About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Thursday, March 31, 2011

Welcome April, Good Bye March.



Alhamdulillah... April dah tiba!

March, puteri meninggalkan kamu dengan jutaan kenangan, pengalaman, pengajaran dan tarbiyah yang tersirat. Puteri rindukan march tapi, puteri kena pandang ke hadapan dan menuju ke arah April menunaikan segala apa yang digariskan sebagai misi hidup!

Sambil buat Quotation, puteri sempat nak update Blog.. Busy nye lah hari nie.. tapi, nak ambil jua kesempatan nak wish thanks for all my followers!.. Thanks ya!.. sebab, sudi follow blog kite nie.. Dan followers puteri dah bertambah lagi.. sayang anda semua lah! :)

Ok lah, kite nak siapkan keje nie.. adui, walk in customer pun puteri kena tolong handle da... bile xdark orang kat kedai macam nie le.. huhuhu.. Apepun, Salam hari jumaat, salam keberkatanNYA.. amin.

Wednesday, March 30, 2011

Monolog seorang insan bernama "Puteri".




Setiba di Office puteri segera mengemas meja dan memastikan semua dalam keadaan yang baik. Puteri bekerja di office a.k.a kedai printing and advertising di TTDI Jaya, meh datang kedai puteri. Tanpa membuang masa kerana masa dikatakan emas dan cukup berharga dalam diary hidupnya, puteri segera ke bilik solat menunaikan solat sunat dhuha 2 rakaat memohon doa ke hadrat Allah yang Esa untuk dipermurahkan rezekinya dan dilindungi dari kelalaian. Puteri berdoa juga untuk sahabat-sahabatnya dan salah seorang sahabat yang dicintainya, yang mana beliau berada dalam penderitaan menanggung penyakitnya. Semoga sahabatnya itu dilindungi Allah swt selalu dan dipanjangkan rezekinya. Amin..

Dalam hati tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan roh aruah kembarnya.. Puteri juga mendambakan pertolongan dan doa dari aruah kembarnya. insyaAllah.. Walau aruah sudah tiada di dunia ini tetapi, nilai talian persaudaraan dan darah tetap kekal insyaAllah sehingga akhirat nanti bak kata ibu puteri. Yang sudah tiada jangan pernah sesekali dilupakan. Sebab tu ibu puteri akan menjawab anaknya adalah seramai 4 orang, dan seorang disimpan, katanya.. huhuhu..

Puteri meneruskan perjuangannya sebagai seorang insan, anak, kakak, pelajar dan pekerja insyaAllah.. Semoga kejayaan yang menjadi dambaannya menjadi kenyataan dan mendatangkan keberkatan dalam kehidupannya.. Alhamdulillah, abang puteri juga semakin sihat dan pulih di kampung di bawah jagaan Ibu dan Ayah. InsyaAllah walaupun abang tak sama seperti yang dahulu tetapi, dia tetap sihat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai seorang kakitangan kerajaan abang diberi cuti selama sebulan.(dalam hati puteri berdoa semoga suatu hari nanti puteri diberi kesempatan untuk menjadi kakitangan kerajaan, insyaAllah..) berbalik cerita tentang abang, InsyaALLAH puteri mendoakan kemurahan rezekinya, kesihatannya, dan kebahagiaannya. amin.. Akhir sekali, kita akhiri monolog puteri dengan 2 keping gamba waktu kat RFC Kedah, tapi muke puteri bercahaya sangat sebab memang rushing tak sempat nak touch up.. Credit kepada jurugambar, salah seorang sahabat puteri yang baik.


Dalam cahaya muka yang tidak sempat nak touch up, puteri dah macam pemilik RFC ni pulak :D eeeeiii... skemanye muke puteri!..

Segan sangat sebab semua org pandang tapi, nak juga snap buat kenangan!.. ",)tak kira!


Tuesday, March 29, 2011

Rezeki KurniaanNYA..



Assalammualaikum semua pembaca budiman lagi dihormati,

Buat yang sudi menatap setiap kata di Blog yang serba kekurangan ini, jutaan terima kasih diucapkan!.. Selamat Pagi dan Selamat melalui hari rabu. Alhamdulillah, semalam puteri dapat menyelesaikan 1 tugasan yang perlu dibereskan sebelum april menjelang. Akhirnya, segalanya selamat ditunai dan direalisasikan setelah menghadapi macam-macam dugaan dan rintangan! Ya, kadang-kadang cukup menguji tahap kesabaran kami..

Sedari pagi selasa (29.3.2011 / 6.30am) yang gelap sehingga la ke pagi rabu yang gelap (30.4.2011 / jam2.00am) akhirnya semuanya telah selamat dilalui. Dari tujuan asal ke kedah, sehinggalah kata putus ditetapkan ke Perlis cukup mencabar bagi kami, apetah puteri yang tak biasa jalan jauh. Setiba di Kedah hujan menyambut kami sehinggalah ke perlis dan menghantar kami pulang juga dengan renyaian dan titisan hujan.. Nasib baik lah akak team puteri semalam bawak si kecil baby dia yang menceriakan suasana. Kalau tak memang kami menahan kebosanan jer. Dan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tak terhingga yang puteri dan team ucapkan buat suami akak team puteri nie yang memang spent the whole day membawa kami. Non stop drive dari pergi sampai balik, stop pun di check point sebab appointment, makan etc. Sangat hargai!..

Dan, seawal pukul 6am puteri dah kena bangun, sebab puteri baru je keje kan? kena ada disiplin yang baik... hmmm, kalau dulu boleh la nak Mc ke, but now selagi dapat bertahan even dapat tidur lena selama 4jam jer, tapi puteri okay jer!.. :) Maybe salah satu sebab dah tidur sepanjang jalan on the way balik KL. Memang berjuang sehingga titisan darah terakhirlah!!!.. huhuhuhu..

Ok, berbalik pada tajuk.. Rezeki kurniaan Allah.. puteri cukup suka berkongsi tentang info yang bermanfaat yang mana puteri dapat info nie pun dari sorang adik yang belajar kat Uitm sama. Mari sama-sama kita renungkan!.. betapa indahnya nikmat syukur!.. (Click pada gamba utk membaca)







Jadi, marilah kita sama-sama memuhasabah diri, merenung ke dalam diri setakat mana tahap keimanan kita dan cuba bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan pada kita. Semoga kita menjadi seorang insan yang tidak tamak dengan kejayaan yang diperoleh. Bantu-membantu kearah jalan yang diberkati membuka luas lagi rezeki kita. Hulurkan tangan, ringankan beban!..

Salam Ukhuwah,
Puteri.

p/s : Apepun, tetap gembira sebab dapat free buku : "Beberapa Aspek Perbahasan dalam Ekonomi Islam" dari tokoh yang kami interview semalam. Suke!.. Dan, puteri tak sangka tokoh tersebut juga meminati bidang psycology sama seperti puteri!!.. Antara kelebihan kita dapat menguasai ilmu psycology, kita akan menghargai setiap insan dalam hidup kita dengan mengenalpasti kelemahan dan kekurangannya untuk sentiasa dalam sikap menghargai dan membantu serta sentiasa bersedia menghadapi kehidupan dengan baik. Yang pasti kita tidak akan menganiyai insan lain.. InsyaALLAH, amin.

Dan, sebelum mengakhiri, diselitkan beberapa keping gamba sepanjang jatuh bangun dalam menghasilkan tugasan Sejarah Lisan.


















Sunday, March 27, 2011

Sempat nak promote Blog Pilihan Hari ini..



Assalammualaikum all my silent readers, followers, bloggers and etc.

Alhamdulillah, last saturday puteri sangat risau dan alhamdulillah, everythings was much better now. So, hari nie puteri rasa tenang sikit lah. Hurmm, macam ni la bile ade sorang je abang kandung, ape-ape yang tak baik jadi kat dia memang menyedihkan dan merisaukan!..

Apa-apapun kesannya selepas ini, kami terima dengan redha dan tabah. Ujian hidup sebeginilah yang sebenarnya mematangkan puteri sehingga ke hari ini!..

Dan, dikesempatan yang ada puteri nak perkenalkan kepada bloggers dan readers semua, blogshop baru nie!.. Support dan tegur-tegur dia ye?!.. Jom shopping kat Blog HPA Shopping!.. siap dapat free postage kalau beli RM100 and above lagi!.. But, this Blog Shop still under construction but kalau berminat order ASAP silakan.. Happy and Enjoyzz Shopping!..



-Puteri-

Saturday, March 26, 2011

Ya Allah, inikah ujianMU..



Asslammualaikum... wbt.

Alhamdulillah, sujud syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurniaNYA puteri masih sihat dan dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Tetapi, puteri xder mood sikit.. tiba-tiba puteri terkejut sebab, puteri call ibu di kampung, ibu cakap abang ade implikasi negatif selepas mengalami kemalangan minggu lepas, tak payah nak citer camne, tapi.. ibu ngan ayah dah hantar abang ke hospital di kampung, tapi katanya abang terpaksa dihantar ke hospital Klang dengan menggunakan ambulan. Puteri tak pasti apa yang terjadi sekarang ni, dan rasa nak pegi hospital sekarang jer!.. Ya Tuhan, kuatkan puteri.. Semoga abang dilindungi.. amin.

Tak tahu nak cakap ape, coz tangan nie dah terketar-tekar, sejuk giler walau hakikatnye suhu tak lah rendah sangat. Ya Allah, semoga Allah melindungi abang!.. amin.

Malas nak balik uma..

Gamba mr.google.com

Selalunye ari sabtu cepat-cepat je nak balik uma bile abis waktu keje. Tapi, arini malas sangat.. Minta dijauhkan benda tak elok.. huhuhu.. Sebenarnye bukan ape, macam-macam dalam fikiran nie.. Satu demi satu kena get ready. Isnin ade test, selasa nak buat research kat kedah, rabu ada presentation.. Fenin la aduiiii.... dah macam robot je rasanya. Robot pun perlu good maintenance utk kekal berfungsi dengan baik. huhuhu.. Nasib baik esok ade sehari untuk study test isnin.. Tiada lagi makne cuti buatku sebelum bulan May.

Semoga Allah permudahkan, dan semoga diterangkan hati ini.

Malas nak fikir banyak, dan tak nak stress.. ya, mari kita tenangkan diri.. insyaAllah, saye akan dapat baju pink free merangkap baju raye dan pengapit. huhuhuhu.. tq adikku sayang! muuuaaaaxxxxx!.. doaku, semoga mereka dipermudah dan dipercepatkan. amin..


Gamba mr.google.com

Saje je menghilangkan sedikit stress ni.. sape kate xstress tipu lah.. tapi, tahap biasa-biasa jer...huhuhuhuhu..

Friday, March 25, 2011

Renungan di Pagi Sabtu..

Buka FB pagi nie ade dapat tag seorang sahabat fb ni.. dan amat menarik sangat words inside the sentences tu.. so, puteri copy untuk tatapan semua.. enjoyyyzzz read ya. Semoga kita sama-sama akan menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dan sabar menjalani ujian hidup.. Ingat, dunia adalah sebuah destinasi persinggahan. Apa yang hadir dalam kehidupan kita hargailah sebaiknya.. Salam Muhasabah ya! ",)





(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫.• ✿ Ü“
´*.¸.•´♥` ANUGERAH TERINDAH

♥ Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar ~ Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

♥ Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu ~ Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu ~ Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,.. ~ Ingatlah perjuangan ibu yang antara hidup dan mati saat melahirkanmu

Sahabatku.......

♥ Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu ~ Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

♥ Sebelum engkau bertengkar karena rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai ~ Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.

♥ Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu ~ Ingatlah akan para pengangguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

♥ Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain ~ Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.

♥ Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu ~ Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada RABB mu karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.


♥♥ Hidup adalah anugerah terindah dari Allah..Maka nikmatilah ia sebaiknya..Sentiasalah bersyukur dan bersujud kepadaNya..Syukran Ya Rabbi..♥♥

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tdk akan dapat menghitungnya( Qs. Ibrahim :34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah di anugerahkan kepada kita. Dunia ini beserta apa yang ada di dalamnya telah di ciptakan Allah untuk kita, tetapi kita tidak pernah menyadarinya;

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Qs. Ar-Rahman:13)

Ya Rabb... Anugerahilah kepada kami Hati yang sentiasa bersyukur, Sabar dan ikhas menerima kenyataan hidup, Anugerahilah ketenangan hati bagi kami. Wahai Allah Yang Maha Menggenggam Roh dan Maha Membolak balikkan hati,, Tetapkanlah hati kami pada jalanMU yang lurus...

Amiin Ya Rabbal'alamin.. ~♥ ℒℴѵℯ♥УỚυ ♥~

Semoga bermanfa'at....

Thursday, March 24, 2011

Alahai Sayang, kalau on the spot nak dapat memang xdapek ler dik..





Gamba nie i culik dari Lokerz.com Dr. Faiz, gift from another group yang mencairkan hati group adik nie nak benda yang same.. but unfortunately..

Assalammualaikum.. Selamat Petang,

Hai pembaca yang budiman sekalian..
Update Blog bukan tak bermakne i tak buat keje.. Facebooking bukan bermakne i goyang kaki..
Memandangkan puteri diamanahkan buat Belog Shop company, manage and control business development, so several ways of developing company business is my mission tau!..

So, tak mustahillah, setiap masa my fb akan online dan blog cantik berhapdet.. But remind again, puteri bukan sesaje jer di blogspot, facebook etc.. Semua nie ade mission.

Kecuali, cuti barulah puteri tak akan menghadap internet.. huhuuhu..

Back to the topic, adikku sayang atau kakakku sayang yang pernah order gift @ souvenir on the spot tu, maaf la ye dear.. Sebenarnye, kami hanya display item dan ia mengambil masa sehingga seawal seminggu dan selewat-lewatnye dua minggu untuk make sure the item is available. Sebab,.. item tu ada sebahagian yang dok jauh di selatan malaysia, production kami di Melaka, KL dan sebagainya. So, nak sehari tu boleh, tapi ape yang ada display di kedai sahaja.. Kebetulan kalau ade, u're lucky but kalau takde, xdapet puteri nak tulun.. So, sangat kesian kat adik sorang nie nak globe yang seperti group lain kat atas tetapi.. tak dapat nak tolong dik sehari memang xboleh.

Finally, i decide for him, plaque songket wooden box. Not bad, nice too!.. Sesuai dengan tokoh yang dipilih iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dato. Dr. Khoo Kay Kim, tokoh akademik kan?..

Item masih dalam proses designing and printing by designer, so puteri tak dapat update sekarang.. Maybe nanti petang coz esok puteri cuti esok untuk wawancara juga!!!.. kecut perut ni.. tapi, kena kuat sebab group partner memang dah kenal tokoh tu dan beri semangat kat puteri! :D

Wednesday, March 23, 2011

Cinta Teragung..






Assalammualaikum,.... Puteri dalam mood jiwang sebab, pagi-pagi buka facebook semua org sedang melakarkan kata-kata cintanya.. dan blog pun same, lagu-lagu yang berkumandang kat radio office ni pun lagu bunga-bunga cinta. bukan lagu misha omar, tapi lagu berkonsepkan cinta.. huhuhuhu..

Tolong Beritahu dia.... Cinta yg AGUNG adalah Cinta-Nya. Cinta manusia bakal membuatnya alpa, Tolong Ingatkan dia.... Aku terpikat krna IMAN bukan krna rupa Aku lebih Cintakan ZUHUDnya bukan hartanya Aku kasihinya krna SANTUNnya, Tolong katakan padanya... Diri ini enggan merapati kerana menjaga BATASan Cinta Aku mendamba Cinta SUCI yg terjaga Cinta krna ALLAH tiada ternilai harganya ~ Cinta Karna Allah ~

dan kata-kata diatas semua copy paste sahaja ok?

credit to google.com for the cute photos above.. comei sangat!.. :)

Tuesday, March 22, 2011

Customer is always right..





Assalammualaikum semua..


Alamak kenapa ia seolah-olah berada di zaman batu ni? huhuhu.. credit to google.com

"Customer is always right"

Sejak bekerja ni, puteri rasa perlukan sedikit pembetulan pada kata-kata English di atas. Memang la customer is always right. Tetapi customer atau client perlu bertimbangrasa sedikit atas punctuality atau lebih tepat sebagai ketepatan output yang mereka inginkan dan request sebelum ini. Let say, delivery date pada this 28th March, tiba-tiba ada beberapa masalah kritikal yang tak dapat dielakkan, menyebabkan delivery delay.

So, dalam situasi ini ada customer yang faham dan ade yang sangat tidak bertimbangrasa atau tidak bertolak ansur.. huhuhu.. saba je la.

Ok, introduce blog printing and advertising and puteri baru keje kat company tu.
Bila diamanahkan buat blog shop so, u all jemput follow naa... tq all dear love!!!..
jom kite follow blog shop ni.. Future Seven Services
jom meriahkan followers sini.. and puteri nak kasi gift special utk follower istimewa. Serius.. Ape gift tu, surprise!!!!!..

credit to mr.google.com

wahh... kite menjamu mata dengan cupcake princess tapi yang pasti ia bukanlah special gift utk follower blog shop future seven services ni.. but, puteri nak kasi something lain yang valuable.

Ok, wassaalam..

Selamat Pagi.. Erti Besyukur.





Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat Pagi semua!!!!..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT kita masih terus menikmati keindahan dan kemanisan dunia. Syukur kerana kita masih diberi nikmat sihat, dan kesenangan. Kesusahan dan kesukaran hidup kita ketepikan dahulu, dan terus memberi ruang kepada kebahagiaan dan kejayaan.

Seawal pagi puteri dah bangun dan pada awalnye memang lah agak sukar nak bangun dalam kedinginan pagi ni, cewah.. tapi digagahkan, dan kentalkan semangat tu. Sebenarnye malam tadi stay up sampai pukul 1 lebih utk membuat sedikit ulangkaji. (Tu dah melebihi masa yang ditetapkan oleh puteri untuk zzzzz. ) Sedangkan kita masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kesenangan kalau nak dibandingkan dengan sesetengah orang yang tidak bernasib baik yang lain mengharungi kesakitan dan penderitaan. Jadi, apapun yang terjadi selagi kita masih diberi kenikmatan, BERSYUKURLAH!.

Ada la satu petikan @ pepatah melayu mengatakan, jika kita kehilangan kasut jangan terlalu obsess dan bersedih atas kehilangan kasut yang mahal, cantik etc sebab di luar sana masih ada orang yang mungkin tidak mempunyai kaki, apatah kasut.. Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah, selamat beramal. Banyakkanlah ucapan selawat untuk dipermudahkan urusan.




Sunday, March 20, 2011

Terima Kasih Ibu..






Semua entri prepare semalam. Hari nie tinggal autopost jer. Ada misi hari nie untuk menggunakan ETSI sistem untuk keje hari ni and etc.

Ahad, 30 March 2011.
Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNYA puteri dah masuk minggu kedua bekerja.. Komen sepanjang seminggu yang telah berlalu, puteri enjoy dan cukup berharga dengan persekitaran baru.. Pro dan kontra pasti ada, dan kontranya, tiada masa senggang sewenang-wenangnye.. Datang kelas juga dah tak boleh awal sejam atau 2 jam @ spent time study / baca paper kat library sebab masa semakin !..Ya, seperti mana nilai sekilogram emas, begitu juga masa puteri sekarang!..

April akan mennyambut kita 11 hari lagi dan ini bermakna submission date utk semua Final Project almost near juga!.. Wah, sangat cepat.. dan ini bermakna hanya ada sebulan untuk Final Exam juga. Wah, sangat cantik untuk menjadi ulat buku…. Hehehehe.. tapi, puteri tidak, never dan mungkin tidak untuk STRESS. Ia tidak bagus untuk kesihatan kita.. Takpe la kite manage smoothly macam mane nak handle semua dan siap on time properly!.. May ALLAH Bless everything.

Tengok ulat buku tu nota comel jer bersusun, so means dah study la tu.. siap 2,3 kali khatam tu.. wah, hebat!.. kite non ado.. baru nak study.. hehehe.. Takpe, buatlah yang terbaik untuk semester yang tingga, berbaki 2 semester menanti di hadapan. Ini bermakna lagi 10 subjek nak habiskan… Kalau ikutkan hati memang nak pulun 1 semestr untuk habiskan terus. Tapi, tak boleh sebab, 5 subjek pun dah menangis, nie apetah lagi 10. Dengan masa yang memang padat dah nie.. almost below 15 hours per week.

Apepun, kekuatan dan semangat yang IBU berikan dalam konteks pengalaman menjadi kunci perjalanan ini.. Terima Kasih IBU!

Iklan : Blog Sourvenir dan Corporate Gift.


Kecuaian Doktor.






Kecuaian Doktor, Ahad – 20 March 2011

Doktor juga merupakan manusia biasa yang mungkin akan tersilap dalam menjalankan tugas. Ya, memang tidak dinafikan dan tak dapat dielakkan. Memang mustahil la kerjaya professional seorang doktor waima seorang peguam ataupun engineer tidak pernah melakukan silap dalam menjalankan tugasnya. Kenapa puteri berkata sedemikian?
Sebab..

Semalam adik mendapat telefon dari ibu. Katanya abang mengadu sakit setelah menjalani pembedahan hari Sabtu(19th March 2011). Operation mengambil masa sekitar sejam, dan selesai jam 7.30malam. Segalanya Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancangkan. Namun, bila malam jer, ibu cakap abang mengadu sakit. Apabila diperiksa rupanya ada kesilapan memasukkan dawai ke dalam tangan abang. Ya ALLAH, nak keluarkan dawai tu lagi, nak masukkan balik, nak jahit lagi. Nak tak nak kena operate lagi.. Ya ALLAH.. macam mane la mereka menjalankan tugas, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nyawa manusia. Nasib baik ia hanya di tangan dan pesakit sihat. Bayangkan jika pesakit koma. Ya ALLAH..

Yang kesian tu abang lah. However, maybe itu salah satu pengajaran untuk member kesedaran dekat abang untuk berhati-hati memandu di jalanraya dan menjadi pemandu berhemah. Apepun malang tak berbau!.. Ingat tu semua pemandu. Puteri memang mintak selisih dari sebarang kemalangan jalanraya.. amin. Selamatkanlah kami Ya ALLAH. Hindarilah kemalangan dijalanraya dan di mana-mana jua Ya ALLAH…. Amin.

Friday, March 18, 2011

Sabtu yang membosankan..






Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dah sampai ke hari sabtu.. Esok dapat lah berehat dan mengemas khazanah yang ade dalam bilik saye!.. uhuk.. Ibu ngan adik ade di hospital. Puteri tak dapat nak joint sebab keje. Takpelah..

Suddently terbaca entri boypren Cik Wieyah si Hannawi Warren nak wat Blog Review tadi.. Nak!!!!.. Puteri jemput Han pi la review Blog puteri yang dah semakin jauh ke laut BE.. Tak banyak earning Nuff, tapi maintain rating lagi...hehehehehe.. Lately, bekerja melibatkan penggunaan internet so, dapatlah keep on looking and update my blog..

Lastly, han jangan tak review ya!.. nti puteri nangis!!.. waaaaaa :D

Thursday, March 17, 2011

Ibu masih di hospital menjaga abang..





Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t semua,

Salam hari jumaat. Kesempatan yang ada sambil buat keja, puteri nak wish .::"Terima Kasih"::. pada yang mendoakan kesejahteraan abang puteri sehingga sekarang. semoga kalian dirahmati Allah swt selalu ya.. amin.



Ketika ini ibu yang sedang sebok menjaga abang di hospital. InsyaAllah, puteri akan ke sana apabila berkesempatan esok. InsyaAllah.. Semoga abang diberi kesihatan yang sempurna serta dapat melalui hari-hari mendatang dengan kesihatan yang optimum. amin..

Kenapa Nuffnang tak beri BE?





Kenapa Nuffnang mengabaikan dan tak memberi BE pada blog My Artwork - Aien Gallery nie? They just care for my learning journal blog only!.. serious!.. adakah kerana Blog itu berbahasa International sedangkan blog ini berbahasa rojak :D owh!..

Apepun, malas nak fikir now coz lapar sgt!.. Tak saba nak balik dan masak!..

Dalam environment sekarang puteri terdedah dengan penggunaan Photoshop dalam aktiviti harian. Ia semakin menyeronokkan, hopefully i can use it well and applied it!

Jom makan! :D


Wednesday, March 16, 2011

Tak daya melawan takdir..





Assalammualaikum everyone!..

Silent readers, followers, dan bloggers semua!..
Kita sebagai manusia memang tak daya melawan takdir melainkan doa yang sentiasa dipanjatkan kehadrat Allah yang Esa. Setiap manusia diuji dengan pelbagai ujian yang berbeza, kesakitan, kekecewaan, kekayaan dan kegembiraan jua kadangkala merupakan ujian hidup setiap insan. Hidup kita semua berbeza. Apabila berkata tentang ujian, puteri didatangi ujian yang mana abang kandung puteri mengalami kemalangan. Actually, mak kate abang jatuh motor je, bukanlah accident dengan kenderaan besar yang mengakibatkan cedera parah. Tapi, kesannya agak mengecewakan jugalah.

Kejadian itu terjadi semalam jam 1pagi 16March 2011. Puteri memang sakit perut dan ke toilet pagi tu.. Tapi, puteri tak tahu apa-apa. Selepas puteri selesai menghilangkan rasa sakit itu (huhuhu,..) puteri sambung tido balik lah sampai tak sedarkan diri. Kalau apartment puteri tinggal tu ada petir ribut or etc memang xsedar ape lah. Suddently, puteri bangun pagi subuh jam 6am tengok-tengok ada misscall 6 dari adik.. wah, dalam hati buat apelah adik miscall banyak betul. Dan ada 1 mesej jam 3pagi.. Mengatakan abang kami kemalangan dan ditempatkan di wad kecemasan HTAR Klang. Yang paling menyedihkan adik kate doktor dah x-ray dan dapati ada pendarahan sedikit di kepala. Memang lemah terus seluruh badan rasanya pagi tu. Tapi Puteri kuatkan semangat dan terus membersihkan diri dan solat subuh sambil berdoa, serta membaca Al-Quran.

Dalam hati memang dah risau sgt, sebab almost dah banyak kali kepala abang tu mengalami kecederaan sejak sekolah lagi. kesian kan? pernah dulu, dia koma sehingga lupa siapa saya, emak, ayah dan adik-adik. Namun, Allah masih sayangkan dia dan beri dia peluang pulih seperti biasa, namun dapat dikenalpasti perubahannya sekarang. Sehinggalah, kali ini ada pendarahan di kepala. Namun, puteri bersyukur sebab dia masih sihat dan bukanlah koma. Cuma kadang-kadang abang mengadu sakit kepala. Puteri simpati, namun sampai sekarang puteri tak berkesempatan nak tengok lagi abang di hospital. Namun, dimaklumkan tadi pagi mak kate (mak yang jaga abang) doktor plan nak pasang dawai or something like that coz katanya after x-ray and scan hari ni baru lah dpt ditect tangan abang patah. Kami sedih.. Tapi, apa nak buat, everything was happened and we have to face it. Redha dan tabah.. insyaAllah ada hikmah dan tarbiyah dalam ketentuan takdir ini agar puteri menjadi insan yang lebih kuat. Doakan puteri kuat k?! tq!!

Ok, sedih-sedih juga hidup pasti diteruskan. Perjalanan ini masih panjang. Hidup puteri yang menanti dihadapan masih belum pasti, justeru kekuatan dalaman itu penting. Sebagai hamba kita memang tak daya melawan takdir. Ok, kelas puteri attend seperti biasa, memandangkan emak ada untuk menjaga abang.

Utk ptoject "Oral History" Interview Tokoh, kami telah menempah 1 exclusive and corporate gift for our interviewee tu. dan antara sahabat saya yang menempah termasuklah group yang akan menemubual Kapten Dr. Faez Khaleed dan seorang Pegawai Polis yang terlibat dengan peristiwa Mamali. Insya Allah kami akan lakukan yang terbaik demi masa depan!.. Ok, untuk meredakan kesedihan, jom scroll ke bawah untuk melihat gamba gift kami..

So far ramai yang minat corporate gift ni.. ada 2 group, satu utk Kapten Dr. Faiz Khaleed dan satu untuk seorang pegawai polis berpangkat tinggi (tokoh dalam peristiwa Mamali). Pada kengkawan group laen, klu berminat nak order boley ya!.. tqs


Yang nie group kami untuk tokoh ahli perniagaan islamic (Tuan Haji Ismail b. Hj. Ahmad)


"Die Cut NC Holder/Clock/Pen Holder "Uitm's Dihatiku Corp Gift - Oral History"
&
"WOODEN CLOCK with CRYSTAL GLOBE "Uitm's Dihatiku Corp Gift - Oral History"

Monday, March 14, 2011

Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan!.. Ia mengajar erti syukur!

Assalammualaikum... morning everyone..Hari nie puteri perlu update Blog seawal pagi sebab nanti adik yang puteri ceritakan semalam merajuk!.. hehehe.. sian die.. takpe, yang penting puteri tak marah die pun!.. sayang adelah!.. huhuhu.. macam-macam.
Hidup memerlukan jutaan kesabaran dan pengorbanan yang bukan sedikit!..

Dengan berkat kesabaran, insyaAllah hidup dilalui dengan tenang, dan segalanya dilalui dengan cemerlang!.. Dalam kesebokan sempat juga mengupdate Blog hari ini.. Penat jangan cakaplah.. But all those things need to face with a stregthen!.. Wah, semangat itu penting! Actually dalam hati nie tersimpan bermacam-macam perasaan sedih, risau, dan sebagainya tapi, memandangkan perlu meneruskan rutin kehidupan, dan meneruskan journey of my life so, puteri tabahkan hati!.. Wah, semangat itu penting!.. dan ia cukup menguatkan puteri malah merupakan terapi terbaik.

Puteri tak nak cerita when I was right now dgn kebusyan melanda until one day I will oppinted baru la i share ape yang puteri busykan nie ye.. Apepun, buat korang yang nak mencari sourvenirs, gifts and printing with a reasonable price, puteri nak intorduce u all layari blog shop dan official website (visit)this company or buy online through their (blog). Cuma sehari dua ini Blog masih under construction katanya! :)



Sape bawak bantal busuk ke sane ke mari angkat tangan?!



Assalammualaikum..wbt,

Selamat petang semua!

Sementara masa nak balik keje ngan tunggu kawan antar ke kelas, puteri nak update 1 citer yg memang sweeeet dan cute jer!.. Tapi kena taip laju-laju.. Ceritanya bermula begini... jeng, jeng, jeng.. Last weekend puteri balik kampung!.. Rindu la kat emak ayah di samping kunonnye nak datang sepupu kenduri kawin kat perak. Tapi, lastly kena duduk rumah jer atas beberapa sebab yang tak dapat nak dielakkan.

Hari jumaat pagi puteri balik menaiki bas dari Shah Alam sampai la ke Klang Central. Alhamdulillah, bas datang awal, dapat la tiket awal pukul 10.00am. Sedang puteri tunggu bas, puteri didatangi oleh seorang gadis genit yang ayu la duduk kat sebelah. Dia senyum dan meneruskan hal masing-masing. Puteri baru jer mengisi perut dengan beberapa ketul kuih puteri ayu dan mineral, manakala dia sebok membaca buku. Tiba-tiba puteri rasakan bas terlalu lambat sampai. Puteri pun tegur dia.. Takyah taip perbualan la eh..



Then, bile bas sampai jer.. Puteri ngan adik tu duduk sebelah menyebelah. Masing-masing tak nak duduk sebelah mat bangla or nepal etc.hehehe.. Then, kami berbual lagi.. Ada la mamat hensem sebelah dia memandang-mandang cam nak ngorat die jer.. Bile dah penat bersembang dan kami agak penat, adik tu pun mule nak melelapkan mata. Tiba-tiba dia mengeluarkan bantal busuknya dan puteri terus terkejut.. hahaha.. muke dah ayu, comel tiba-tiba keluarkan bantal busuk..hehehehehe.. gelak kami pun pecah. mamat sebelah yang nak mengorat terus reject sebab budak-budak rupenye.. Bile puteri tanye umurnye baru 20 taun rupenye.. that's why la.. hehehehe..


Credit to google.com

Bile adik tu dibuai mimpi, puteri masih segar lagi sebab risau terlepas jalan sebab puteri tak nak berhenti di stesyen sebab nak ayah ambil sebelum stesyen, lagi cepat sampai rumah!.. Tiba-tiba puteri terkejut lagi!!.. adik tu tarik tangan puteri dan peluk!.. waaaoooo.. saye bukan ibu kamu la dik.. die terus tido buat selambe dengan tangan puteri yang kena peluk. bahu puteri terkepit.. Then, puteri gerak adik tu perlahan-lahan while nak turun dari bas. Bile cerite balik, pecah lagi gelak adik tu.. macam-macam.. pengalaman naik bas ketika balik kampung! anda ade ke? jom sahre.. nak gelak jugakl... thehehehehe..



Wednesday, March 9, 2011

PotLuck Class version 2011 .::07.03.2011::.






Tadi sebelum datang kelas ada 1 slot iklan tv nie.. iklan horlicks. “Anak kembar saya suka sangat bersaing sesama sendiri!.. ala, cutenye.. ala, iklan horlicks yang ade 2 budak lelaki tu tak nak kalah sepasang twins nie at last yang ditinggalkan sayur.. makanan semua bersih memang saling berlawan lah.. huhu..

Erm.. teringat ayah pernah cakap, “ anak kembar saye yang sorang nie suke menangis!”.. (uwa.. sob3x.rindu kampung.. kehijauan sawah luas terbentang menyejukkan mata sesiapa sahaja yg memandang..cewah!:D)

Sangat merindui rutin update Blog. Menyempatkan ke Pusat IT PTAR Uitm.. Maaf ye mintak 5 minute utk update Blog.. huhuhu :) Petang nie datang awal sikit dan ambil kunci memandangkan menjadi orang terawal sampai. Tak tahu nak cakap ape, but nak update sikit pasal pot luck class last 2 days. Hari Isnin lepas, 7th March 2011. Gamba tak banyak, but ade la sekeping dua yang photographer dalam kelas tangkap. Yang pasti, gamba saya tak banyak sebab tak joint meja geng-geng bergamba. Saye duduk bersama beberapa orang kakak dan rakan temankan lecturer makan. One more thing yang kelakar those time puteri ada tersasul lah waktu berbual dengan lecturer nie.. daripada title “puan” kepada “kakak” sebab dah rancak berbual, tak perasan tersasul.. huhuhu..
Ok, tak perlu buang masa, let’s enjoy the pictures!.. bak kate our lecturer utk subject “ information technology project management ” kite nie tak start lagi planning project, baru fahamkan subject dan requirements, dah makan-makan besar.. nanti project success kena makan besar lagi!.. Oh, tak sempat lah :D Apepun, sem nie puteri rasa agak manageable sikit and hopefully dipermudahkan segalanya!.. amin…

*p/s : alamak.. gamba xdpt nak upload since tertinggal kat uma pendrive xsave those pictures.. soon i will update their pictures ya!..tq semua!!!..
Ok, puteri dah jumpe gamba tu!!!!.. scroll down utk tengok ye.. tapi, gamba kite tak banyak..



Yg nie student.

nie pun student.

yg tengah ambil lauk bertudung purple nie lecturer..

Lecturer tadi ni.. lecturer yg baik.

Masing tengah memilih menu..

Students jugak..

Akti comel student juge..

Student tadi..

Ok, nie students lelaki ngan lecturer. Students berdua baju hitam. Lecturer 2 lagi selain tu..


aksi kreatif student jugal

Memang kami tak bole nampak kamera. automatik sume senyum.

Nie aksi comel students..


Lagi kami dan kamera xdapat nak dipisahkan.. puteri bertudung oreange peach..

Ok, puteri pakai baju colour orange and peach tu..

Search By Title

Loading...

My Words..