri xdapat nak joint segmen tu, puteri still nak gunekan tajuk nie utk tak berkecil ati. wawawa... sambil makan Subway (akak kedai nie belanje okay. tq sis!.. )

akhir sekali maaf ye puteri attached gamba yang sedikit chubby waktu skg.. Nanti, after busy dgn assignment or whatsoever mesti slim balik:D

Seronok ke jadi kakak??





Assalammualaikum...

Sementara tunggu segmen baru BA, macam yg BA cakap nie, so.. sempat nak update satu entri.
Best ke jadi kakak??? Ye.. best!.. sebab, bile ade adik kite bole buli dia!:D takde la.. pu3 kakak yang baik!.. sorg je adik tu!.. ermmm..

Alkisahnya nie tadi baru je adik pu3 balik dari sini.. Pagi tadi adik gi pasar pagi dan belikan pu3 nasi ayam, adik belanja kakak:D suke!=) Dan, dah duduk2x tiba-tiba adik ngan tunangnye hilang, rupenye gi taman cahaya!.. Ingatkan gi toilet je, melencong dan melancong la pulak:D so, balik nye dorg belanje pu3 mylo ice blog!... yummy2x.. Dah lama sembang ngan lepak-lepak kat kedai, dorg bosan dan balik uma.

Okay, berbalik ke tajuk seronok ke jadi kakak?

1. Seronok bile adik senang diajar. Bile kakak cakap tu baik, nie tak baik.. die follow!.. since kecik adik pu3 memang tak melawan sgt cuma biasalah citarasa kami berbeza sikit!.. Kalau pu3 suka pakaian yang agak labuh sikit, die suke singkat sikit but still ok. But, so far baju boleh pinjam lagik!:D

2. Seronok juga bile nak dapat adik ipar!.. Yay!!.. May ALLAH Bless them. Tapi, xsure lagi tarikh.

3. Seronok bile adik tak lupe kakak. Die tau kite yang selalu ade waktu die kecik sampai la die besar dan tinggi mengalahkan kakak sekarang nie..

Ok, lastly one keyword, seronok jadi kakak nie!..

Wassalam..

Saturday, December 4, 2010

Macih Nenek Dina -> Blogger K.Atun.





Salam all,

Entri simple jer nie.. Just nak wish macih buat nenek Dina ngan kawannya (lupe tanye nama) yg datang ke kedai pu3!.. Nenenk Dina or Blogger K.Atun nie beli gypsi shawl (crystal) fabric soft cotton kaler hitam (*cantik....) harga RM18 hinggit jer tau.. ;)

Stock dan warna pun masih ade banyak choise lagi.. So, let's grab!.. murah jer.. Berbaloi-baloi:D

Morning Bloggers!!..





Assalammualaikum... Morning Bloggers 1 Malaysia!!!,

Silent readers, morning jugak!.. Ok, how are u all? cihat? Puteri, Alhamdulillah.. So, buat bloggers semua dah bangun.. matahari dah naik tu. Especially anak dara tak elok bangun lewat. heeheeehe..

Ok, ape planning u all hari nie? Shopping? Blogwalking, Travelling, Picnic? Apepun yang u all buat, Happy enjoy ur weekend!!..

Memandangkan hari nie pu3 last keje kat kedai kawan pu3 nie, so pu3 nak Iklan sikit boleh? Jemput datang ke Giant Kemuning. Kedai 1000 Dinar!.. Location kedai dalam Giant tu katner puteri tak sure lagi. Tapi, insyaALLAH, kalau internet connection kat Giant sane ok, pu3 akan update location supaya anda senang datang untuk membeli shawl pu3.. Pastinya dengan harga BEST! =) *wink

Eh, kenapa puteri iklankan nie? Sebab.. puteri dpt offer untuk tolg promosi kedai baru Butik 1000 Dinar kat Giant Kota Kemuning pula untuk sebulan. Uishh jauhnye ye tak?.. Tapi, nasib baik la akak tu ade untuk jemput ngan hantar puteri so terima je lah offer tu!..Janji pergi dan pulang selamat. Dah dapat approval parents yang penting! huhuhu… Harap-harap dapat la buat sale bagus kat sana. Pada yang berminat pada Arabic Shawls and Hijab dan nak jumpe pu3, do visit there mulai 6 December until 31 December 2010. Haaa.. tu dia, non stop!.. kite kumpul dana wat study since yuran Uitm dah melambung same cam harga minyak petrol dan barangan lain lagi…

Tak nak berceloteh panjang, pada yang berminat just see me there with precious hijab with reasonable price!..

*Gamba Mr.Google.

Result da kuar..





Result BPM iaitu nama panjangnya yang dikenali sebagai Blog Pilihan Malaysia telah diumumkan.. nak tahu ? click kat ::SINI::

Tahniah buat :

Blog Lawak Pilihan - TUBELAWAK.BLOGSPOT
*pu3 xpernah ke sane gi.. :D

Blog Tutorial Pilihan - Mari binablog
*pu3 xpernah jejak ke sana..:D

Blog Blog Personal Isteri Pilihan - Cik Nadia Bayu
*xpernah juga:D

Blog Personal Wanita Pilihan - Irine Nadia Marcello
*Of course selalu singgah..

Blog Personal Suami Pilihan - Ben Ashaari
*Of course selalu singgah..

Blog Personal Lelaki Pilihan - Aizul Marcello
*Selalu singgah. Silent readers jer

Sekian, sari Berita Penting...:D

Nak Puteri jadi Duta takpe:D






Assalammualaikum..


Selamat petang semua,


Hari nie merupakan second last pu3 ganti keje kawan pu3 nie.. Esok last day. So, sepanjang beberapa hari nie, dah dua kali ejen kecantikan datang proposed pu3.. Bukan proposed ape tau, tapi.. beri consultation tentang kecantikan..especially lately my face nampak kusam katanya:D but memang tak dinafikan la.. Memang la lately, pimples banyak dan semakin menjadi-jadi. Puteri sgt risau dan last week satu product baru A-Lazo beri tester facial soap free. So, puteri tengah dalam proses try. Harga dia okay2x la.. tapi, compare dgn skrg memang agak alamak!!!.. erm, nanti buat calculation lagi. Tang mane nak deduct utk budget nie..


Suddently, tadi nie baru jer sorg akak cun datang consult tentang satu product sinmar name proactive dari USA, siap beri voucher free untuk facial! macam best tapi, ape la jadi nanti ngan muke pu3? Sure okay ke? nampak macam establish jer company tu.. but, So EXPENSIVE!!.. compare to a-lazo and ape yg puteri pakai skrg. erm.. kay la, puteri akan fikirkan.. dalam hati *lainla kalau nak puteri jadi duta takpe jugak:D pakai dulu, dah cantik baru kuar iklan:D hehehehee.. ade ati nak jadi duta product kecantikan.


p/s : maghrib dulu jom!..

Friday, December 3, 2010

Digi ♥ Sayang Puteri






Assalammualikumm..

Kite sejukkan entri puisi yang tak berapa jadi tadi dengan entri baru nie.. It's about nuffnang!.. Bile sebut nuffnang sape xsuke dan ♥ sayang kan???.. Especially apabila Buffered Earnings singgah dan menyinari blog sambil menerangi hari kita serta memberi senyum manis pada pengunjung blog nie.. especially silent readers tu kan???... * hurrmmm ayat memang cam nak kipasss nuffy jer. Tapi bukan.. Ikhlas nie..


Sebagai seorang blogger, tentunya kita punyai misi yang sama, dalam satu rangkaian yang sama!.. Bezanya, usaha masing-masing untuk mencapai misi yang diimpikan.

So, hopefully digi always been here lame-lame kay? *p/s : buat yang rajin singgah, sila-sila lah sudi hand shake my nuffy or digi yang sedang berlegar2x di segenap ruang nie...

Sekadar nak Berkongsi Cerita.. ERTI SAHABAT dan KAWAN..





Dalam dunia yang serba materialistik dan dunia yang individualistik nie,
Puteri renung-renungkan, terlaalu sukarnya menemui seorang sahabat dan kawan,
Yang kita sering temui adalah kawan yang mungkin plastik??.. :D
Mungkin seolah kasar, tapi itulah hakikatnya kan?..
Kawan, sahabat memang ramai..
Tapi, cuba kita renungkan berapa ramai yang boleh menangis dan tertawa sama-sama?
Okay, sahabat dan kawan tentunya tidak akan terputus oleh batas waktu dan status,
Tapi..
Realitinya,
Berapa ramai yang memuji dihadapan sering mengeji di belakang,
Berapa ramai yang senyum dihadapan dan mencebik di belakang?,
Dan berapa ramai yang ikhlas senyum dan tawa seikhlasnya,
Boleh dikira jumlahnya..

Tapi, dalam blog nie, InsyaALLAH.. kawan dan sahabat yang tak ada heart feeling.
Semua saling membantu utk majukan blog masing-masing..
Setakat nie puteri bangga dengan kawan-kawan Bloggers..
Yeah!!!.. moral of the stories : jangan jadi Kawan Makan Kawan!..
Dihadapan memuji, di belakang mengeji dan just destroy our friends life..
Sebar cerita tak baik dan keaiban untuk orang lain memandang negative pada mereka,
dan memandang tinggi dan memuji kita..
Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala yang umatNYA lakukan..

BLOG OH BLOG!






Assalammualaikum...salam jumaat buat semua followers muslim.


Hari nie puteri nak joint lagi segment Encit BEN ASHAARI nie.. memang hebat la bro BEN nie.. Segmen BA yang puteri joint sume dpt komen yang meletup!.. i like!.. traffic? of course itu yang diharapkan.. Puteri suke bab-bab buat esei blog nie:D tapi, politikus? ampun maap ye everybody. Saye bukan dilahirkan untuk menjadi politik walaupun zodiak capricorn:D theeehe..


Ok, mari baca jawapan dan pandangan puteri.


◦Usia anda berblog ..
Puteri dah berblog selama dua tahun lebih.

◦Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
Lecturer, bukan la bermaksud mereka yang ask me to do it. Tapi, dengan penceritaan mereka itu influencing my interest. and virtual world. takde paksaan kawan-kawan, sebab dorg xder blog tapi pu3 sendiri rasa cam wah!.. it's enjoyable!.. can makes friends!!.. can make money!!.. so, tanpa membuang masa chatting sane sini, layan friendster, so puteri pun teruskan usaha membangunkan blog sendiri.

◦Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
Ice Blog!!.. Tak lah. Tentunya puteri akan bayangkan ia sebuah diari kehidupan seseorang selain tips sharing, info sharing, fashion, shopping complex dan macam-macam lagi. But the most, puteri akan gambarkan blog adalah sebuah diary.

◦Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
Of course Encit BEN ASHAARI, Anastasyea, Cikgu Dahlia, Irene Nadia Marcello, dan banyak lagi..

◦Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
Okay.. Sila senyum pada rakan kita yang buta IT atau bahasa lembutnya, kurang mahir dan terdedah dengan IT semua nie.. *lembut sikit. terasa plak :D dulu pu3 pun IT Blind.. huhuhu.. Then, after senyum, cakaplah "Blog nie adalah satu sistem komunikasi maya yang mana ia dijadikan tempat untuk meluahkan rasa seperti sebuah diari, berkongsi maklumat *sahih dan tidak juga. (banyak sangat maklumat kan??), berkongsi kenangan dan macam-macam lagi. Blog nie juga adalah sebuah buku digital di era moden nie.. Tapi, kena ingat diari yang tidak terlalu terbuka. Diary yang ada undang-undang dan peraturan yang membatasi.Kay???? faham?.. " heeheehe..

◦Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
Pada pandangan puteri, blog sudah semestinya mampu mempengaruhi kehidupan seharian kita. Dengan adanya blog kehidupan kita lebih ceria, *kadang-kadang ada yang senyum gembira(bukan paksaan), gelak, ketawa.. so, bukan ke ia membantu dalam mencapai keceriaan dan kestabilan emosi? kan, kan, kan? Selain dari itu, dengan kehidupan yang serba canggih sekarang nie, blog juga dapat di aksess di mana-mana.. Contohnya, tunggu bas, train, toilet dan sebagainya semuanya tidak membataskan aplikasi akses internet dan blog. Jadi, sementara menunggu dan daripada membuang masa dengan aktiviti yang tidak bermanfaat, membaca blog merupakan aktiviti yang memberi faedah dan menceriakan. Seterusnya, blog juga dapat menghilangkan kebosanan sewaktu menunggu, merangsang minda untuk berfikir dan mengarang bagi blogger yang berniat nak update entri baru. Dalam pada itu, blog ni juga dapat mempengaruhi fikiran ataupun mentaliti seseorang. Kenapa puteri kata camtu? sebab, bila kita dilingkari blogger-blogger yang professional dan bukan calang-calang orang sudah semestinya pemikiran dan pandangan mereka turut mempengaruhi pandangan dan tindak tanduk seseorang blogger walaupun masing-masing mempunyai pandangan cara pemikiran yang berbeza. Sebab, kita sebagai manusia memang seing ikut majoriti dan style ataupun trend kan? Jadi trend yang baik dari blogger hebat dan professional juga mempengaruhi pemikiran kita termasuklah dalam membuat keputusan. Wah, panjangnye!!... sekarang mase untuk stop. So many times spend at blog now..


Hopefully Encit BEN akan update my link ye!.. puteri tunggu!!.. tq
:)

Search By Title

Loading...

My Words..