About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Monday, March 19, 2012

Kembara Kehidupan.. Hati yang kuat atas dahan yang kukuh pada pohon kehidupan...


..::Tadika Suria Perdana::.. Pejam celik; pejam celik it about 6 months i spent there.. 2.3.2012 genap 6 bulan di sana.. Fun; yes! saya melalui detik-detik yang memang seronok! Back to zaman kanak-kanak rebina.. But i am only kakak rebina agaknya. Atau teacher Rebina.. Anyway; ia bukan semudah yang disangka..

Dalam tawa kadang mencabar kemampuan. Yelah; for example suara.. It really make my voice "pecah" dan besar at first dulu.. Ingat lagi; first month, suara jadi besar; garau dan serak... Lepas je sebulan batuk dan sakit tekak; then suara hilang tu perkara biasa.. Saya jerit takde siapa dengar. Cuma; mereka terkejut.. Cikgu nie jerit kecik je rupenye.. Oh; so challenging.. Kena sabar banyak. Itu untuk sebulan dua yang pertama...

After 3; 4 bulan saya dihantar kursus selama tiga minggu. Dari situ banyak lah benda baru yang saya dapat; betulkan mana yang salah.. Menambahkan ilmu baru yang bukan sahaja boleh digunakan dalam bekerja; malah dapat digunakan dalam kehidupan sendiri untuk berdepan dengan keluarga; termasuk adik-adik dan anak saudara...

Sekian lama mengasah bakat; minum air asam jawa dan melatih vokal dan menjerit sambil mendegar bagaimana guru-guru lain menghasilkan jeritan dengan suara yang natural; alhamdulillah... kini segalanya mulai menampakkan hasil. InsyaAllah.. Cuba yang terbaik! Sehabis baik.. Doa juga dipohon agar dikuatkan iman.. Selebihnya hanya berserah.. Alhamdulillah; mereka murid-murid masih mampu buat saya tersenyum walau kadang betul-betul geram.

Saya masih belum boleh meletakkan harapan untuk saya sempurna 100% menjadi guru yang lantang bersuara.. Tapi; saya juga cuba sedaya upaya mengeluarkan suara dalam saya sebaiknya.. insyaAllah.. Semua ini anugerah Tuhan. Jadi; sehabis baik dilakukan asalkan ianya tidak melampaui batas..



Seawal pagi melangkah mencari satu cahaya untuk membentuk insan yang masih baru melihat dunia; dan belum puas bermain; di samping belum mengenal seisi dunia dan sesuatu yang berlaku menjadikan ia satu cabaran untuk saya lebih cekal; istiqamah dan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik. Setiap saat merupakan detik berharga yang pasti tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

Tugas itu adalah amanah untuk dilaksanakan sebaiknya. Tanggungjawab itu mesti dipikul tanpa keluhan; rasa berat; terpaksa ataupun tidak ikhlas. Sebaik-baiknya ia dilakukan dengan penuh kerelaan; karliber dan keyakinan adanya ganjaran buat insan yang benar-benar gigih; bersungguh dan ikhlas.





Tanpa semua nilai positif tersebut pastinya kehidupan hambar; rezeki tidak diberkati.. Sentiasa merasa kekurangan atas yang banyak; dan tidak cukup-cukup dengan yang sedikit.. Yang paling penting tidak mendapat pahala atas tugas mulia mendidik si kecil..

Jadi; tepuk dada tanya iman!..

Apapun; saya cuba terus menjaga "hati yang kuat atas dahan yang kukuh pada pokok kehidupan yang mana akarnya iman".. insyaAllah..


No comments:

Search By Title

Loading...

My Words..