About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, February 28, 2012

Selamat Tinggal February.. March;; teruskan perjuangan kehidupanmu..





Sedar tak sedar; pejam celik pejam celik February dah pun sampai ke hari terakhirnya... Dan March menyambung episod kehidupan yang panjang; insyaAllah..

Alhamdulillah;; Bismillahirrahmanirrahim..

February juga memberikan banyak pengalaman untuk dikutip sebagai bekalan March dan bulan-bulan seterusnya.. Tak perlu mengira hari dan bulan lah! Rasanya masa terlalu pantas berlalu.. Yang pasti perjuangan kehidupan dalam skop diri sendiri dan keluarga pasti diteruskan dengan penuh ketabahan dan penghayatan. insyaAllah.. Dan, yang paling penting sekali;;; setiap hari kena dan mesti bertanya dalam diri;; apa objektif kita? apa misi dan visi kehidupan kita? dan apa impian kita??? Tuliskan matlamat dalam diary kehidupan yang disimpan di dalam sebuah almari berkunci... Diulang; mesti ditulis dan dirahsiakan... Sampai akhir tahun; pasti kita dapat mengenalpasti;; mana impian yang telah tercapai; hampir tercapai dan masih belum tercapai.... Wallahualam..

Ok;; saya juga seperti kalian,, masih berusaha mencapai keredhaan Allah dan teruskan perjuangan kehidupan mengikut peredaran masa selain ketetapan hati yang cekal menghadapi ujian kehidupan...

Pembaca sekalian;

Jom kita renungi 1 artikel dari iluvislam.com tentang ujian kehidupan;;;.. ..::La Tahzan::..

Wahai Sahabat, Janganlah Bersedih!


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Sumber - Artikel iluvislam.com


Monday, February 27, 2012

Muhasabah; Semoga istiqamah




Sempat lagi menutup entri malam ni, insyaAllah...

Sambil menonton 30 min ustaz Don pula, saya update entri. Bukan tulisan saya tetapi hanya copy dari artikel iluvislam..





Tudung. Tudung. Tudung.

Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa.

Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat.

Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik!

Tambah lagi apabila pengalaman hidup yang saya lalui, berhadapan dengan orang tudung labuh yang berperangai sama macam yang bertudung tak mengikut syariat. Ada yang lebih teruk! Jadi? Kesimpulan awal saya ialah "Ahhh sama je orang tudung biasa dengan tudung labuh. Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!"

Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.

Allah sayang saya. Amat sayang.

Hampir setiap hari dalam hidup, Allah temukan saya dengan artikel-artikel tentang erti sebenar tudung. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya.

Allah masing sayang saya, terlalu sayang.

Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila.

Saya seorang yang cerewet, tidak suka pada telekung-telekung di mall yang berbau, berdaki. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau berdaki itu semua.

Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu.

Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang mampu saya beli, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata.

Saya sekarang bertudung labuh, tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu.

Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.

Moga saya istiqamah! Moga akhlak saya seindah tudung saya! Amin Ya Rabb!

Sumber: iluvislam

Muhasabah; Menginsafi diri..




Isnin; 27.2.12


Alhamdulillah; sambil menonton tv alhijrah; Bicara: Fitnah Internet, cuba mencatatkan sesuatu dalam entri Muhasabah.








Sebentar tadi; hujan lebat sangat. Perasaan; tentunya takut kerana petir saling sambut menyambung; Cahaya pancaran kilat sememangnya menakutkan semua.. SubhanALLAH, hanya nama Allah shj yang mampu diucapkan saat itu selain berselawat dan berzikir... Ha, waktu sukar macam tu laju je menyebut dan berzikir, tapi waktu mendapat kegembiraan kenapa kita terleka dan lalai; ataupun terkadang terlupa untuk menyebut namaNYA? Begitulah, ALLAH Maha BAIK; setiap kelalaian kita sering diingatkan; nikmat tetap dilimpahkan walau kita semakin menjauh... jadi; saya harap kita semua dpt renung-renungkan kerana segala kenikmatan ini adalah dariNYA... Wallahualam..


Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami dengan jalan agamaMU... Tetapkanlah kami dengan keimanan yang kental... Hindarilah hati yang berbolak balik... amin.

Semoga kurniakanlah kami pengakhiran dalam khusnul khotimah dan selamatkanlah kami dunia & akhirat...amin

Friday, February 24, 2012

ARTIS : SELAMAT PENGANTIN BARU LISA & YUSRY





Alhamdulillah... ok, saya memang peminat lisa since cerita AdamMaya dulu-dulu tu... Kisah tentang "Cinta selepas berkahwin".. Dalam pahit ada manis.. dan, rasanya sweet untuk dikongsikan gambar detik pernikahan mereka..










Sumber: email dari seorang adik ni & BeautifulNara.com..

Semoga kekal bahagia ye Yusry & Lisa.. sehingga ke hujung nyawa.

Thursday, February 23, 2012

Beautiful morning...




Bismillahirrahmanirrahim....

In this entry, only photos and motivation words be our communication... Let photos explain more... InsyaAllah... May ALLAH ease our life...amin


Don't get stuck with the thing that ruins your day. Smile and be happy. Life is too short to be wasted on crap :D Jerose


"No amount of guilt can change the past & no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way, but if it is yours by destiny, from you it cannot flee." [Umar Ibn al-Khattab RadiyAllahu Anhu]

Monday, February 20, 2012

Bertuahkah kita?




Bismillahirrahmanirrahim...

ADAKAH KITA ANAK BERTUAH?

Alhamdulillah, sedang membaca Majalah Fardu Ain Edisi 8. Di kesempatan ini ingin saya menulis sedikit rumusan yang dapat saya simpulkan berkenaan 1 artikel tulisan Aimi Zabuddin, Segmen: Aduhai anak.

Anda dan juga saya pastinya pernah mengeluh dan mengadu alangkah dia begitu bernasib baik dan bertuah jika dibandingkan dengan kita. Mereka itu memilik itu dan inim dikurniakan kebahagiaan dan macam-macam lagi. Pelbagai alasan dan cerita yang kita rungutkan untuk menyatakan kekecewaan di hati. Kononnya nasib kita tidak sebaik dia. Tapi, sedarkah kita?

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang diusahakannya, dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” Surah Al-Baqarah, 286)

Pembaca budiman,

Apa jua yang terlintas di minda memberikan impak yang besar dalam kehidupan kita. Kuasa minda begitu besar. Sekiranya positif minda dan pemikiran kita, insyaAllah, positif yang akan terpancar melalui kehidupan dan tingkahlaku. Sebaliknya, jika negatif yang tertanam di minda maka negatif lah hasilnya.

Buktinya, saya nak kongsikan apa yang telah saya baca menerusi artikel Majalah Fardu Ain.


Ada 2 situasi:

A:

Jika bangun pagi dengan perasaan malas dan tiada semangat maka kita telah memilih untuk menjadi tidak bertuah.

B:

Bangun pagi dengan keceriaan, penuh semangat untuk meneruskan hidup dan mencabar diri sendiri menempuh kesukaran dan menyelesaikan segala konflik yang dilalui hari semalam maka kita telah memilih untuk menjadi seorang yang bertuah dengan menyemai sikap-sikap positif dalam diri. Sikap inilah sebenarnya yang membentuk kita menjadi seorang yang bertuah dalam hidup.

Jadi, saya pilih situasi B. Anda pula bagaimana?

Saya tertarik pada formula yang diberikan menerusi penulisan artikel tersebut iaitu:

“Apabila berusaha bersungguh-sungguh, dan bertawakal kepada Allah, insyaAllah dirimu akan beroleh kejayaan.”

Dan 4 tips untuk sentiasa dalam “ZON POSITIF”:

1. Saya percaya segala perkara buruk yang berlaku dalam hidup saya sekarang adalah latihan untuk saya menjadi lebih kuat pada masa akan datang.

2. Saya selalu berfikiran positif terhadap setiap perkara negatif yang berlaku dalam hidup saya.

3. Saya tidak suka mengenang kisah lampau yang pahit dan bisa mengguris hati saya lagi

4. Saya cuba belajar membetulkan kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu

Ok, jelas sekarang, kita perlu ubah mentaliti kita yang negatif dan hapuskan dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan aura positif dalam diri. Mudah sahaja, dekatkan diri dengan perkara yang positif, orang positif, baca bahan bacaan yang positif, lakukan riadah, manfaatkan masa lapang dengan hobi dan kesukaan anda dan tonton kisah komedi atau perkara yang mencuit hati.

Sebagai penutup, cuba kenalpasti semula, apakah tujuan anda berada dalam zon kehidupan sekarang? Samaada sebagai pelajar, pekerja, anak dan ibu atau bapa? Setelah itu, dunia pasti berubah oleh minda anda sendiri. Percayalah!...

"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar-Rad: 11.

Diary seorang Guru - My weekend... Sambutan Maulidurrasul & Silaturrahim bersama ibu bapa.. @ Tadika Suria Perdana






Status Facebook Dewan Siswa "Nasihat Siswa: Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama."... Jadi, seawal jam 8pagi saya melangkah ditemani rakan serumah ke tadika tempat saya bekerja untuk sama-sama menjayakan "Majlis sambutan Maulidurrasul dan program silaturrahim bersama ibu bapa"... atau lebih dikenali sebagai majlis perjumpaan ibu bapa yang pertama dalam tahun 2012. Pendek kata, 2 in 1 lah ni!..

Pagi itu hujan renyai-renyai dan berhenti sebaik kami melangkah... dan sempat jugak merakamkan 1 kenangan di pagi Ahad (19.2.2012)


Alhamdulillah, pertama kali menyertai program sedemikian di tadika membuatkan saya rasa cukup touching especially apabila bacaan selawat dialunkan beramai-ramai antara guru, ibu bapa dan anak-anak..

Seusai kertas selawat diedarkan, maka alunan selawat pun bergema. Jika tahun lepas khabarnya mereka mengadakan sedikit perarakan, namun tahun ni bacaan selawat internal kindergarthen, dan diiringi bunga rampai..














Sebenarnya, sebelum majlis diserikan dengan bacaan selawat dan bunga rampai, pertama sekali, ibu bapa mendaftar kehadiran sekitar jam 8.45pagi.



Majlis dibuka oleh bacaan Al-Fatihah, dan diiringi oleh nyanyian nasyid "Rasulullah" oleh kanak-kanak 4,5,6 tahun. Selepas habis sahaja persembahan yang tidak dilatih secara serius, seterusnya penerangan tentang tadika, p & p, dan sesi bersoal jawab...


Akhir sekali sebelum penutup majlis, kemuncak program adalah games untuk ibu dan bapa. Kaum ibu diberi sehelai kertas dan masa menjawab 5 minit... Manakala kaum bapa diminta untuk memberikan slogan dan cogankata berkenaan rasullullah s.a.w.

Proses pengadilan oleh juri yang tak profesional oleh saya dan seorang lagi cikgu... ^_^ Memandangkan cikgu tersebut dan saya tidak berapa familiar dengan nama parents murid kami, jadi tak ada isu pilih kasih... Kami diberi masa beberapa minit jer, (sekitar 15 minit) untuk memilih pemenang... Memang randomly choosen. So, kira rezeki je lah!.. Jawapan memang best-best semua... Tapi, kami cuba pilih antara yang terbaik di kalangan yang terbaik... Pemenang cuma 5 kategori mama dan 5 kategori papa..

Cikgu seorang lagi dah rambang mata...


Akhirnya saya jumpa juga pemenang... Sekian lama memilih dan memilih.

Dan, pada majlis sebegini kita dapat perhatikan kanak-kanak @ murid-murid ni memang gembira, dah pun pandai bergaya... Suka sangat! Tapi, camera handphone je cikgu ade,... ^_^ untuk merakamkan kerenah dan sketsa kanak-kanak...






Cikgu pun tak nak kalah bergambar dengan yang mana berkesempatan. Cikgu tak pilih kasih pada mereka yang berhak... ^_^

Cikgu doakan semoga mereka dikurniakan kecerdasan di tahap yang baik untuk menerima semua pelajaran, diberikan cahaya keimanan yang mantap untuk lebih mencintai rasulullah s.a.w... insyaAllah, amin...

Sebagai penutup majlis, ibu bapa dan anak-anak dijamu dengan minum pagi iaitu, kuih muih dan nasi lemak. Memang sedap sebab lama diet nasi lemak... ^_^ Nasi lemak ditempah khas untuk majlis tersebut.




Search By Title

Loading...

My Words..