About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Friday, October 28, 2011

Bulan Bahasa berlalu sepi...


Bismillahirrahmanirrahim...

Bahasa Melayu merupakan identiti kita sebagai bangsa Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya... Namun, ia seakan-akan diabaikan. Itu kata salah satu artikel di Utusan Malaysia yang saya baca di PTAR (perpustakaan uitm) sementara menanti masa appointment dengan coordinator pengajian tadi.... Artikel itu bertajuk "Bulan bahasa berlalu sepi".

Satu lagi artikel yang bertajuk "Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di IPTA" dari salah satu akbar yang saya terlepas pandang untuk mencatatkannya. Menurut Pelan Tindakan ini adalah bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA seluruh negara. Baguslah macam tu... Saya sangat setuju kerana saya cukup cintakan Bahasa Ibunda Malaysia ini!

Bila mengimbau kembali zaman persekolahan, bila bulan bahasa sahaja pelbagai aktiviti yang melibatkan bahasa melayu diadakan. Ini termasuklah pidato bahasa melayu, forum bahasa melayu, debat bahasa melayu, pantun, syarahan dsb. Rindu!..

Thursday, October 27, 2011

Matlamat tetap terpahat di hati,...

Assalammualaikum...

Bismilahirrahmanirrahimm...


Alhamdulillah, tahun 2011 sudah hampir ke penghujung garisan, dan masa berlalu rasanya cukup pantas!.. Blog nie sememangnya telah sekian lama terabai.. Semuanya semakin dilupakan sebab, masa dan rasanya tidak perlu terlalu berkongsi kisah peribadi secara umum. Cuma, kadangkala ianya perlu untuk mengasah kretiviti yang sekian lama ditinggalkan, mulai berkarat agaknya..


Buat pembaca yang tak jemu-jemu, silakan.. Buat yang tidak sabar menanti setiap entri, maafkan saya tidak mampu melayani anda.. Pernah plan utk contest and giveaway, tapi xjuga berkesempatan...InsyaAllah, kita jumpa next year!.. Sept 2012 untuk blog giveaway!

Sekian,

Salam Ukhuwah,
Puteri Cahaya.

Search By Title

Loading...