About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Thursday, September 29, 2011

Layar Keinsafan adalah Nilai Keindahan Terbesar.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Kehidupan dilalui dengan mudah. Namun,tidak dinafikan dalam kehidupan ini masih ada sedikit keluhan. Astagfirullah al azim.. Insaf hambaMU atas rasa yang masih kekurangan ini... Ya Allah, kirimkan aku sahabat di kalangan mujahadah dalam kehidupan dalam meniti arus hidup yang menuntut kesabaran yang tinggi. Letakkan hambaMU ini di kalangan muslimah sejati dan penuh budi yang luhur...

Ya Allah, terangi jalanku andai ia kelam, ampuni dosaku andai ia satu kesalahan, berilah petunjuk yang benar andai ia salah... kerana sesungguhnya hambaMU ini insan yang lemah.. berilah diriku kekuatan andai aku rebah...

Ya Allah, ku pohon utk senantiasa di atas landasan yang benar...Semoga setiap urusanku merupakan ibadah yg KAU redhai..semoga KAU ilhamkan hambaMU ini utk sentiasa melakukan amal kebaikan..& semoga setiap langkahku adalah zikrullah mensyukuri anugerahMU,..amin.


Nilai keinsafan yang KAU anugerahkan ini merupakan satu ubat yang paling mustajab dalam menghargai erti sebuah kehidupan.. Wahai Qalbi, bersyukurlah.


******************************************************************


Cuba mencari kretiviti tika hati dilanda seribu macam perasaan dan persoalan once melirik assignment yang menanti untuk disiapkan. Apapun, insyaAllah.. setiap satu perasaan itu datangnya dari Allah.

Saturday, September 24, 2011

Kasih Spagetthi buat adik-adikku..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sementara menanti azan isya' sempat rasanya nak mencoretkan sesuatu dalam ruangan kisah hidup ku,,... Lepas isya baru la ambil mood nak baca article yang menanti untuk tindakan lanjut...

Ok, sementara itu sepatah kata dua untuk membuang karat-karat di minda ni so that dapat think critically and creatively... Setengah hari tadi pun dah dapat training dan brainwash untuk menjadi good and effective teacher.. insyaAllah, it's good experiences and chance given! I love it!..

Dan, esok... saya akan berkretif di dapur insyaAllah... Dan menunya adalah : spagetthi... Hurrrmmm... nie la first time dapat housemate cik adik-adik yang sangat baik hati. Alhamdulillah.. Betul kata orang, buat lah baik tak mengira siapa dimana, even mak cik cleaner insyaAllah.. pasti sentiasa ada insan yang baik hati tatkala kita dilanda kesukaran dalam terduga..

Paling penting, jangan sombong walau di mana kita berada kerana hanya sekeping pertemuan sementara menanti bas ke kampus, di situ tercipta sebuah pertemuan dan ukhuwah.. InsyaAllah, nilainya sampai ke akhirat sana...amin..

Buat adik-adikku, terimalah kasih spagetthi buat kalian yang banyak berjasa utk akak!

Luv u all,
K.ain :)

Friday, September 23, 2011

Berwajah Baru..

Assalammualaikum semua pembaca Blog puteri. Salam kembali bersiaran. Ya Allah, rindunya... Memang rindu nak menulis dan meluahkan sedikit bingkisan hidup dalam ruang lingkup kehidupan ini... Walaupun banyak yang perlu disimpan sebagai rahsia peribadi, namun perlu rasanya untuk mencuri sedikit ruang yang ada sebagai coretan hati.. Tapi, masa yang membataskan segalanya... kerana ini bukanlah masanya yang terbaik untuk puteri bersenang lenang... Sebaliknya puteri perlu keluar dari zon selesa yang pernah dilalui... Hidup tanpa pengorbanan adalah umpama tidak sempurna. Dan, bukanlah kehidupan kita tanpa pengorbanan...kerana semua itu telah Allah janjikan, dan segala pengorbanan yang dilakukan telah Allah suratkan dengan balasan dan kasih sayangNYA.. Setiap yg Allah takdirkan pasti ada hikmah dan tarbiyah yang tersirat.. Redha dan sabar adalah cara yang terbaik sbg tanda syukur.. Dan, puteri juga perlu memuhasabah diri dengan menanam keazaman, memupuk kegigihan, usaha tanpa kenal erti putus asa.. semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan.. Bukan lagi masa untuk bersenang-senang..


Layout baru menampakkan semangat baru yang insyaAllah akan memberi sinar keberkatan melalui segala penulisan kelak. Mungkin ia sesuai dengan kematangan Blog ni yang menghampiri usia 3 tahun.. Warna background hijau memberi ketenangan buat puteri, dan biru pula memberi sedikit nafas baru untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.. InsyaAllah..


Dan, selain itu, header gambar pun puteri beri ilham keindahan alam ciptaan Tuhan... gambar sendiri mungkin sudah tidak sesuai ditampal sebagai tatapan umum... Dan, doakan semoga puteri akan terus diberi kekuatan dan kesempatan untuk menulis... mungkin seiring kematangan dan peredaran zaman. Namun, penekanan bahasa akan terus puteri ambil berat...


Salam Muhasabah,

Puteri Cahaya.

Tuesday, September 20, 2011

Muhasabah Ramadhan 2011..

Assalammualaikum..

Just photos will explain to all readers.. Tak sempat nak update so far.. But, insyaAllah.. soon i'll update. Apepun, this memory is only snap during last Ramadhan 2011. It's so sweet and nice memory..

Let's enjoy..





















Search By Title

Loading...