About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Thursday, March 29, 2012

Mencari damai... menyimpan jutaan rasa.

Sambungan Chapter Two: Kisah Hati Qasreena. ",)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Segala puji bagi ALLAH atas kurniaan dan pinjaman ilhamNYA.. InsyaAllah; syurga dunia buat qalbuku.. Saat hati mendambakan ketengan dan penghayatan damai... Ilham itu datang membawa beberapa sinar damai... Air tenang dan udara nyaman.. agar Qalbi tetap hidup, bahagia dan bersyukur.. Puji dan syukur atas segala nikmatNYA..



Sepinggan ayam goreng, sepinggan sayur kangkung goreng, semangkuk tomyam, sepinggan kecil telur dadar beserta sepiring kecil sambal belacan cukup menaikkan selera tengahari itu. Aroma masakan itu cukup membuatkan perut lapar...

Qasreena, Farhana, Maksu dan Paksu menikmati hidangan penuh selera.. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik menyerikan suasana.. Kebahagiaan tercapai.. Kerinduan pada kenangan lampau menusuk ke dalam lubuk hati yang dalam.. Satu persatu kenangan mula singgah.. Kenangan membesar di rumah usang itu bersama aruah datuk dan nenek. Kini, semuanya telah tiada.. Hanya sekali sekala mereka bercuti mengimbau segala kenangan silam bermalam di rumah pusaka tinggalan datuk dan nenek. Paksu dan maksu juga hanya akan pulang menziarahi kampung setelah berpakat dan berjanji untuk bermalam sehari dua. Jika tidak memang tidak berpenghuni rumah itu..

"Reen, tambah lagi?" Maksu menghulurkan bekas nasi.
"Tak apa maksu. Thanks. Reen dah kenyang."
"Maksu orang tu nak diet," Raihana bergurau.
"Ye lah tu.. Mana ada.. Dah kenyang la kak Ana" Reen mencubit lengan Raihana.

Tawa memecah kesunyian rumah usang itu..

Selesai makan, mereka berehat di ruang tamu setelah urusan dapur semua telah dibersihkan. Paksu dan maksu duduk menonton tv online melalui broadbangnya, manakala Qasreena masih duduk menaip sesuatu di sebalik laptopnya.. Faihana menuang beberapa cawan air teh lalu menjemput semua minum...

Mereka berehat sambil berbual..

Qasreena dan Raihana meminta diri untuk berehat di bilik setelah sekian lama mereka berbual dengan Paksu dan Maksu. Mata semakin berat.

Setiba di bilik, telefon Qasreena berbunyi.

"Alamak, kak Ana.." suara ceria Qasreena bertukar lemah.

Raihana memandang ke skrin telefon yang ditunjukkan oleh Qasreena.

"Jawab sahaja ukhti.. Reen, anggap sahaja ukhuwah fillah.. Uhibbu minallah.. InsyaAllah, tak ada apa. Mungkin ada urusan penting. Mana tahu kan." pujukan Raihana hampir melembutkan hati Qasreena. Namun, dia masih tetap dengan pendiriannya.

"Kak Ana.. Reen rasa dah cukup. Untuk apa? Mungkin dia boleh mesej." balas Qasreena seraya mempersiapkan tempat tidurnya. Cadar dirapikan, selimut diambil dari dalam almari. Matanya terlalu berat untuk menjawab panggilan dari seorang lelaki bernama Azhar.

"Kalau macam tu, tak apalah. Rasanya ana nak Qiam dalam pukul 3 pagi.. Reen nak ikut sekali tak?" Raihana menukar tajuk.

"Nak!" spontan jawapan Qasreena.

Jiwanya perlukan terapi, jiwanya perlukan ketenangan. Hanya dengan mendekati dan mengingati Allah, hatinya menjadi damai. Sedamai air di kali... InsyaAllah.. DIA lah sebaik-baik tempat mengadu dan Maha Memperkenankan doa.. Dia Maha Mengetahui setiap yang berlaku..

Perbezaan usia Qasreena dan Farhana sebanyak 7 tahun tidak pernah menjadikan mereka kekok. Mereka tetap serasi persis adik beradik. Apatah lagi sejak kecil mereka membesar bersama di rumah nenek dan datuk.

Air mata Qasreena jatuh lagi.. Namun, kali ini hanya Allah sahaja yang tahu. Qasreena melindungi wajahnya di sebalik gelap malam. Biarlah dia tewas di bawah cahaya keimanan, dan masih ada Allah di sisi setiap saat untuk dia sentiasa menginsafi rahmat di sebalik dugaan dan bersyukur atas ketentuanNYA.. Dia tahu, kasih itu milik ALLAH.. Cinta dan sayang itu anugerahNYA yang akan ditarik bila-bila masa sahaja. Ia sekadar pinjaman.



Jam 3.05 pagi.

Seperti yang dirancang Raihana mulai bangun apabila alarm berbunyi. Qasreena digerakkan. Dua kali gerakan sahaja Qasreena sudah bangun. Begitulah mudahnya adik sepupunya itu bangun.

Raihana mandi untuk membersihkan dirinya sebelum bertemu ALLAH, untuk mengadu segala rasa hati, segala kepedihan dan mensyukuri atas nikmat pemberianNYA.. Setelah Raihana dan Qasreena siap di atas sejadah, mereka mulai Qiam dengan solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih dan witir.. Penutupnya mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..

Ya ALLAH, damainya hati Qasreena Tuhan sahaja yang Tahu.. Sekian lama dia mengabaikan satu hak hati..Hak diri yang masih mencari ketenangan hidup. Biar berat mana masalah dihadapi, biar besar mana dugaan menimpa, hanya dengan bermunajat sepertiga malam sesungguhnya memberikan satu sinar baru.. Cahaya buat dirinya yang masih mencari damai dalam ramai, tenang dalam bingit.. sinar dalam kelam..

tiba-tiba hati Qareena berdebar-debar..

"Kak Ana, esok kita bertolak pagi ke?" Tanya Qasreena.
"Ya sayang. Esok ukhti kena balik awal. Kalau lambat Paksu nak hantar Reen lagi... ha, kena packing la nanti. Dah hampir subuh ni. Reen nak tidur ke? Ana rasa nak kemas baju je.. Packing siap-siap, nanti subuh senang." jawab Raihana.
"Tak kak Ana. Reen nak baca Al-Quran sikit lagi.. tapi", wajah Qasreena berubah.
"Tapi apa?" tanya Raihana penuh tanda soal.
"Reen terbayang sekilas muka Azhar la Kak Ana.. Waktu solat sunat Istikharah tadi pun Reen berdebar-debar.." balas Qasreena penuh sebak.
"Reen buat solat istikharah ke tadi?.. Allahuakbar. Tak apalah.. Reen sabar ye. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang baik buat hambaNYA..InsyaAllah.. dah jangan fikir lagi. Be a good friend sebab, masih belum sempurna iman seseorang jika dia tidak cinta saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. Reen pegang je hadis Rasullullah s.a.w ni.. InsyaAllah, Azhar ikhlas bersebab dengan keputusannya. Dan, ukhti kena kuat!.. Semua itu aturanNYA.InsyaAllah" Raihana turut sebak.

"Tapi, kenapa dia cuba nak cari Reen lagi?" ada sedu di hujung suara..

Air matanya turut jatuh bersama titisan air mata Farhana.. Sebak rasanya. Tiada jawapan untuk pertanyaan itu.. Biarlah hatinya menangis dahulu.. Beratnya dugaan adik sepupunya itu.. Sekian lama 20 tahun mereka membesar bersama, itulah kali pertama Qasreena kecewa. Cukup memberi kesan luka di hati Qasreena.


Hanya doa yang mampu dipanjatkan agar adik sepupunya kembali sihat, kembali ceria seperti biasa. Sebak tatkala mengenang segala ujian yang menimpanya. Baginya, Qasreena tidak pernah bersalah. Dia merupakan gadis soleha berakhlak mulia walaupun bukan berlatar belakang pendidikan agama. Jika dibandingkan dirinya dengan Qasreena dia memang jauh berbeza.

Raihana mendapat pendidikan agama sejak dari sekolah rendah lagi.. Seterusnya mendapat tawaran pengajian sehingga ke peringkat Ijazah di Mesir. Manakala Qasreena mendapat peluang melanjutkan Ijazahnya di UK. Selesai Degree, Qasreena menyambung Mater di Malaysia sahaja untuk sentiasa berdekatan dengan Azhar. Namun, ketentuan Allah telah memisahkan mereka. Mereka bukan sahaja dapat dekat di mata kerana sama-sama berjuang di Universiti yang sama dan pengajian yang sama, namun.. Allah telah menarik segala kebahagiaan itu menjadi air mata. Mereka terpisah oleh satu keputusan keluarga Azhar.

Urusan jodoh itu sesungguhnya bukan aturan kita. Bukan perancangan manusia.. Tetapi, ia terjadi atas Qada dan Qadar Allah. Sesungguhnya DIA yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...

Siapa tahu, Allah gantikan sesuatu yang indah menjadi permata bersinar. Mana tahu ada yang lebih indah buatnya.. Who know?

Istikharah cinta... Mungkin manusia diingatkan supaya siapkan diri selengkapnya untuk mencari cintaNYA yang sejati..

No comments:

Search By Title

Loading...

My Words..