About me:
- ain
- seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]
Monday, April 25, 2011
Jangan diucap Selamat Tinggal..
Alhamdulillah, menyempatkan diri juga blogging.
Okay, tak nak buang masa kerana masa itu emas buat masa nie bagi saya!.. Pagi tadi start masuk keje lambat untuk beberapa minggu yang akan datang dan akan kembali normal mengikut kitaran office hour apabila salah seorang staff nie masuk keje semula.. buat masa nie dia masih dlm mode :operation.
Ok, ikut rasa hati bila dah busy macam nie memang nak quit dari blogging.. Tapi, memikirkan sayang punya pasai pada blog tercinta yang dah membesar ketika susah senang, ketika saya dilanda musibah, kesenangan, kebahagiaan mahupun kesedihan maka saya teruskan jua!.. Jangan walau sesekali ucapkan selamat tinggal pada Blog tercinta ini..
Dialah sahabat yang setia dan sentiasa menemani tika dalam apa jua masalah!.. Itulah Diary elektronikku.. ",)
Tak lupa buat sahabat-sahabat yang ada di sisi saya ketika masa sukar dan ketika saya jatuh, jutaan terima kasih diucapkan!.. Saya sangat hargai kalian!.. Sesungguhnya saya bersyukur dikurniakan sahabat yang mulia seperti anda!.. dan anda!.. ukhuwah fillah.. Sesungguhnya jasa kalian akan ku bawa sampai ke syurga sana!.. insyaAllah..
seikhlas hati,
hati tanpa bicara,
.::Puteri Cahaya Hatiku::.
Friday, April 22, 2011
Talk about love, love and love..
Diary 2011-04-23 p/s : saje je buat tulisan kecil.
Salam and morning everyone.. Actually Puteri rasa mengantuk, that's why rasa nak lakarkan something for fresh my bored feeling kot!.. huhuhuhu..
Ok, marilah kita sebut perihal cinta.. Huhuhuhu.. Actually umur dah bertambah macam puteri soalan cepugangsa yang kerap ditanya oleh most of the people or apa yang selalu kena ready dengan jawapan adalah "Bila puteri nak tututut.. ape tu? tu, bile nak fikirkan tentang keluarga? Auntie nak anak buah twins la, etc.. Akibatnye, sapa yang kena menghadapi pertanyaan dan melindungi perasaan segan tu?:D puteri lah!.. sape lagi.. huhuhu..
Okeh, nak jawab lah kat sini.. for me love is only from Allah swt.. I'm not going to catch, find or make effort on it.. I just try to wait and pray for the best!.. What Allah given is the BEST for me.. if not, I just accept it with a good heart. I'm not going to be a love hunter instead, I let it go.. until my heart open for it.
Okeh, clear now and I'm going to REDHA dan BERSERAH jer padaNYA.. Tak nak target age ke, expect high ke.. asalkan everyone understand why I quite, if else abis la sume orang tanye puteri nanti. especially time ghaye or weeding sepupu sepapat dan adik beradik.. huuhuhuhu..
Wednesday, April 20, 2011
Entri Last Two Week..
Diary 2011-04-19
entri lame yang saya jumpe di pendrive!!!.. last 2 weeks la agaknye.. so, nak post la ptg nie sementara advertisekan company business premium item di SINI. Ujan - ujan lebat ni saya tak bole balik rumah!.. so, bertahanlah buat keje sampai hujan berhenti ya!.. :D Doa sekali moge murah rezeki.. amin.. Trademark saya suke twin item!! ",)
Ya ALLAH, Jika dia untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU..
Seandainya telah KAU aturkan buatku seseorang
Maka permudahkanlah..
Pada keheningan pagi ini ku membasuh diri
Menghadap dan sujud menghadapMU..
Sedang manusia lena dibuai mimpi
Tangisanku menjadi saksi ku pohon keampunan..
Mendambakan maghfirahMU..
Bukan tidak redha dengan ujian dan ketentuan
Cuma hendak mengadu padaMU,..
Mengharap perhatianMU..
Mengharap belas dan kasihMU..
Amin ya rabbal alamin..
Tuesday, April 19, 2011
Betul ke blogspot hanya menetapkan Gmail blogger jer?
Diary 2011-04-19
Petang nie masih lagi tak balik rumah sebab menunggu kucing dilepas dan dipindahmilik kepada ex-staff office puteri. Sedih.. huhuhu..
Ok lah, kite bertukar ke main topic ya.. Blogspot akan delete semua blog yang menggunakan akaun yahoo. Blogspot akan memastikan hanya blogger yang menggunakan akaun gmail untuk login sahaja dibenarkan. That's mean, puteri kena tukar email login blogspot lah lepas nie!.. huhu.. semakin lame blogspot dianggap sebagai exclusive virtual world @ industry nowadays.. huhuhu..
Ok, nak share sikit bagaimana nak memindahkan email yahoo ke gmail untuk login blogspot ya..
Cara-caranya memindahkan akaun
1. Daftar dulu akaun Gmail bagi yang belum ada.
2. Kemudian .. sign ini blog seperti biasa. (Cth; guna email Yahoo).
3. Klik pada bahagian Setting > Permission > dan kemudiannya klik Add Authors
4. Kemudian masukkan email Gmail anda dan klik Invite.
5. Seterusnya login akaun Gmail tadi.
6. Tengok kat inbox. Kalau ada email jemputan. Klik link untuk pengesahan .
7. Kalau ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Terus klik 'Here' dan paparan dashboard blog anda akan muncul.
8. Seterusnya .. logout akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula tadi ( Email Yahoo )
9. Klik kat Settings > Permissions
10. Kat situ anda akan nampak ada nickname dan email baru yang anda add sebentar tadi sebagai author.
11. Klik kat grant admin privileges.
12. Dah siap .. seterusnya anda boleh try log in blogger menggunakan email gmail baru.
13. Kalau dah betul-betul yakin anda boleh menggunakan nikname baru. Seterusnya anda boleh delete nickname dan email lama.
Monday, April 18, 2011
Diary Harianku...
Diary 2011-04-19
Alhamdulillah.. bernafas dengan ceria pagi ini.. Sedetik masa diluangkan untuk mengemaskini blog dan mencatatkan segala rasa dan isi di hati sanubari yang dalam. Ya ALLAH, pertamanya ku panjatkan sujud kesyukuran atas nikmat duniawi yang KAU berikan.. Alhamdulillah.
Keduanya, puteri rasa bersyukur memiliki sahabat yang menjadi sumber kekuatan dalam menghadapi kegetiran hidup. Tak semua episod dalam kehidupan manis dan menggembirakan kita. Namun, dengan adanya persahabatan suci dan atas nawaitu yang ikhlas, segala yang dilalui menjadi mudah dan dirahmati. InsyaAllah..
Class dan Final Exam.
Alhamdulillah, class untuk semester ini dah pun complete. Tinggal menghabiskan sebahagian masa untuk menelaah buat bekalan hari Exam nanti. INSYAALLAH.. Assignment masih ada sedikit yang perlu diselesaikan sehingga tarikh submission next week.
Ini bermakna ada lagi setahun je tinggal baki tahun study puteri. Alhamdulillah.. tak sabar untuk menamatkan pengajian seperti yang dirancang.. Puteri bersyukur!.. InsyaALLAH, kalau tiada aral, July 2012 puteri akan mengakhiri rutin harian sebagai seorang pelajar!.. Ya... niat di hati memang nak sangat continue ke peringkat seterusnya, untuk menambahkan lagi ilmu yang masih belum mencukupi di dada. Lagipun, menuntut ilmu itu adalah dituntut. Dan, sentiasa memastikan minda segar dan tidak berkarat orang kata. Tapi, biarlah puteri spend time untuk menumpukan bidang kerjaya dan impian lain-lain lagi yang tersimpan dalam lubuk hati dan sanubari ni, insyaAllah.. Impian, azam dan cita-cita tu banyak.. kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, segalanya dipermudahkan puteri ada menyimpan hasrat untuk memperkayakan lagi ilmu dan pengetahuan, insyaAllah.. tapi, bukan sekarang. Biarlah puteri menstabilkan keadaan dan memberi keseimbangan dalam kehidupan dahulu!.. InsyaALLAH..
Wednesday, April 13, 2011
Epilog sebuah kehidupan...
Aku jua bersyukur atas dugaan ini.. Kerana dengannya aku dapat ketenangan, dengan kepahitan aku temui kebahagiaan.. Itulah nikmat bagi insan yang sentiasa berfikir atas nikmatMU..
Kasih dan sayangMU bukan terletak pada kebahagiaan.. Kasih sayangMU bukan tergambar oleh kemewahan.. Tetapi, kasih sayangMU tersirat di sebalik ketabahan jiwa melalui setiap ujian dan kepahitan hidup.. Itulah kasih sayang sebenar yang KAU anugerahkan buat hamba-hambaMU yang bersyukur.. “
Diary – 13/4/2011 (11.14pm)
Di sebalik mata penaku..
Melalui lukisan jiwaku..
Aku tetap mensyukuri nikmatMU YA ALLAH..
Aku tetap mencari pelangi di sebalik sinar yang kelam..
Aku mengenali dan mencintaiMU YA ALLAH atas kesakitan yang KAU berikan..
Alhamdulillah..
Saturday, April 9, 2011
Menunggu dan Tertunggu

Dalam penantian menunggu masa untuk balik uma 4.30pm, tiba-tiba bos call tadi, we all have to stay back!!.. huwwwaaaa.. mimpi ngeri lagik!.. hehehehe.. aduyai.. tak dinafikan bos memang baek ati dan sporting, tapi.. mase tu yang memang aduiii.. xnak citer panjang, cepat-cepat tulun dorg nak wat operasi siapkan wrapping sampai siap la nie.. Last week till 11.30pm sebab Intekma. But tonite uitm lagikkk. haish, uitm dihatiku memang xdapat larik!!!...waaaa.. Harap-harap arini dpt siap cepat lah coz esok seharian puteri kena menatap buku dan laptop siapkan assignment.. dan ade team member nie pulak mengejar assignment kol 12 malam nie.. alamak, memang demam ler esok.. tulun doremon, beri puteri 1 kuasa magic!!!!..
Ok, untuk meredakan a bit unidentified feeling ni (mixed felt), so puteri nak share 1 kisah.. Waktu nie last 2 weeks kot.. Okay, before that puteri nak tanye, u all pernah tak menghadapi keadaan nie? "U all tunggu seseorang, tapi dalam masa yang sama seseorang yang u tunggu tu sedang tunggu u di sebalik tabir Guard House.. haha.. memang kelaka.
Okeh.. alkisah nie terjadi bile handphone puteri takdak credit. Kami rushing nak bertolak jauh seawal yang boleh. Plan kunon lepas subuh.. Puteri tunggu dia call untuk keluar rumah, dan akhirnya dia call puteri pun bersedialah keluar.. Sedang asyik menunggu dan menunggu puteri musykil la lame sangat dah dekat 30 minit.. Kawan puteri tu pun call lah, puteri pun tak tanye dia kat mana dan puteri tunggu jer.. sampai la 45 minit dia tanya puteri kenapa lambat sangat, dan puteri tanyakan dia di mana. Akhirnya dia memberitahu dia ada di belakang Guard House dan puteri di hadapan Guard House.. Ya ALLAH, tuhan jer yang tahu.. Gelak jer kami sepanjang jalan.. comel jer ye.. Boleh diam jer masing-masing menunggu dan tertunggu..
Tapi, puteri kagum sebab dia seorang yang penyabar.. Masakan tidak 45 minit menunggu dan puteri pula, 45 minit tercegat di depan Guard House.. Ya Rabbi.. hahahaha.. peristiwa yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.. Thanks Sahabat membuatkan puteri sabar, dan thanks sebab sabar menunggu! :D
Thursday, April 7, 2011
Next week dah minggu Submission...
Asslammualaikum.. Salam Hari Jumaat semua!.. semoga kita manfaatkan keberkatan hari jumaat sebaik-baiknya.. InsyaAllah..

Minggu nie puteri memang padat dengan proses menyiapkan assignment yang nak submit next week. Ya ALLAH, masa dah dekat, dan masa jua cukup terhad buat masa ni.. Siang puteri memang tak sempat nak menyiapkan semuanya.. Ada kesempatan mungkin sedikit lah.. Dan, malamnya puteri bertarung dengan keletihan dan kemengantukan.. hmm, perkara dan penyakit biasa yang menjadi virus dalam kehidupan seorang pelajar.
InsyaAllah, puteri akan habiskan sem nie sebaik mungkin dan cuba improve, dan plan smart utk Final nanti. InsyaALLAH.. amin.
Kesedihan terjawab sudah, hati pun dah tenang, so harap dapat siapkan mengikut dateline.. Amin. Next week adalah minggu communication evaluation through a presentation. Takut, tapi insyaAllah.. cuba lakukan yang terbaik kerana puteri yakin setiap manusia punyai kebolehan. InsyaAllah..
Dalam menempuh dugaan di alam pembelajaran ini sesungguhnya ada manisnya dalam kepedihan dan kesukaran, insyaAllah.. Puteri senang jer, pandangilah liku-liku kehidupan sebagai satu seni yang mencantikkan lagi, keperibadian dan karisma diri, insyaAllah.. Allah telah meggariskan kehidupan manusia itu sebagai satu lukisan yang mana kita akan lihat pelbagai warna dan lakaran, garisan dan bulatan.. Cukup unik untuk dihayati.. Hanya insan yang benar-benar bersyukur memahami erti keunikan dalam kehidupan..
Jadi, sebagai seorang insan, puteri harus bertabah!.. Ya, bertabah selalu.. 2011 insyaAllah, puteri akan komited mencapai impian dan harapan ataupun lebih dikenali sebagai azam yang mungkin menjadi titik permulaan kedewasaan diri, insyaAllah.. Doakan puteri yang baik-baik ya!..
Wednesday, April 6, 2011
Complaining.. Bendahari Uitm

Assalammualaikum... selamat hari khamis!..
Entri kali ni nak complain sikit lah, complain pasai claim duit refund dari Bendahari Uitm lambat sangat!.. uhukkk.. Greram pun ade, saba banyak je la.. Ok, alkisahnya semester nie puteri ade double payment utk fees study. Sebab at first puteri bayar melalui system withdraw epf ayah. Waktu tu tak check pun brp amount balance yang available utk buat payment.. Lastly, bila dah approve semua, amount yang boleh dikeluarkan xmencukupi untuk buat study fees payment.
Finally, kena buat cash payment untuk balance study fees. Memandangkan puteri bayar melalui B.Islam, so puteri kena bayar amount penuh total study fees sebab nak deduct dari epf tu memakan masa seminggu. Sedangkan tarikh akhir pembayaran waktu tu dah dekat. Therefore, settled payment fees tapi, payment guna withdraw epf kena claim dan refund la dari Bendahari Uitm.
But, sampai sekarang system mereka ada problem.. Bole terima ka alasan tu? Huhuhu.. Camtu sekali ke? Lame tu.. huhuhu. Erm… Walaupun amount tu tak banyak but, it still duit orang right? Should be return back to the person kan? Bole jugak buat duit poket puteri kan? At least hundred something nak ke two hundred.. waaaa.. frustrated la… ermmmm.. lama nye dah beberapa bulan still xsettled lagi ni… saba je lah..
Tuesday, April 5, 2011
Semoga tabah selalu..
Dalam minda terbahagi banyak perkara. Lately, kekangan masa menyebabkan puteri kekurangan masa yang dulunya cukup untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang baik walaupun masih belum sempurna. Malam ni, balik kelas je dengan 2 orang kakak ni, puteri terus berniat untuk menyiapkan assignment.. tetapi, laptop ni bling2x pula.. waaaaaaa… laptopku perlu dimasukkan waddd.. sob3x.. Cuti sem lappy kena masuk wad ya.. skg nie lappy kena kuat untuk menghadapi detik-detik gentir demi masa depan.. Saba ya puteri.
Tiba-tiba puteri teringatkan satu gamba si comel sorang ni.. bila sedang update thumb drive ni.. mintak izin menyerikan blog ni.. comel kan??
Eh, tetibe ade gamba si comel nie.. hehehehe..sekali lagi minta izin pinjam gamba baby nie kejap sebab geram sangat comel!.. rasa nak picit-picit jer.. hehehehe :))))) kecit-kecit pun pandai berposing depan camera.. huhu
Monday, April 4, 2011
Pernahkan anda berputus asa?
Pernahkan anda merasa lemah dan berputus asa?.. Bagi puteri mustahillah kita akan sentiasa positif 100%. Kadang-kadang ada la rasa sikit kecewa dan berputus asa dengan beberapa perkara yang tidak diduga dalam melayari kehidupan seorang insan bernama manusia ni.. Tidak dapat dinafikan semakin kita cuba meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt semakin banyak dugaan yang datang dan semakin berat ujian yang menimpa. Sebagai seorang manusia yang serba tidak sempurna dan lemah ni, puteri cuba bertahan dengan cubaan dan dugaan yang datang itu..
Memang puteri pernah merasa berputus asa dalam beberapa perkara. Namun, puteri akan bangkit semula dan menginsafi kekurangan dan kelemahan yang ada, serta cuba bersyukur atas ketentuanNYA. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik buat hambaNYA. Lagipun, Allah menguji hambaNYA berdasarkan kemampuan hambaNYA.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
Akhir sekali mari kita renungi bait-bait kata dan lirik dalam lagu rapuh di bawah ni.. Ya Allah, sesungguhnya hambaMU ini insan yang lemah.. Ampunilah puteri!.. Kuatkanlah puteri!.. Pimpinlah puteri!.. Bawalah puteri kejalanMU yang diredhai!..
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Sunday, April 3, 2011
jom kite try green tea dan Evening PrimRose Oil HPA...
Ok, nie dia EPO => Evning Primrose Oil.
Nak cantik kunon.. hehehehehe.. Tapi, hargenye agak mahai la sikit.. RM48.00

Dan, kat bawah nie, Green Tea yang sangat baik untuk melawas, menyahtoksin, menyejukkan dalaman, hati, membuang kolestrol jahat etc. Wahhhh, jom try!.. Murah jer Green Tea nie.. RM20.00 jer.. Bagus untuk membuang lemak-lemak dan makanan yang berminyak anda makan. Hehehehe..
Happy Working!.. Mood nak present petang ni... huhuhuMy Blog List
-
Taman Qalbi..1 day ago
-
JOURNAL OF SURVIVAL v.14 weeks ago
My Words..
-
▼
2011
(176)
-
▼
April
(12)
- Jangan diucap Selamat Tinggal..
- Talk about love, love and love..
- Entri Last Two Week..
- Betul ke blogspot hanya menetapkan Gmail blogger ...
- Diary Harianku...
- Epilog sebuah kehidupan...
- Menunggu dan Tertunggu
- Next week dah minggu Submission...
- Complaining.. Bendahari Uitm
- Semoga tabah selalu..
- Pernahkan anda berputus asa?
- jom kite try green tea dan Evening PrimRose Oil HP...
-
▼
April
(12)

