About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Monday, June 25, 2012

Hidup ini perlukan perancangan..

Pidato Saidina Ali bin Abi Talib selepas dilantik sebagai khalifah

"...Bekerjalah dgn jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yg sebenar ialah orang yang selalu menjaga lidahnya dan tangannya drpd mencaci dan mengambil hak orang lain...Patuhilah perintah Allah dan jgn sekali-kali derhaka kpdNya. Apabila kamu melihat kebaikan maka kerjakanlah, dan apabila kamu melihat kejahatan,maka tinggalkan."
(al-Tabari,Jil.2:701)
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum w.b.t, Salam 6 Syaa'ban 1433H. 
Renungan ayat Al-Quran hari ini saya salin dari facebook rakan saya yang merupakan seorang pendidik di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lama tak update Blog.. Bersawang rasanya... Bukan kekurangan idea, cuma masa nak jenguk Blog pun tak ada.. Allahuakbar, masa sekarang ni sangat berharga.. Umpama emas.. 
 Pejam celik pejam celik lagi 3 hari je perjuangan menghabiskan pengajian.. Alhamdulillah, semuanya dengan izinNYA... Apalah daya kita tanpa keredhaanNYA.. Apapun, masa sekarang ni cukup berharga!.. Seminit pun rasa sangat bernilai.. Walau dugaan kadang-kadang mendatangi, namun.. dengan izin Allah jualah ketabahan melindungi lapisan keimanan.. Alhamdulillah..
Mungkin inilah bila dikatakan hidup perlukan perancangan.. Tanpa perancangan yang rapi... masa seakan tidak mencukupi padahal peluang itu diberikan sama... 24 jam sehari.. Begitulah kita... saya tak kata anda, tapi saya sendiri... rasa perancangan masih belum rapi dan sempurna.. Apapun... Moga Allah permudahkan setiap urusan kita... Jika baik niat kita insyaAllah, semuanya pasti baik... Mudah-mudahan...ameen..
Sebagai mengakhiri entri kali ini, marilah kita sama-sama berdoa...
=>Jadikanlah yang Lembut itu HATI....
=>Jadikanlah yang Tipis itu BENCI.....
=>Jadikanlah yang Tebal itu IMAN.....
=>Jadikanlah yang Tajam itu AKAL....
=>Jadikanlah yang Baik itu SIFAT.....
... =>Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.....

=> Baik buruk ketentuan TUHAN....
=> Telah ku terima penuh KEIKHLASAN....
=> Andai buruk ku anggap DUGAAN...
=> Andai baik ku anggap PEMBERIAN TUHAN...

insya ALLAH.. ameen Ya Rabbal alameen... 
Salam Ukhwah..till Jannah..

No comments:

Search By Title

Loading...

My Words..