Sepetang hanya bersantai di rumah mengingatkan saya pada hadis yang sering diajarkan pada murid-murid di Tadika. Penat seharian di luar rumah, kadang kala memberi ketenangan bila bersendirian di rumah. Niat untuk ke perpustakaan sebentar, namun beratnya langkah apabila panas terikpetang mentari menyinari bumi… Ya ALLAH, itu baru panas dunia. Bagaimana panas di padar mahsyar nanti? Insaf sekejap….
“Larangan menyakiti orang lain. Kita dilarang menyakiti orang lain samaada dalam bentuk perkataan mahupun perbuatan.”
Nampak mudah. Mudah untuk menyampaikan kepada orang lain. Namun, untuk memupuknya dalam diri kita amatlah berat. Kenapa? Kerana tanpa disengajakan kadang-kadang kita telah menyakiti hati orang lain. Tanpa disedari perbuatan kita menganiyai atau mengkhianati orang lain. Walau bukan dari perbuatan, kadang-kadang kata-kata juga akan menjadi racun yang berbisa untuk menyakiti insan lain.
Oleh itu, nasihat saya buat diri saya sendiri dan kita semua, marilah kita hormati orang lain, jika kita ingin dihormati dan jangan sakiti orang lain samaada melalui perbuatan ataupun perkataan. Jika terlanjur kata, pohonlah kemaafan, dan saling memaafi kerana, sesungguhnya kemafaan yang diberikan amatlah mulia di sisi Allah. Sedangkan nabi ampunkan umat, apatah lagi kita insan biasa.
Lebih baik berdiam kerana, dengan berdiam tentunya kita kurang risiko untuk menyakiti orang lain…
Wallahualam..
Tempoh pengajian yang hanya berbaki 6 bulan di hadapan akan dimanfaatkan sebaiknya untuk saling menghormati sahabat lain tanpa menyakiti sesiapapun. Segala kekeruhan yang terbuku di hati diharapkan dapat dijernihkan.. Untuk apa saling menyakiti atau menyimpan rasa egosentrik berlebihan… Dan, untuk apa berburuk sangka dan hidup seharusnya dilihat dari kaca mata yang positif. Biarlah kenangan pengajian merupakan kenangan terindah yang dapat mematangkan dan memberikan pengalaman bermakna untuk episod kerjaya di kemudian hari. InsyaAllah… amin Sesungguhnya setiap yang terjadi datang dari ALLAH, dan seharusnya kita redha dengan ujianNYA,.. Ambil yang positif dan jadikan iktibar!... Untuk apa terus menerus memanjangkan dosa yang tersimpan tanpa sedar…



No comments:
Post a Comment