About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, April 15, 2012

Bersangka baik..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,..

Saat mula kenal seseorang kawan, dan orang baru, bagaimana perasaan kita? Kalau saya akan fikirkan yang baik-baik tentang seseorang tu... Pertama sekali mesti tengok appearance, first impression. Bukanlah maksudnya menilai seseorang dengan pandangan stereotype seperti kalau cantik, tu mesti baik, bijak.. Tidak.. Tapi, cukuplah menilai seseorang yang berpenampilan baik itu tentunya, dalamannya agak baik juga. Sebab? Orang yang baik tentunya menjaga appearance nya. Tapi, belum tentu first impression baik, dia adalah seorang yang baik. Apapun, kita MESTI, MESTI dan MESTI bersangka baik sesama manusia..


Bila baca sahaja baca status iLuvIslam tentang berbaik sangka, saya teringat 1 kisah seorang teman.. 

Hamba ALLAH ni memang cukup gemar membantu kawan-kawan. Dia akan bersangka baik kepada orang lain waima baru dikenalinya. Suatu hari, dia mengenali seorang sahabat yang dilanda masalah yang berat. Hamba ALLAH ini tahu dirinya tidak mampu membantu sahabat yang baru dikenalinya itu... tapi, dia tekad membantu kerana dia tahu ia adalah tanggungjawab sosial.. InsyaAllah, segala usahanya pasti dipermudahkan dan dia harus membantu sahabat itu. 

Hamba ALLAH ini membantu tanpa ragu.. Alhamdulillah, segala masalah sahabat yang baru dikenalinya itu selesai.. Tanpa diduga, Hamba ALLAH ini mendapat peluang yang tidak disangka-sangka selepas memudahkan urusan sahabat barunya itu. Allahurabbi... Betapa besarnya kuasa Allah.. Perbuatan baik mendapat balasan yang baik.. On the spot. Cash!!..

Mulai saat itu, Hamba ALLAH ini tidak mudah berburuk sangka, tetapi berbaik sangka di samping berdoa semoga apa yang ditemuinya itu sesuatu yang baik-baik belaka. 


Dari satu sudut, kita perlu juga berwaspada dan berhati-hati.. Sebab, tak semua boleh diambil mudah. Biar bersangka baik, tetapi... bertindak secara rasional. Kalau dah boleh baca ia membahayakan kita lebih baik jauhkan.. Ya, dah kuasa teragung adalah, berdoa moga kita akan berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja.. insyaAllah,..amin.

Membantu boleh, tapi biarlah kena pada tempatnya.

4 comments:

9n0L4 said...

dear, entri khas utk peserta segmen suaikenal taaruf & ice breaking. ;)

farizafairuz.blogspot.com/2012/04/melekat-di-bloglist-saya-berbulan.html

Iman Lurv Islam said...

bersangka baik adalah kunci kepada kebahagian...InsyaALLAH, hati kita akan sentiasa tenang...dengan hati yg tenang inilah senjata dakwah kita...

kadang2, tak boleh terlalu jumud sehinggakan perkara yang terbukti salah juga dianggap bersangka baik...nilailah dengan kaca mata iman...

puteri cahaya. said...

9n0L4 : insyaAllah, nti ukhti buat ye... maaf lama sgt berhutang taaruf.. Allahurabbi~

puteri cahaya. said...

@Iman Lurv Islam : insyaAllah, moga Allah sentiasa buka mata hati kita... amin. semoga tenang sentiasa..

Search By Title

Loading...

My Words..