Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah; ilham datang... Menyapu kekosongan minda..
Idea membawa jutaan keinsafan buat kita semua... Mari teruskan menghayati idea hati.. insyaAllah...
Alhamdulillah; ilham datang... Menyapu kekosongan minda..
Idea membawa jutaan keinsafan buat kita semua... Mari teruskan menghayati idea hati.. insyaAllah...

Mata bundar dihiasi cahaya kebahagiaan seorang wanita menggambarkan betapa dekatNYA dia dengan penciptaNYA... Setiap saat memuji namaNYA, setiap waktu sujud penuh khusyuk dan penghayatan, setiap kali qalamullah dibaca pasti bergetar hatinya mengenang diri yang masih belum sempurna.. lantas mensyukuri nikmat kebahagiaan dan kejayaanNYA...InsyaAllah...
Jika di tanya dalam hatinya pasti akan berbunga-bunga penuh kesyukuran atas segala kurniaanNYA...
Ingin kita jadi seperti dia.. Menjadi wanita cantik bermata bundar dan bercahaya? Saya mahu... Ya, saya ingin sepertinya, berwajah ayu dan bermata bundar serta bercahaya... Itulah cahaya keimanan.. Tentunya cahaya penuh keredhaan dan kerendahan hati..
Tulusnya hati, mulusnya jiwa... Saya mahu sepertinya.. yang berwajah ayu solekan wuduq, dan bundar matanya menatap keindahan alam dan surat-surat cintaNYA, dan bercahaya di matanya kerana rahmat ALLAH dan keyakinan pada tiap sesuatu..
Hidup ini tentunya bahagia memiliki wajah yang cantik dan bermata bundar bercahaya atas penilaian ALLAH S.W.T...InsyaAllah... Suka dan tertarik pada status WanWMA di bawah;
"Jika ingin berubah menjadi baik, dekatkanlah diri dengan orang yang baik-baik. Hadirkanlah diri ke tempat yang baik seperti masjid dan surau. Dengar alunan zikir, kuliah dan bacaan Al-Quran. Bercakaplah tentang perkara yang baik-baik. Kawal diri dan hati dari nafsu dan pastikan setiap perbuatan yang dilakukan menggunakan akal dan ilmu"
Menarik bukan... insyaAllah, selagi kita masih mengintegrasikan ilmu dengan akal, ia relevan dengan perkembangan semasa. Tapi ingat, hukum tetap hukum.. Amanah perlu dilaksanakan sebaiknya...insyaAllah..

Semoga kita semua akan istiqamah menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri setiap masa.... dari sehari ke sehari... Walau dah beramal soleh, ia tetap masih belum cukup... Tambahkanlah... amalkanlah sedikit dan istiqamah...
Oh ya, bagaimana jika ada yang mengata;
"eh, dulu dia takdelah solehah sangat. Sekarang budget baik pulak"
Biarkanlah... Kalau mereka penat mereka berhentilah bercakap.
Dan, tertarik pada pesanan Prof. Dr. Muhaya;
"Setiap kali kita cuba nak ubah orang lain, tanya diri sendiri 'apa saya boleh ubah diri saya?'. Lama kelamaan hidup akan bahagia dan membahagiakan. Jaga diri dari sifat budget bagus."
Maksudnya, perbaiki diri kita dulu... insyaAllah, pasti tiada yang mengata andai kita baik.... Sebab; memang fitrah manusia sukakan kebaikan... Jika kita buat kebaikan hati pasti tenang dan wajah bercahaya. Cuba lihat orang yang lakukan kejahatan, wajah mereka ketakutan, penuh prasangka, dan macam-macam lagi...Jadi; kalau nak jadi wanita cantik bermata bercahaya, mari kita check diri dan cuba tingkatkan kebaikan...insyaAllah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. InsyaAllah; semoga kita semua bertemu di syurgaNYA!...insyaAllah...



No comments:
Post a Comment