About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, January 31, 2012

SARA 1 Malaysia..




Assalammualaikum, terbaca entri Anastasyea, mengenai borang pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia yang akan mula diedarkan mulai 31 Januari 2012 ni (semalam). Bagi yang ingin memohon, boleh la mendapatkan borang tersebut dari bank² yang mengambil bahagian seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN).

skim+amanah+rakyat+sara+1malaysia

Siapakah yang layak untuk memohon pinjaman ini ? Pemohon haruslah mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, tidak muflis, tidak pernah menerima pinjaman dari skim² kerajaan yang berkaitan dan lain² lagi. Pemohon yang layak, berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

Mengenai kaedah pembayaran pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia pula. Peminjam hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun. Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu. Peminjam akan meraih pulangan keuntungan bersih sehingga RM13,000.

Tempoh permohonan pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia ini akan dibuka selama setahun sahaja ataupun sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan. Jadi kepada yang ingin memohon, diingatkan supaya berbuat demikian secepat yang mungkin.

Dokumen yang diperlukan semasa mohon pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia;

Dokumen utama
- Borang Permohonan untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
- Borang Pinjaman dari institusi kewangan yang menyertai
- Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
- Pelaburan Borang Tambahan ASNB 21 (Additional Investment Form ASNB 21)
- Borang Penebusan ASNB 31 (Redemption Form ASNB 31)
- Pelaburan Pembaharuan Borang Buku BS3 (Investment Book Renewal Form BS3)
- Penyata Pendedahan Risiko (RDS) (Risk Disclosure Statement (RDS))

Dokumen Sokongan
- MyKad asal pemohon dan 2 salinan
- MyKad asal pasangan (suami/isteri) bersama 1 salinan (jika berkenaan)
- Penyata pendapatan pemohon (Slip gaji dan penyata bank 3 bulan)

Bagi yang tidak mempunyai penyata gaji atau penyata bank, anda hendaklah membawa borang ini untuk di tandatangani di hadapan saksi seperti Penghulu, Adun, Ahli Parlimen atau Majikan tempat anda kerja untuk diperakukan. Selepas itu, hantar semula borang tersebut bersama dokumen sokongan yang tertera di atas ke bank untuk diproses. Pihak bank akan menghubungi semula pemohon sejurus pemohonan tersebut diluluskan.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh la melayari laman web SARA 1Malaysia ataupun menghubungi talian HOTLINE 03-20573065 bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang waktu berkerja (Isnin - Jumaat).


Sumber Rujukan: Borang Pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia ( SARA 1Malaysia) | Anastasyea Blog

Saya nak apply rasanya, tapi bila tengok nak salinan ic suami isteri tak jadilah...huhuhu... adakah skim-skim sebegitu hanya untuk mereka yg sudah berkeluarga sahaja? :(

Permohonan Program Matrikulasi 2012




Melalui website: http://eputra.com/

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Program Matrikulasi KPM ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2011 yang baru lalu. Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bolehlah memohon untuk masuk ke

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
Kolej Matrikulasi

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa

  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun,

  1. Pada bulan Mei bagi PST. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Pautan berikut juga membantu;

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2011dilanjutkan kepada 30 November 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

1.Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.

2.Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran KerajaanPersekutuan, 62604 Putrajaya.


Sumber: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-matrikulasi-kpm-sesi-2012/

Monday, January 30, 2012

Jauhi sifat keji - Riak





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Alhamdulillah, sempat ilham memasuki ruang minda seketika selepas pulang dari kerja hari ni... Ingin dikongsikan sesuatu yang mungkin boleh membawa manfaat kepada semua.. InsyaAllah...

Salam ukhuwah penuh rendah diri buat semua... Saya terpanggil untuk menghayati dan memahami sebenar-benar sifat riyak demi untuk menghapuskannya dari kehidupan seharian dan pegangan kita... Riyak dari kaca mata saya merupakan kuntuman bunga yang berseri jika digandingkan dengan sifat mazmumah..Ia sungguh menarik jika menjadi perhiasan diri buat insan yang tidak mementingkan taqwa.. Hakikatnya, ia adalah kuntuman bunga beracun yang akan membunuh amalan dalam senyap... Jika sebelum ini rasa bangga dan "show off" keterlaluan menjadi satu kebiasaan dalam setiap perbuatan yang kita lakukan, mari kita renung-renungkan agar ianya cuba disingkirkan dalam diari harian kita... Semoga ianya semakin menjauh dan dilupakan oleh kita...InsyaALLAH... Semoga kita semua dapat meningkatkan keimanan terhadap Pencipta yang Maha Agung...

Sifat riak adalah pembunuh senyap semua amalan manusia... Biar setinggi gunung sekalipun amalan & sumbangan yang diinfakkan ke jalan Allah, namun jika terselit riak ia boleh meruntuhkan ganjaran pahala yang menanti mereka.... Semuanya ranap dan gugur sekelip mata. Riak bermaksud, beramal bukan ikhlas kerana Allah S.W.T semata-mata sebaiknya kerana untuk menunjuk kehebatan, seperti mahu dilihat oleh orang lain.



Firman Allah dalam surah al-Ma'un, ayat 4-6 yang bermaksud:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Allah melarang kita dari bersikap riak dalam apa jua perkara.. Menurut bicaramuslim.com, riak boleh dibahagikan kepada 5 jenis, iaitu;

    1. Riak yang melibatkan tubuh badan. Mereka yang terlibat dengan kegiatan agama, misalnya, memperlihatkan keadaan tubuh badan yang kurus, mengurangkan makan sebagai tanda kuat ibadah atau berjaga malam, manakala bagi ahli dunia pula melahirkan kegagahan badan dan kehalusan kulit, sasa dan kebersihan tubuh.
    2. Dari segi pakaian pula, orang yang melibatkan diri dengan kegiatan agama memakai pakaian yang murah, kasar, dengan warna-warna tertentu, seperti hitam, hijau dan sebagainya untuk melahirkan sikap ketaatan mengikuti sunah Rasulullah dan memperagakan diri seumpama bersifat warak dan zuhud. Bagi ahli dunia pula mereka menghias pakaian dengan benda yang mahal-mahal, menghiasi rumah, halaman dan kenderaan dengan berlebih-lebihan.
    3. Dari segi pakaian pula, orang yang melibatkan diri dengan kegiatan agama memberi nasihat dan pengajaran serta melahirkan kebijaksanaan ilmu atau pengetahuan dan kebaikan amalan, menggerakkan bibir dengan berzikir, membaca al-Quran dengan keadaan dukacita dan takut di hadapan manusia, menghafal al-Quran supaya dikatakan sebagai ``al-hafiz'' dan sebagainya. Bagi ahli dunia pula mereka berkata-kata dengan kata-kata berfalsafah, prosa berirama dan melahirkan kepetahan juga kelancaran.
    4. Dari segi amalan pula, orang yang terlibat dengan agama memanjangkan sembahyang, rukuk dan sujud supaya dilihat sembahyangnya elok, berkawan dengan orang-orang alim dan soleh agar dia disebut sebagai termasuk dalam golongan orang yang seperti ini manakala bagi ahli dunia pula mereka berjalan memperagakan cara berjalan dengan lagak seperti orang atasan.
    5. Ahli agama pula cuba menonjolkan golongan atau keluarganya terdiri daripada mereka yang mendapat petunjuk Allah dan banyak penyokong atau pengikut manakala ahli dunia pula melakukan sesuatu supaya dikatakan dia mempunyai kemasyhuran, banyak khidmat dan jasa kepada negara, banyak harta, mempunyai banyak pekerja dan sebagainya.
Riak adalah penyakit sebahagian kita...Ya!..Diulangi, kita.... Kita semua berisiko... Bezanya, hanya berapa peratus rasa bangga setiap kali melakukan kebaikan...MasyaAllah... Astagfirullah al azim.... Belum lagi setiap kebaikan disebut-sebut. Bukan sekali dua, malahan banyak kali.... SubhanALLAH... Adakah itu semua sudah menjadi kebiasaan? Pastinya ia mampu meneutralkan semua amalan dan pahala ALLAH... Habis semua hilang kerana secebis riak!

Rasulullah menyatakan, riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud:

“Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab Baginda, ia adalah riak.”

Maksudnya, betapa keji dan tercelanya sifat riak hanya Allah yang tahu.. Justeru sahabat-sahabat sekalian, jom kita tinggalkan sifat riak yang mungkin ada sedikit bersarang dalam hati kita.... Walau sedikit, buangkanlah... Jika sukar, maka berdoa semoga Allah permudahkan, InsyaALLAH, amin...

Beberapa cadangan dan pandangan yang saya boleh kongsikan melalui beberapa pembacaan dan experiment diri sendiri yang mana ia mungkin dapat membantu kita semua... InsyaALLAH..

1. Sering mengingati diri tentang suruhan ALLAH di samping menyucikan hati dengan zikrullah... Cuba ingatkan diri sendiri bahawa setiap suruhanNYA adalah untuk mencegah kemungkaran dan bukan untuk menunjuk. Perbanyakkan zikrullah walau di mana kita berada insyaAllah, hati akan menjadi lunak dan ikhlas...

2. Apabila terasa diri terbang ke awan apabila dipuji, kembali beristighfar dan tetap dengan sifat merendah diri.. Ingat semua pujian dan sanjungan hanya pinjaman dari Allah atas anugerahNYA... Bukan hak milik kekal manusia yang sementara..

3. Ingatkan diri senantiasa untuk ikhlas dalam setiap niat untuk apa jua yang dilakukan... Jika boleh tampal kata-kata hikmah tentang keikhlasan dan matlamat untuk memupuk keikhlasan dalam diri di dalam bilik agar setiap masa kita cuba mendekati sifat ikhlas...insyaAllah...

Sebagai kata-kata akhir dari pena saya yang tidak seberapa, mari kita renung-renungkan puisi yang terkandung di dalam buku Ustaz Pahrol Juoi, Di mana DIA Dihatiku?;


Ikhlas itu Rahsia..

Kita memberi bukan untuk menerima,
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa,
Tulus, putih dan murni hati kita,
Memberi adalah keranaNYA jua..

Tidak mengapa jika tidak dikenang,
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita..

Dalam samar mainan rasa,
Kekadang datang jua serpihan bangga,
Mengharap adanya balasan,
Mendamba hadirnya kemasyhuran.

Bukan itu yang diburu sejak mula,
Ditagih kasih rasa di depanMU,
Bila terasa segalanya daripadaMU,
Rebahlah segala daripadaku yang hina...

Bersyukurlah seadanya wahai insan...





Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah, January tiba di penghujung bulan... Pejam celik pejam celik February menjelang. Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu... Rasanya baru semalam menanam azam... Semoga dirahmati Allah dan dipermudahkan untuk mencapainya...amin...

Kepenatan bekerja tidak dirasai apabila dikelilingi insan bersih yang mana insyaAllah, akan membawa pelbagai kebaikan andai ikhlas membentuknya! Amanah yang telah dipertanggungjawabkan sedaya upaya cuba digalas sebaiknya...insyaAllah, amin!...




Membaca entry seorang rakan Blogger bernama Ckin Kembaq yang kongsikan kisah keakraban kembarnya DI SINI, hati saya touching & sedikit tersentuh... huhuhu... Cemburunya dengan mereka... Tapi, segalanya ketentuan Tuhan...Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNYA....

ini salah satu komen yang saya tulis melalui entri tersebut... entah kenapa tiba-tiba hati seakan-akan hiba dan syahdu je... huhu... Tak pernah rasa kot... Sebab, lahir-lahir dan membesar tanpa kembar di sisi... Tersisih jauh antara 2 alam. (dunia & akhirat) ...Wahhhh...sedihnya... Biarlah 2 alam memisahkan namun doa dan ingatan tidak akan pernah padam buat selamanya...

Dulu kecik-kecik tak pernah tahu,...sampailah dah besar sikit baru ibu ceritakan kisah sebenar... Sadis sangat waktu tu.... Tapi, tak pe lah... semua ini kan suratan hidup... Allah lebih mengetahui segalanya...Wallahualam...

Sebenarnya, manusia termasuk saya... ya! termasuk saya adalah manusia yang tidak cukup dengan apa yang telah Allah tetapkan... Astagfirullah al azim.... insaf sebentar. Setiap yang hidup pastinya akan menemui saat kematian... Tidak perlu untuk mempersoalkannya. Yang pasti, setiap yang hidup perlu mengingati hakikat kehidupan dan terus beramal dengan kebaikan,,,InsyaALLAH... Semoga kita semua diletakkan di kalangan orang-orang yang senantiasa diberi hidayah ALLAH...insyaALLAH...amin...

Walau bagaimanapun, saya cuba renungkan sabda Rasulullah s.a.w dibawah ini:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api." (Muttafaq alaih)

Semoga apa yang direnungkan ini merupakan salah satu kebaikan buat diri sendiri, diulangi...sekali lagi buat diri sendiri... selain memberi sedikit manfaat buat sesiapa yang membacanya...InsyaALLAH...amin...

"Sesiapa yg selalu mengingati kematian, dia akan dimuliakan dalam tiga perkara: Taubatnya disegerakan, hatinya menjadi qana'ah, dan rajin beribadah. Tetapi, sesiapa yang melupakan kematian, dia akan dihukum dengan tiga perkara: Taubatnya ditangguhkan, dia tidak berasa redha dengan rezeki yang mencukupi, dan malas dalam beribadah" (Ad-Daqaq)

Semoga saling mempertingkatkan kebaikan dan bekalan akhirat yang kekal abadi, tanpa melupakan keperluan duniawi! Wallahu alam...

Saturday, January 28, 2012

Seketika singgah di Karnival Karangkraft 2012





Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi atas nikmatNYA, nikmat sihat, nikmat rezeki dan kelapangan, semalam saya & adik-adik housemate sempat datang ke Karnival Karangkraf 2012. Pada awal pagi memang terfikir-fikir pasti ramai yang akan bersesak-sesak di sana.. Saya sememangnya tidak berapa gemar membeli dalam keadaan yang bersesak dan tiada kebebasan untuk memilih dengan tenang... Dengan keadaan yg tergesa-gesa di kiri dan kanan, manusia lain berbual sakan, jadi saya rasa kurang selesa untuk memilih buku yang sepatutnya, Rambang mata? Satu kebiasaan!.. Tapi, akhirnya kami tekad untuk datang juga, cuba untuk melihat persekitaran di samping dengan harapan untuk membeli beberapa buah buku... Menyimpan pesan dalam diri"dah namanya karnival pasti ramai orang,..."..

Betapa gembiranya kami sampai je perkarangan Karangkraf, kami terus menuju ke booth jualan buku dengan discount 30%, rm3 dan macam-macam lagi... Pada awal waktu sampai tu agak pening la jugak dengan situasi yg sebegitu, so kami ambik masa untuk window shopping di booth tersebut, sehinggalah 20 minit kami decide what the best book to buy. Saya memilih buku yang berbentuk motivasi, novel trilled berunsur sastera, buku motivasi islamic dan koleksi cerpen yang mana mungkin baik untuk penulisan saya di masa akan datang!..insyaAllah... Jumlah keseluruhan = RM69.10.. Saya gunakan Voucher 1 Malaysia sekeping dan bakinya saya gunakan duit sendiri... sebanyak 19.10.. Alhamdulillah!... It's a good theraphy!

After that, kami berjalan-jalan di booth lain sekitar booth discout sale tadi...

Akhirnya kami ternampak booth iLuvIslam. Kami mendaftar untuk karnival di booth tersebut... Adik-adik housemate dan saya semua register, dan mendapat badge iLuvIslam free setiap sorang. Niat di hati mahu bergambar dengan semua yg ada, tapi apakan daya adik-adik housemate saya semua segan...Akhirnya saya yang jadi segan sehinggalah kami beredar. untuk meneruskan penjelajahan.. :D Sementara tunggu semua register, saya dan seorang adik housemate ni berminat dengan accessories dan sourvenirs yang dijual di booth iLuvIslam... Saya suka pada Voven bag yang comel berwarna merah... Boleh digunakan untuk bawa buku catatan & memasukkan buku-buku yang ringan... Memang cantik! Jadi, saya pun beli satu... Yang lain, mereka tertarik dengan sticker kereta dan sticker tergantung di kereta...

Siap mendaftar, kami teruskan berjalan di sekitar tapak pameran... Kami mencari-cari kalau ada booth penulis kegemaran. Tetapi, kebanyakan tiada di booth mereka... Yang saya temui Dr.HM Tuah, penulis kegemaran saya sejak zaman sekolah lagi sekitar 2003. Itu pun kerap membaca buku motivasinya melalui kawan, dan dari situ saya turut berminat untuk melanggan buku beliau... Isi kandungan yang mudah difahami, santai dan menepati jiwa semua golongan membuatkan saya suka buku beliau! Sempat bertemu beliau buat pertama kali, tidak lepaskan peluang untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan! Alhamdulillah... Syukra Doktor!!!... Sporting, baik & tak sombong.


Buku Dr. HM Tuah yang saya beli, saya dapatkan tandatangan Dr. sebagai tanda pembaca setia. Dapat pula file comel! Suka....

Sempat bergambar kenangan! First time jumpe face to face,... His writting really motivate me since I was in my lower 6, STPM!!..

Akhir sekali, kami membuat keputusan untuk balik ke destinasi seterusnya, iaitu Kedai Buku Marvilis... Saya cuba menggunakan lagi sekeping Voucher rm50 dengan memilih beberapa buah majalah berunsur akademik & motivasi, Examination Pad, dan small pocket note book yang bernilai RM50.40. Baki rm0.40 saya bayar menggunakan duit sendiri... 2 keping voucher lagi akan digunakan untuk buku berkaitan bidang kursus pengajian dan peralatan tulis...InsyaAllah... Mari kita cuba manfaatkan sebaiknya hadiah yang diberi..

Balik rumah, kami bergurau senda sambil keceriaan terpancar pada wajah masing-masing. Walaupun penat, namun kami rasa cukup berbaloi dengan pengalaman berharga dan kemanisan perjalanan kami menuju destinasi kejayaan insyaAllah... Semoga ukhuwah tetap terpatri walau masing-masing mengejar sebuah kejayaan di masa akan datang!InsyaALLAH, Ukhuwah Fillah...

Buku motivasi, novel, majalah ilmiah dan buku catatatan yang saya beli menggunakan voucher 1Malaysia sepanjang hari - 28.1.2012

Novel salah seorang housemate saya..

Cenderahati yang diperoleh dari booth iLuvIslam..

Saya pilih beg. cantik!!... harga RM5.00

Ada poket berbentuk hati di bahagian hadapan... cantik!!..

Kami xperlu lah bergambar sebab buku lebih cantik untuk dijadikan tatapan umum...

Sekian buat kali ini!!... Syukran kerana sudi membaca!!.. Hari ni 29.1.2012, sempat lagi nak pergi! Buat yang tak nak bersesak dengan jem dan susah untuk mendapatkan parking, perkhidmatan bas Rapid KL bernombor T529 (Kalau xsilap) ada disediakan... Bas tu akan menuju ke Stesyen KTM Shah Alam Sek19, etc.. Special stop = Karangkraf.

Sekian Maklumat dari saya!...

.::"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk bekerja kerana itu adalah nilai keberhasilan, menyediakan waktu untuk ketawa kerana ketawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk memberi kerana itu membuatkan hidup terasa bererti, dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana ia adalah ibu dari segala kegala ketenangan jiwa..." Karya Bestari::.


Thursday, January 26, 2012

Without BE this week...






Blog juga merupakan salah satu tabung bagi saya selepas menghabis masa yang panjang untuk menulis, menulis dan manulis... Cuma, saya harapkan bentuk penulisan itu mampu memberi manfaat dan kesan kepada pembaca saya. Jika sebelum ini, mungkin saya terlalu talk about personal thing around me, happened to me, seperti 2008, 2009, 2010, 2011 dan yang terkini 2012. tapi...insyaAllah, tahun 2012 akan mengubah gaya penulisan Blog saya yang akan lebih menjurus kepada isu semasa dan penulisan hakikat kehidupan... Yang mana, bagaimana kita memiliki segalanya, namun hati dan rohani kita tetap memerlukan motivasi dan rangsangan untuk terus mara kehadapan! InsyaAllah, saya suba sedaya upaya untuk menjadi salah seorang teman anda di kala duka! Sila-silalah ke Blog saya yang tak seberapa ni...InsyaAllah, jika membantu teruskan... jika tidak berseruaian dengan anda, sila komen agar saya dapat memperbaiki lagi penulisan agar kita dan saya tidak lagi gentar menghadapi arus dunia yang mencabar dan menguji keimanan...

Buat masa ini saya masih dalam pembaikpulihan Blog, iaitu: segala entri yang tidak sepatutnya saya publishkan saya delete dan yang mana menyertakan gambar saya yang tidak menutup sepenuhnya aurat saya, saya cuba padam buat selamanya dari laman web blog ini... Ya! saya juga tidak lepas dari kesilapan lampau..... Gambar yang terlalu peribadi saya cuba buang dari pandangan mata kalian... Tidak seharusnya dikongsi umum... Blog sebagai wadah perkongsian rohani seharusnya dapat dijadikan platform terbaik untuk berdakwah! InsyaAllah.... Selain Blog sebagai tabung kehidupan, saya juga akan menjadikan ia sebagai tabung dakwah nasihat kebaikan...InsyaAllah..

Apapun, berita sedih yang sememangnya kena terima... No BE for this week... Alahai...kesian... ish3x... =) InsyaAllah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.... Amin...



Semoga rezeki yang datang adalah yang memberkati kehidupan & menjadikan saya lebih baik dari semalam...amin...

Wednesday, January 25, 2012

Dunia adalah sebuah kanvas lukisan...




Wahai penghuni dunia sekalian, iaitu kita manusia yang berjalan di atas muka bumi ini, yang bertebaran mencari khazanah alam kurniaanNYA sebagai bekalan untuk terus hidup dengan penuh aman damai di atas dunia ini. Iaitu kita semua yang sedang menikmati keindahan dunia, mencari erti kehidupan, meneroka hakikat alam ciptaan Tuhan, merungkai khazanah alam oleh para ilmuan, dan mengenang sejarah silam. Semua itu menandakan kekuasaan Allah yang menciptakan seluruh alam dan manusia serta makluk lain di atas bumiNYA dengan kenikmatan tanpa mengenal siapa, di mana, bagaimana keadaannya, apa statusnya, dan sebagainya...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam coretan penulisan yang seterusnya untuk kita menghayati hakikat sebuah kehidupan yang semakin diabaikan... Kita, termasuk saya harus menganalisa hakikat setiap sesuatu yang berlaku dan diciptakan untuk kita agar hari ini kita lebih baik dari semalam dan esok sudah pasti perlu lebih baik dari hari ini!...insyaAllah..

Pembaca yang budiman,

Saya bukanlah orangnya yang layak untuk berhujah tentang kewujudan setiap unsur dalam kehidupan, cuma tidak salah sekiranya saya turut serta memberikan kesedaran kepada kita semua *termasuk saya* untuk sama-sama bersyukur atas nikmat KurniaanNYA... Mari kita gambarkan dunia ini sebagai sebuah kanvas lukisan..

Kanvas Lukisan? atau kanvas kehidupan..

Apa yang dapat kita gambarkan?


Pastinya sebuah kanvas yang berwarna mengikut kretiviti pelukisnya! Malahan, dia bebas melontar dan mencaritkan apa jua warna mengikut warna pilihannya. Hitam, putih, merah, biru, hijau ataupun kelabu...menjadi pilihannya. Setiap lukisan pula mengandungi pelbagai makna yang hanya difahami oleh pelukisnya! Sama seperti kehidupan kita, kita sebagai pelukis atas kanvas dunia, yang mana jalan kehidupan itu kita sendiri yang menetapkan. Jika putih jalan yang dipilih, maka putih lah warna kehidupannya, jika hitam pilihan hidup dunianya, maka hitamlah di sepanjang jalannya. Tetapi, bagaimana jika kelabu asap? Samar-samar untuk menghasilkan sebuah lukisan?.. Apapun, ia masih menghasilkan sebuah lukisan dan objek di atas kanvas dunia... Output atau hasilnya lah yang akan dibawa ke alam kekal sana... Allahuakbar!...

Ada yang mengeluh...hidup ni kan nasib dan ketentuan dari Allah...Ya! Betul tu!.. Mengikut rukun Iman keenam, kita seharusnya mempercayai kepada qada dan qadar Allah S.W.T. Sejak kita dilahirkan di atas dunia ini juga segala takdir, Qada dan Qadar kita telah ditetapkan...

Rasulullah S.A.W bersabda:"Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat"

Namun begitu, (takdir mu'allaq, takdir yang boleh diubah dengan doa). Justeru, marilah kita panjatkan doa kepada Ilahi agar dipermudahkan lukisan kehidupan untuk dihasilkan dengan lebih menarik dan berkualiti tinggi! InsyaAllah...

Firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Al-Ra'd, ayat 11.

Ini bermakna, melalui firman Allah diatas juga, dapat dianalisa bahawa kita perlu berusaha dan berdoa agar nasib kita berubah lebih baik, dan baik, dan lebih baik dari semasa ke semasa. InsyaALLAH... Kuasa doa sangat besar impaknya dalam mencari keredhaan Allah dalam kehidupan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang cantik dan mantap di atas kanvas dunia...

InsyaALLAH, Marilah kita sama-sama mengamalkan yang baik-baik sahaja. Yang buruk dan ditegah Allah, mari kita cuba kurangkan dan sedikit demi sedikit kita tinggalkan...InsyaAllah, amal makruf, nahi mungkar. InsyaAllah, agar kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang rugi...Amin...

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (al-Asr 103: 1-3)

Miles to go...





Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama dalam bulan Rabiulawal, iaitu bulan kelahiran nabi junjungan kita, nabi Muhammad S.A.W, pada 12 Rabiulawal. Sempena bulan yang mulia dan dirahmati Allah, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W dengan penuh keikhlasan agar perjalanan kehidupan kita diredhai...InsyaALLAH, amin... Selain dari itu kita juga akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal iaitu jatuh pada 5 February 2012. InsyaAllah, mari kita suburkan rasa cinta kita kepada nabi Muhammad S.A.W!..

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq berkata:

"Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."

Berbalik kepada tajuk, saya perlukan persediaan dalam melengkapi diri dengan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan untuk melangkah mara ke hadapan, insyaAllah!.. Miles to go bukan bermakna ia sukar dicapai...Cuma, insyaAllah, masih terlalu jauh untuk berada dalam zon selesa... Bermula dengan penulisan non profit di portal i Luv Islam, seperti di bawah ni, Alhamdulillah...saya terus bersemangat dan usaha akan diteruskan untuk menulis dan menulis! InsyaALLAH... Tanpa jemu! Ya! InsyaAllah, saya berjanji pada diri sendiri selain azam menamatkan pengajian sekitar bulan July (kalau saya tidak tersilap @ jadul berubah)









Alhamdulillah, ia a start for miles to go... insyaAllah... Apapun, thanks to team i Luv Islam!..

Buat renungan: "Jalan Mujahadah itu pahit... namun, setiap yang manis pasti akan dimulai dengan kepahitan, setiap yang mudah pasti di permulaannya sukar, tiada perkara yang datang bergolek, semuanya memerlukan usaha yang jitu... justeru berkatalah dalam hati; bertabahlah, jangan banyak menyoal, tetapi lakukan yang terbaik penuh redha InsyaALLAH... pasti manis yang menanti di hujung jalan."

Tuesday, January 24, 2012

Saya Mahu Kaya!




Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH, kerana percutian telah tamat! Alhamdulillah atas semua kelebihan dan kekurangan yang ada. Apapun, insyaAllah saya cuba memandang segalanya dari sudut yang positif. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik ujian dan pelajaran...

Aku Mahu Kaya! Ya, sebenarnya saya bukan mahu menjadi tamak dan haloba, cuma inginkan kekayaan iman, akhlak dan amalan... Walaupun saya bukanlah manusia yang maksum. Saya dipengaruhi oleh persekitaran yang serba mencabar, manusia pelbagai gelagat, ada yang positif dan tidak kurang negatif dari aspek komunikasi dan perbuatan. Ada yang gemar bercakap "out spoken", ada yang sering bercakap besar, membangga diri... namun, apa yang saya boleh lakukan adalah beristigfar... Astagfirullah al azim... Semoga hambaMU ini dijauhkan dari sifat mazmumah itu... Nauzubillah...

Antara pengajaran dari kisah ini, saya mahu kaya iman, akhlak dan amalan...InsyaAllah... Tapi, kalau dikurniakan kekayaan dunia dan akhirat setelah berusaha di jalan yang halal penuh kesungguhan adalah satu bonus! amin.... hehe :) Saya juga terpegun dengan penulisan Puan Roha Hasan di sini membicarakan perihal andai aku kaya...

Friday, January 20, 2012

BENGKEL PENULISAN ISLAMI-STRATEGI MENULIS BUKU UMUM & POPULAR






Bengkel Penulisan Islami-Strategi Menulis Buku Umum & Popular, Artikel. Oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi.

Tarikh: 24 Mac 2012 sabtu

Lokasi: Dewan Latihan Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Yuran : RM120 sahaja.

Tempat terhad : 30 Orang sahaja.

Masa: 9 am – 1 pm.

Borang Online: Klik disini

Senarai peserta: Klik disini

Pendaftaran dibuka sehingga 22 Mac 2012 atau 30 seat yang mana dahulu.

Kepada pelajar IPT/IPTS yang berminat untuk menghadiri Bengkel ini, Bayaran untuk anda ialah RM90 sahaja. Sila sertakan No Pelajar, Nama/Alamat IPT/IPTS, Jurusan/Fakulti/Tahun.

Salam pada pensyarah, anda boleh dapatkan Surat Kebenaran/ Surat Jaminan (GL) Majikan anda, dan bayaran dijelaskan oleh Majikan anda. Kakitangan kerajaan, boleh gunakan LO. Sila hubungi Pn Saadah 03-6141 3872. Jadikan Bengkel ini sebagai KPI tahunan anda.

Hubungi: 019-378 3100 Ahmad, 03-6150 3784.

Rujuk di sini...

Jom book awal, takut dah penuh!..

Bersediakah kita untuk menemui Pencipta yang Maha Berkuasa?




Bismillahirrahmanirrahim.... Sementara menanti detik-detik bercuti di kampung untuk cuti 4 hari ni, saya terdetik untuk terus mencatatkan sesuatu sebagai peringatan dan renungan buat kita semua. Semoga tidak jemu membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini...


Assalammualaikum semua! Salam hari Jumaat penghulu segala hari!

Alhamdulillah, hari ni saya terkenangkan pengakhiran kehidupan kita... Iaitu kematian.. Bukan ingin menakutkan atau berfikiran negatif. Ya, insyaAllah, saya cuba akan menjadi insan yang positif dan senantiasa menyebarkan perkara yang positif... Cuma, kenapa saya menyebut tentang kematian?

Tadi.... tadi sekitar jam 1.45petang, saya melaksanakan tuntutan rukun Islam kedua, iaitu menunaikan solat Zohor. Seusai doa dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, tiba-tiba mata semakin berat dan badan seakan lemah... Seketika itu juga, saya lena dibuai kipas melalui bilik office di tadika saya bekerja. Dengan telekung yang masih bersarung rapi saya tersedar setelah 20 minit terlena. Itupun dikejutkan oleh rakan seperjuangan mengajak makan tengahari! Ya ALLAH, sebaik tersedar saya beristighfar dan memuji nama Allah kerana masih dikurniakan umur yang panjang dan mampu bernafas sehingga ke saat ini... Alhamdulillah! Syukur Ya ALLAH...

"ALLAH Yang Maha Pengampunkan dosa dan yang menerima taubat; yang mana azabNYA sangat berat; yang melimpah-limpah kurniaNYA. Tiada tuhan kecuali DIA. KepadaNYA lah tempat (kamu semua kembali)" [Surah Al-Mu'min, ayat 3]

Sesungguhnya sebagai hambaNYA kita seharusnya sentiasa beristighfar dan memohon keampunanNYA kerana, setiap hari pasti ada sahaja dosa yang telah kita lakukan samada disengajakan mahupun tidak. Sama-samalah kita memuhasabah diri dengan melakukan solat sunat taubat sebagai penutup hari di sepertiga malam atau sebelum tidur selain solat sunat witir sebagai penutup segala amalan solat sunat pada hari tersebut sebelum menjelang subuh.

Firman Allah s.w.t lagi:

"Pada hari itu manusia keluar (dari dalam kuburnya) bercerai-cerai, supaya mereka melihat amal perbuatannya. Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya(dalam catatan amalannya)! dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catatan amalannya" [Surah Al-Zilzal, ayat 6-8]

MasyaAllah, perhatikan setiap niat kita, setiap amalan kita. Adakah ia bersih? Adakah ia sempurna kerana Allah s.w.t dalam melaksanakan perintahNYA, Amal makruf nahi mungkar? Saya sendiri masih terlalu banyak memohon keampunanNYA. Saya masih terlalu jauh untuk layak digelar mujahidah sejati! Saya hanya insan biasa yang masih mencari-cari erti Mujahahadah dalam kehidupan yang masih mengenali cahaya kehidupan sebenar. Semoga dengan penulisan ini kita semua dapat istiqamah dalam menghayati erti kehidupan yang sebenar! Manis dalam keimanan....InsyaAllah...


Amalan membaca Al-Quran seharusnya menjadi rutin harian kita. InsyaAllah... Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t:

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang ALLAH berikan kepada mereka. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari Akhirat dengan sepenuhnya. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Allah dan merekalah orang berjaya." [Surah Al Baqarah, ayat 2-5]

Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan pembacaan Ayat Suci Al-Quran yang akan menjadi sumber kekuatan hati dan jasmani kita. InsyaAllah! Dan seingat saya, membaca Surah Al-Waqiah sebelum tidur juga merupakan salah satu terapi kecantikan agar wajah sentiasa berseri, dan muda sentiasa selain dapat mengelakkan kepapaan dan menambahkan murah rezeki dalam kehidupan. Apapun, teruskan dengan amal kebaikan. InsyaAllah, kita akan mendapat keampunan dan keberkatanNYA...Amin...

InsyaAllah...

Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah, adakah rezeki untukku menulis di dalam sebuah buku pula?






Alhamdulillah, aku bersyukur atas nikmatMU Ya ALLAH... Sedari dulu, aku impikan cahayaMU yang sebenar... Dan kini aku inginkan sinar petunjukMU ini menerangi segenap ruang kehidupan seluruh alam...Andai benar ia bisa menjadi pelita kehidupan buat semua... Ya ALLAH, siapalah aku disisiMU...Ilmuku hanya setitik dakwat di atas lautan luasMU yang tidak bertepi... Terlalu sedikit... Namun, aku mengharapkan maghfirahMU walau dengan ilmu yang sedikit ini mampu untuk sama-sama mendapat rahmatMU...InsyaALLAH... Kurniakanlah aku, keluarga, saudara mara dan sahabat handai dengan keredhaan dunia dan akhirat...Amin...

Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMU dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan di masa tua, dari godaan-godaan dunia dan dari siksa kubur...amin... [Doa berlindung dari malas]

Ya ALLAH, limpah-ruahkanlah aku dengan ilmu pengetahuan, dan indahkanlah aku dengan sifat lapang dada dan muliakanlah aku dengan ketakwaan serta baguskanlah aku dengan sihat walafiat...amin... [Doa memohon 4 jenis kebaikan]

Ya ALLAH, berilah kepadaku petunjuk dan kebenaran...amin [Doa mohon petunjuk]

Syukur Ya ALLAH, kerana menunaikan hasrat hatiku untuk terus berkarya dan menyampaikan buah fikiran buat merenung sejenak hakikat kehidupan yang semakin dilupakan kesan kesebokan kita mengejar kesejahteraan duniawi.. Untuk pembaca blog saya, boleh view artikel kedua saya di sini [I Love Islam] selepas yang pertama di sini.. Ingat ya, walaupun kita inginkan kebahagiaan akhirat tidak bermakna kita harus melupakan urusan dunia... Justeru itu, mesej buat kita semua termasuk diri saya sendiri.... Penuhkan ilmu di dada untuk kesejahteraan dunia sambil menjunjung akhirat agar kebahagiaan kekal abadi sampai ke syurga nanti...InsyaALLAH, amin...

Terdetik di dalam benak hatiku Ya ALLAH, untuk menyiapkan penulisan novelku yang masih malap kerana terlalu emosional menurutkan kata hati yang ada pasang surutnya... Apabila hati mula berbunga, penulisan seakan laju tanpa gangguan... Namun, seandainya patah hati, penulisan menjadi tidak keruan tanpa noktah! Ya ALLAH, buangkanlah sifat buruk itu...Aku ingin berjaya!...amin... Bukan wang pulangan menjadi pertaruhan, namun sesuatu yang teramat manis andai pesan dari ceritera itu dikongsi dan disampaikan... Wallahualam...

Semangat untuk menulis berkobar-kobar..





Alhamdulillah, malam menjelang! Adakah anda sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNYA untuk melaksanakan tuntutan wajib iaitu ibadah solat dan mengalunkan serta memahami kalimah suci Al-Quran Al-Qareem? Alhamdulillah jika sudah... Seketika, hati melonjak-lonjak mahu mencatatkan sesuatu untuk melakukan terapi minda... Penulisan bagi saya juga merupakan salah satu terapi minda selain, membaca, memasak, dan menghayati keindahan alam ciptaanNYA...

Sejak akhir-akhir ini, semangat untuk menulis semakin berkobar-kobar lantaran masa yang Allah s.w.t kurniakan itu ada sedikit diperuntukkan untuk menulis... Memandangkan cuti semester selama 2 bulan. InsyaAllah, segala yang baik akan dikongsikan buat semua pembaca samada pembaca tetap, singgahan atau silent readers. Sudi-sudilah singgah ya!..Terima Kasih... Iklan tajaan Nuffnang juga, terima kasih kepada team Nuffnang!...

Buat followers yang baru follow blog saya, jutaan terima kasih diucapkan..InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan sesuatu yang bermanfaat....

Bila mana menyebut sesuatu yang bermanfaat... saya tertarik dengan status Dewan Siswa di Facebook (facebook lagi!).. Sememangnya facebook memberikan kesan besar dalam internet networking saya... Tetapi, memang benar! Tak semua perkara di facebook tidak baik sekiranya kita dapat mengambil perkara dari sudut yang +ve...InsyaAllah...

Status Dewan Siswa: Semulia-mulia manusia ialah orang yang beradab iaitu merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikpa adil ketika kuat",...

InsyaAllah, cuba kita amalkan tips sebegini... Tapi, pastikan anda jangan diambil kesempatan! Maksudnya, kita boleh memaafkan tetapi dengan penuh berhemah... Kalau dah selalu dia buat salah dengan disengajakan dan meminta maaf sebaik membuat salah setiap masa itu sudah melampau...hehe...

Apapun, cuba bersikap sederhana, tidak meninggi diri atau sombong, serta tidak menunjuk-nunjuk atas kelebihan yang kita ada. Diantaranya mungkin kita mempunyai kelebihan dari sudut kecantikan, kekayaan, atau pendidikan, tetapi biarlah bersederhana dalam perlakuan.InsyaAllah...

Salam Istiqamah!...InsyaAllah...

Langkahku Semakin Laju... Itu hanyalah Ujian Hidup..




Terik metari petang ini begitu menguji tahap keimanan kerana sabar itu separuh dari iman... Sesungguhnya, suhu yang agak sedikit tinggi berbanding hari biasa memang menguji kesabaranku... Tidak mengeluh panjang cuma, sedikit terkesan dengan suhu yang agak lebih dari hari biasa.... Tetapi, perjalanan harus diteruskan... Perjuangan masih panjang! Beronak berliku harus ditempuhi demi mengecapi mimpi yang dilakar di dalam minda realiti... Walau apapun, tanggungjawab membentuk insan seimbang dan cemerlang mengikut acuan fitrah dan disiplin yang telah ditetapkan menjadi keutamaan! Ilmu digalas, tanggungjawab dilaksanakan sebaiknya dan pengalaman menjadi sumber kekuatan melalui ujian hidup...


Alhamdulillah... Saya masih berkesempatan menulis sedikit walaupun tidak seberapa buat santapan jiwa kita semua seusai solat asar tadi... Bismillahirahmanirrahim.... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.... Alhamdulillah, saya terkesan melalui tarbiyah kesusahan hidup sebagai motivasi dalam kehidupan!... Saya pernah terbaca satu quotes yang berbunyi "permata itu digilap di bawah tekanan yang sangat tinggi. ;) Kalau takut tekanan, baik jadi batu biasa sahaja." Baiklah, ini bermaksud bahawa, Allah memberikan kita ujian dan dugaan dalam bentuk kesusahan untuk memberikan kita kejayaan yang sebenar selepas dapat menyelesaikan masalah atau kesusahan tersebut...


Setelah kesusahan pasti ada kesenangan. Allah tidak akan membebankan hambaNYA... Teringat saya akan beberapa patah mutiara kata yang sering menjadi semangat dan motivasi berguna buat saya meneruskan perjalanan kehidupan ini...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita dengan hujan yang lebat.

Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. Setelah kesedihan, hujan berhenti,

Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita."

Dan ini sesuai dengan Firman ALLAH:

"Sesungguhnya di samping kesukaran pasti ada kemudahan" Surah Al-Insyirah, ayat 5-6."

Alhamdulillah, bagi mereka yang sentiasa dalam aura positif iaitu sentiasa memandang kesukaran sebagai ujian. Bagi yang masih terumbang ambing dengan kekeliruan hati, rujuklah Al-Quran... insyaAllah, hati akan menjadi tenang. Ia sebaik-baik pembersihan jiwa, mencari ketenangan hakiki dalam mendapatkan keredhaan berkekalan insyaAllah. Dengan syarat, istiqamah dan elakkan dari sifat riak yang mampu membunuh segala amalan. Nauzubillah!...

Langkah kita dan diri saya sendiri juga seharusnya semakin laju mengharungi kehidupan yang belum tentu panjangnya ini... Apapun, persiapkan diri dengan bekalan secukupnya menjelang hari pembalasan, insyaAllah... tanpa mengabaikan keperluan dunia...

Sesuai dengan firmanNYA, "Dan carilah apa-apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan jangan kamu lupakan bahagian kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah sesekali berbuat kerosakan di atas muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan". Surah Al-Qasas, ayat 77.

Impian kehidupan yang sempurna di dunia seharusnya tidak diabaikan! InsyaAllah...

Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

Justeru, bersabarlah! Allah menurunkan ujian itu jua bagi membuka pintu bagi peningkatan darjat hamba-hambaNYA...Wallahualam... Salam perjuangan semua!!... Semoga kita dalam lindungan dan keberkatanNYA... Amin... Semoga istiqamah untuk berijrah ke arah kebaikan!...

Wednesday, January 18, 2012

Syukur YA ALLAH.... Salam Istiqamah!..




Sebagai pembuka bicara, mari kita sama-sama berdoa semoga hati kita tetap dalam keimanan dan keikhlasan tanpa ada sifat mazmumah iaitu riak atau sebagainya... Semoga tetap kukuh dalam keikhlasan dan tawaduk...amin... Takutlah kepada ALLAH kerana siapalah manusia untuk memuji ataupun mengeji... kerana kita semua tidak sempurna.. Cuba lihat diri kita... Adakah kita sempurna?


Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH, kupanjatkan atas segala anugerahMU yang merupakan 1 keajabain buat diriku.... Tak terucap rasanya apabila kepuasan hati menandingi kesuraman diri apabila ketandusan ilham di pertengahan jalan...


Bismillahirrahmanirrahim... Pertamanya, saya rasa sangat syukur sebab, pada entri sebelum ini saya ada complain tentang website ILuvIslam telah diceroboh @ hack. Rupanya sekejap je... Alhamdulillah, ptg ni dah kembali normal... Syukur Ya ALLAH, sebab segalanya telah terjawab! MasyaAllah, satu keajaiban! Ia juga salah satu terapi hati sekian lama cuba menghasilkan penulisan yang terbaik... Saya cuba menulis genre novel. Tetapi, asyik terbengkalai dan tergendala... Cerpen yang hanya beberapa muka surat tu sempatlah siap. Jadi, bila mana artikel pertama berbentuk motivasi keluar di I Luv Islam betapa girangnya rasa hati sampai nak menangis pun ade!.. hehe... Alhamdulillah! Thanks I Luv Islam dan Uitm sentiasa di hatiku! Walaupun saya jua masih perlu menambahkan tingkat keimanan, namun tak salah berkongsi ilmu, pandangan dan pendapat. Ternyata, ia membuahkan keyakinan agar sentiasa istiqamah dalam jemaah yang sama... Satu pemikiran dan sama-sama ingin memperbaiki diri dan keperibadian...InsyaALLAH...

Sudi-sudilah view artikel pertama saya ni... Semoga sama-sama mendapat manfaat! Apabila i Luv Islam merupakan bahan bacaan pilihan saya, saya pasti anda jua begitu! Salam Istiqamah!!...


Tetaplah dalam kebaikan walaupun ia pahit kerana mujahadah itu pahit... Namun, sesungguhnya ia manis di hujung nanti... Wallahu alam...

Tuesday, January 17, 2012

Saya Muskil... Harap dapat jawapan secepat mungkin...





Sebenarnya saya masih berusaha dan berusaha untuk memperbaiki penulisan, membaca sebanyaknya dalam usaha memperbaiki diri dan saling menyebarkan jalinan ukhuwah dalam usaha berpesan ke arah kebaikan...Saya cuba salurkan sedikit semangat dan aura positif yang ada dalam minda saya buat masa ini... InsyaAllah, saya akan cuba menambahkan bahan bacaan motivasi dan turut serta menghadiri majlis-majlis ilmu dalam usaha memperbaiki diri dan memantapkan ilmu yang ada.

Sebentar tadi, sepulang dari bekerja 12.30tghari (hari ni awal sikit) saya menerima email dari pihak I Luv Islam..

Musykil sebab, saya baru sahaja menghantar artikel sedangkan tarikh artikel diterbitkan tahun lepas... Tajuk ni semalam baru saya send through website tu... dan, at last hari ni Website tu can't view... Anyone? Boleh give me idea? Adakah???... Baiklah, saya hanya menunggu dan jika perlu saya akan menghubungi melalui telefon..

Tetapi, dalam masa yang sama saya dapati, website I luv Islam tak dapat dibuka melalui netbook saya.... Saya tidak pasti, adakah website mereka telah diceroboh @ hack, atau hanya saya tidak dapat view...


Kali pertama saya try view website I luv Islam, berwarna merah warning message...


Last sekali melalui google.com pun sama tak dapat nak view... Tak apalah, saya tetap tidak akan patah semangat cuba untuk menghasilkan artikel yang terbaik mengikut kemampuan saya. InsyaAllah.... Semoga ALLAH permudahkan... Kalau tak pun, kunjungan anda di Blog ini cukup memadai dan saya tetap bersyukur!... JazakALLAH~

Dunia umpama ladang tanaman sebagai tuaian di hari pembalasan...




Betapa enaknya menikmati sepinggan nasi yang berlaukkan pelbagai pilihan mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing...



Sebutir nasi umpama setitik peluh petani? Pernah anda dengar iklan tv untuk produk "Beras Jadi Cap Kapal Layar" Beras pilihan anda? Ia diumpamakan betapa susah dan besarnya pengorbanan petani yang bertungkus lumus menanam, menjaga dan menuai beras sehingga menjadi nasi yang dimakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Betapa berharganya nilaian usaha petani yang besar itu diertikan dengan perbandingan sebutir nasi itu cukup berharga dan tidak setanding pengorbanan petani... Hanya dengan sebutir nasi itu menggambarkan betapa besarnya usaha petani... Penat dan berpanas terik, berpeluh dan berselut. Bagaimana jika berbillion-billion nasi yang mereka hasilkan???Mari kita sama-sama renungkan...



Syukur dipanjatkan atas nikmat rahmatNYA saya mendapat ilham untuk terus menulis tanpa penat!... Alhamdulillah.... Hari ini saya mendapat semangat baru untuk terus menulis tanpa jemu!.. Semoga kita semua dapat memperolehi sedikit inspirasi dan motivasi dalam perkongsian penulisan saya yang masih baru dan tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan penulis lain yang hebat-hebat belaka...


Tujuan saya sememangnya inginkan kesedaran dan keinsafan semua dalam memahami erti kehidupan dan membuka minda kita untuk mensyukuri nikmatNYA... Sebenarnya, terlalu banyak nikmat yang ALLAH S.W.T telah berikan kepada kita... Semuanya merupakan hadiah Allah buat hambanya, termasuk nikmat kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, pelajaran, kegembiraan dan segala-galanya. Namun, kita masih tamak dan tidak mensyukuri segala nikmat yang diberikan itu... Tidakkah kita terfikir? Baiklah.... Cuba kita pejamkan mata..... cuba kita renung-renungkan Firman ALLAH dalam surah-surah dibawah yang bermaksud:

Auzubillahiminassyaitonnirrajim...

"Ya ALLAH Ya TUHAN kami, turunkanlah kepada kami makanan dari langit untuk menjadi perayaan bagi kami, bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi kekuasaanMU dan berilah rezki kepada kami kerana ALLAH sebaik-baik yang memberi rezeki." Al-Maidah, ayat 114.

"Bumi ditetapkanNYA untuk makluk sekalian. Di atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak (mayang). Dan biji-biji yang mempunyai daun tangkainya (seperti padi dan sebagainya) dan haruman-haruman. Maka nikmat TUHAN manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman, ayat 10-13.

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, sebab itu ampunilah aku... Lalu ALLAH mengampuninya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al-Qasas, ayat 16..

Lihatlah..... ALLAH Maha BAIK kepada sesiapa sahaja!.. Betapa manusia itu tidak pernah bersyukur dan cukup atas nikmat pemberianNYA... Baru sahaja diuji dengan dugaan yang sedikit, hati sudah mengeluh, perasaan sudah tidak keruan yang akhirnya menghasilkan pelbagai persepsi negatif terhadap Allah S.W.T seperti tidak sayangkannya lagi dan sebagainya. Berlainan bagi orang yang tahu bersyukur, walau apa dugaan yang datang, dia tabah melaluinya dengan redha atas dasar ujian tahap keimanannya...


Dunia adalah diumpamakan sebagai ladang tanaman yang mana di atas ladang dunia inilah kita mencari rezeki, menabur bakti dan menambahkan amal ibadah serta mengurangkan dosa. Perlu diingatkan di sini, mengurangkan dosa... kerana apa? kerana kita adalah manusia biasa yang tidak maksum, sememangnya tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri dari tidak melakukan dosa yang dilarang serta tidak membuat kerosakan atau perkara yang ditentang oleh Pencipta kita...

Firman Allah dalam surah at-Taubah 105 bermaksud: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya beserta orang mukmin akan menyaksikan apa yang kamu kerjakan.”

Hadis yang sering diperdengarkan, antaranya: “Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.” Sesetengah ulama menganggap hadis itu sebagai athar Umar bin al-Khattab.

Di atas bumi ini jugalah kita dipertanggungjawabkan mematuhi beberapa syarat perundangan wajib Islam iaitu termasuklah rukun Islam, rukun Iman, dan melakukan amal makruf nahi mungkar... Saling tegur menegur dan menasihati ke arah kebaikan... Sememangnya fitrah manusia sukakan kebaikan, bersih dan bebas dari pertelingkahan. Mari kita semua kembali kepada fitrah... Mencintai majlis ilmu dan saling menasihati agar kita kembali ke jalan yang diredhaiNYA... Amin...

Renung-renungkanlah, kita hidup bukanlah lama. Andai esok menyambut kita di alam kekal sana, apakah bekalan yang kita sediakan dan bawa... Adakah mencukupi? dan di dunia inilah tempat kita menanam amal dan menyebarkan kebaikan...Wallahu alam...

Search By Title

Loading...

My Words..