About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Friday, March 30, 2012

..::Analisa Kehidupan::..


Bismillahirrahmanirrahim... In the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful..

Alhamdulillah, back from class Islamic Information Resources membuatkan saya rasa seperti menghadiri kelas agama yang agak terbuka sesuai dengan perkembangan dan kemajuan. Tidak terlalu ekstrim tetapi, tetap menambahkan sedikit pengetahuan untuk terus di atas landasan yang betul tanpa lari dari lecture given. Alhamdulillah.. 

Sesekali teringat kembali waktu kecil-kecil. Seringkali menghadiri majlis ilmu bersama ibu. Tapi, most of ustaz dah kembali ke Rahmatullah.. Al-fatihah.. amin..

Antara beberapa input yang saya terpanggil untuk dikongsikan bersama adalah;

Petua untuk menghilangkan stress buat kita;

Lakukan solat sunat 2 rakaat, dan berzikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33x. InsyaAllah, kita akan beroleh pahala sebesar dan seluas bumi dan isinya. InsyaAllah.. 

Selain itu, antara waktu mustajab untuk kita berdoa selain waktu hujan lebat, dan lain-lain lagi.. 4 waktu yang dikatakan mustajab untuk kita berdoa adalah;

1. 1 Saat terakhir asar sebelum maghrib (tangga teatas)
. Sebelum dan selepas subuh jumaat.
. Waktu dhuha - jumaat.
. Waktu 2 khutbah 

"Smile when you sit with your family, because there is someone somewhere wishing to have one. Smile when you go to work, because many people are still looking for a job. Smile because you’re healthy, because many others are sick. Smile because you're still alive, the dead wish to come back to life to do good deeds. Smile because you worship Allah, others worship his creation. Smile because you are you, because there are others who wish to be in your place!"

Smile because you are grateful to Allah =)" Status FB E-Usrah.


Thursday, March 29, 2012

Mencari damai... menyimpan jutaan rasa.

Sambungan Chapter Two: Kisah Hati Qasreena. ",)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Segala puji bagi ALLAH atas kurniaan dan pinjaman ilhamNYA.. InsyaAllah; syurga dunia buat qalbuku.. Saat hati mendambakan ketengan dan penghayatan damai... Ilham itu datang membawa beberapa sinar damai... Air tenang dan udara nyaman.. agar Qalbi tetap hidup, bahagia dan bersyukur.. Puji dan syukur atas segala nikmatNYA..



Sepinggan ayam goreng, sepinggan sayur kangkung goreng, semangkuk tomyam, sepinggan kecil telur dadar beserta sepiring kecil sambal belacan cukup menaikkan selera tengahari itu. Aroma masakan itu cukup membuatkan perut lapar...

Qasreena, Farhana, Maksu dan Paksu menikmati hidangan penuh selera.. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik menyerikan suasana.. Kebahagiaan tercapai.. Kerinduan pada kenangan lampau menusuk ke dalam lubuk hati yang dalam.. Satu persatu kenangan mula singgah.. Kenangan membesar di rumah usang itu bersama aruah datuk dan nenek. Kini, semuanya telah tiada.. Hanya sekali sekala mereka bercuti mengimbau segala kenangan silam bermalam di rumah pusaka tinggalan datuk dan nenek. Paksu dan maksu juga hanya akan pulang menziarahi kampung setelah berpakat dan berjanji untuk bermalam sehari dua. Jika tidak memang tidak berpenghuni rumah itu..

"Reen, tambah lagi?" Maksu menghulurkan bekas nasi.
"Tak apa maksu. Thanks. Reen dah kenyang."
"Maksu orang tu nak diet," Raihana bergurau.
"Ye lah tu.. Mana ada.. Dah kenyang la kak Ana" Reen mencubit lengan Raihana.

Tawa memecah kesunyian rumah usang itu..

Selesai makan, mereka berehat di ruang tamu setelah urusan dapur semua telah dibersihkan. Paksu dan maksu duduk menonton tv online melalui broadbangnya, manakala Qasreena masih duduk menaip sesuatu di sebalik laptopnya.. Faihana menuang beberapa cawan air teh lalu menjemput semua minum...

Mereka berehat sambil berbual..

Qasreena dan Raihana meminta diri untuk berehat di bilik setelah sekian lama mereka berbual dengan Paksu dan Maksu. Mata semakin berat.

Setiba di bilik, telefon Qasreena berbunyi.

"Alamak, kak Ana.." suara ceria Qasreena bertukar lemah.

Raihana memandang ke skrin telefon yang ditunjukkan oleh Qasreena.

"Jawab sahaja ukhti.. Reen, anggap sahaja ukhuwah fillah.. Uhibbu minallah.. InsyaAllah, tak ada apa. Mungkin ada urusan penting. Mana tahu kan." pujukan Raihana hampir melembutkan hati Qasreena. Namun, dia masih tetap dengan pendiriannya.

"Kak Ana.. Reen rasa dah cukup. Untuk apa? Mungkin dia boleh mesej." balas Qasreena seraya mempersiapkan tempat tidurnya. Cadar dirapikan, selimut diambil dari dalam almari. Matanya terlalu berat untuk menjawab panggilan dari seorang lelaki bernama Azhar.

"Kalau macam tu, tak apalah. Rasanya ana nak Qiam dalam pukul 3 pagi.. Reen nak ikut sekali tak?" Raihana menukar tajuk.

"Nak!" spontan jawapan Qasreena.

Jiwanya perlukan terapi, jiwanya perlukan ketenangan. Hanya dengan mendekati dan mengingati Allah, hatinya menjadi damai. Sedamai air di kali... InsyaAllah.. DIA lah sebaik-baik tempat mengadu dan Maha Memperkenankan doa.. Dia Maha Mengetahui setiap yang berlaku..

Perbezaan usia Qasreena dan Farhana sebanyak 7 tahun tidak pernah menjadikan mereka kekok. Mereka tetap serasi persis adik beradik. Apatah lagi sejak kecil mereka membesar bersama di rumah nenek dan datuk.

Air mata Qasreena jatuh lagi.. Namun, kali ini hanya Allah sahaja yang tahu. Qasreena melindungi wajahnya di sebalik gelap malam. Biarlah dia tewas di bawah cahaya keimanan, dan masih ada Allah di sisi setiap saat untuk dia sentiasa menginsafi rahmat di sebalik dugaan dan bersyukur atas ketentuanNYA.. Dia tahu, kasih itu milik ALLAH.. Cinta dan sayang itu anugerahNYA yang akan ditarik bila-bila masa sahaja. Ia sekadar pinjaman.



Jam 3.05 pagi.

Seperti yang dirancang Raihana mulai bangun apabila alarm berbunyi. Qasreena digerakkan. Dua kali gerakan sahaja Qasreena sudah bangun. Begitulah mudahnya adik sepupunya itu bangun.

Raihana mandi untuk membersihkan dirinya sebelum bertemu ALLAH, untuk mengadu segala rasa hati, segala kepedihan dan mensyukuri atas nikmat pemberianNYA.. Setelah Raihana dan Qasreena siap di atas sejadah, mereka mulai Qiam dengan solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih dan witir.. Penutupnya mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..

Ya ALLAH, damainya hati Qasreena Tuhan sahaja yang Tahu.. Sekian lama dia mengabaikan satu hak hati..Hak diri yang masih mencari ketenangan hidup. Biar berat mana masalah dihadapi, biar besar mana dugaan menimpa, hanya dengan bermunajat sepertiga malam sesungguhnya memberikan satu sinar baru.. Cahaya buat dirinya yang masih mencari damai dalam ramai, tenang dalam bingit.. sinar dalam kelam..

tiba-tiba hati Qareena berdebar-debar..

"Kak Ana, esok kita bertolak pagi ke?" Tanya Qasreena.
"Ya sayang. Esok ukhti kena balik awal. Kalau lambat Paksu nak hantar Reen lagi... ha, kena packing la nanti. Dah hampir subuh ni. Reen nak tidur ke? Ana rasa nak kemas baju je.. Packing siap-siap, nanti subuh senang." jawab Raihana.
"Tak kak Ana. Reen nak baca Al-Quran sikit lagi.. tapi", wajah Qasreena berubah.
"Tapi apa?" tanya Raihana penuh tanda soal.
"Reen terbayang sekilas muka Azhar la Kak Ana.. Waktu solat sunat Istikharah tadi pun Reen berdebar-debar.." balas Qasreena penuh sebak.
"Reen buat solat istikharah ke tadi?.. Allahuakbar. Tak apalah.. Reen sabar ye. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang baik buat hambaNYA..InsyaAllah.. dah jangan fikir lagi. Be a good friend sebab, masih belum sempurna iman seseorang jika dia tidak cinta saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. Reen pegang je hadis Rasullullah s.a.w ni.. InsyaAllah, Azhar ikhlas bersebab dengan keputusannya. Dan, ukhti kena kuat!.. Semua itu aturanNYA.InsyaAllah" Raihana turut sebak.

"Tapi, kenapa dia cuba nak cari Reen lagi?" ada sedu di hujung suara..

Air matanya turut jatuh bersama titisan air mata Farhana.. Sebak rasanya. Tiada jawapan untuk pertanyaan itu.. Biarlah hatinya menangis dahulu.. Beratnya dugaan adik sepupunya itu.. Sekian lama 20 tahun mereka membesar bersama, itulah kali pertama Qasreena kecewa. Cukup memberi kesan luka di hati Qasreena.


Hanya doa yang mampu dipanjatkan agar adik sepupunya kembali sihat, kembali ceria seperti biasa. Sebak tatkala mengenang segala ujian yang menimpanya. Baginya, Qasreena tidak pernah bersalah. Dia merupakan gadis soleha berakhlak mulia walaupun bukan berlatar belakang pendidikan agama. Jika dibandingkan dirinya dengan Qasreena dia memang jauh berbeza.

Raihana mendapat pendidikan agama sejak dari sekolah rendah lagi.. Seterusnya mendapat tawaran pengajian sehingga ke peringkat Ijazah di Mesir. Manakala Qasreena mendapat peluang melanjutkan Ijazahnya di UK. Selesai Degree, Qasreena menyambung Mater di Malaysia sahaja untuk sentiasa berdekatan dengan Azhar. Namun, ketentuan Allah telah memisahkan mereka. Mereka bukan sahaja dapat dekat di mata kerana sama-sama berjuang di Universiti yang sama dan pengajian yang sama, namun.. Allah telah menarik segala kebahagiaan itu menjadi air mata. Mereka terpisah oleh satu keputusan keluarga Azhar.

Urusan jodoh itu sesungguhnya bukan aturan kita. Bukan perancangan manusia.. Tetapi, ia terjadi atas Qada dan Qadar Allah. Sesungguhnya DIA yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...

Siapa tahu, Allah gantikan sesuatu yang indah menjadi permata bersinar. Mana tahu ada yang lebih indah buatnya.. Who know?

Istikharah cinta... Mungkin manusia diingatkan supaya siapkan diri selengkapnya untuk mencari cintaNYA yang sejati..

Wednesday, March 28, 2012

Meneraju "Dunia Tanpa Sempadan"


Denyut-denyut di kepala sedikit terasa... Allahhurabbi... Sabar ye; detik hati kecil. Seingat saya, saya tidak pernah sakit migrain dan sebagainya.. Alhamdulillah... Cume; agak berat melihat check list... Alahai; banyaknya tugasan.. tapi; sempat untuk update Blog sebentar.. Rasa ada sesuatu yang masih bersarang di minda dan perlu dikeluarkan agar lebih ringan!.. insyaAllah..

Mungkin; menulis merupakan makanan minda saya agaknya.. InsyaAllah, akan dimanfaatkan sebaik mungkin... Ya Allah.. Sesungguhnya segala puji atas Nama MU Ya ALLAH, tanpa kuasaMU, apa dayaku..amin..

Meneliti satu persatu tugasan... Allahhurabbi... Tak sabar rasanya menyelesaikan semuanya.. Tapi; perlu ada proses untuk pelaksanaan... Kena dapatkan consultation.. Ya ALLAH... Semoga dipermudahkan sehingga tarikh yang ditetapkan... amin...

Senyum dan cool down.. insya ALLAH, everything will be okay....amin...

Tertarik dengan statement "Dunia tanpa sempadan". Sebenarnya sejak dari zaman penulisan BM SPM lagi saya dah terdedah dengan dunia tanpa sempadan ni.. Cuma; baru 4 tahun latest ni terdedah dengan dunia yang terbuka tanpa sempadan had access. Ya lah! Sejak saya menyambung pengajian di Uitm..

Firstly, memang appreciate dan thanks sgt2x untuk Uitm dihatiku kerana membuka mata saya yang dulu agak "rabun IT" but now.. Alhamdulillah, banyak perubahan yang dapat saya sendiri rasakan... Seiring kemajuan dunia tanpa sempadan ni..

Sekarang ni Dunia Maya is like a transparent world.. Haa... everyone (expertise) can view it.. Somebody yang pandai IT ni boleh sabotaj ke, atau access without permission dengan curi Password dengan cara hack and whatsoever..

Kelas Strategic Information System for Information Professional tadi membuatkan saya terfikir... "Virtual world is about transparent communication"

Tak apalah, as long as kita tak buat salah dan keterlaluan dalam ledakan maklumat & technology nowadays.. Ok; ketepikan semuanya! Currently time is golden..

Tuesday, March 27, 2012

Monolog Hati.. Saya bukan dilahirkan sebagai seorang Pengaturcara Komputer

Balik dari kelas sebentar tadi... memberi 1 inspirasi untuk berkretif..

Mengenali bahasamu, menghayati lenggok perkataanmu, memahami hati budimu melalui susun atur tatabahasa komputer yang penuh silangkata dan teka teki, konsep formula kira-kiramu yang penuh dengan pengiraan logik manusia membuatkan saya duduk terkedu!..

Ya! Saya amat mengagumi bahasamu.. Hanya sesetengah manusia mampu berkomunikasi denganmu, menyusun bahasa terindah buatmu agar kau tampak ayu dan sentiasa mengikut kehendak semasa! dan hanya menyusun bahasa yang betul untuk mengira formula bahasamu agar penyelesaian masalahmu berhasil!..

Saya bukan dilahirkan sebagai seorang programmer :d

Tapi; insyaAllah, saya cuba fahami dan lakukan terbaik untuk semester terakhir!.. InsyaAllah.. Allahurabbi... banyaknye nak buat! :d Rabbi Yassir Wala tu' assir.. amin..


Monday, March 26, 2012

Semakin mengejar ilmu; semakin kecilnya hakikat sebenar..


Alhamdulillah; selesai berehat, masa untuk membuat pembacaan. Sesekali menyelak helaian nota yang diberikan semasa kelas selama lebih kurang 2 jam lebih merasakan diri terlalu kerdil atas hakikat Ilmu Tuhan yang tiada batasNYA.. Ya ALLAH... betapa kerdilnya hambaMU ini di sisiMU..

Saya pernah menulis tentang USTAZ INSTANT seusai balik dari first class yang saya hadiri.

Sabtu yang lepas saya bersama rakan seperjuangan dikehendaki menghadiri kelas (tidak formal) dan melakukan beberapa proses pembelajaran (secara praktikal) dengan mencari sendiri bahan yang tersedia di Library IIUM, Gombak. Kami diberikan sedikit taklimat & brief lecture sebelum meneroka sebahagian bahan rujukan hadis, kitab, index dan sebagainya..

Hakikat subjek "Islamic Information Resources" dengan 1 mission bagi melaksanakan one part of our task which is "Hadith Retrieval Methodology" memberikan 1 kesedaran bahawa, meletakkan sesuatu hadis hanya pada common sense "copy and paste" bukan merupakan 1 kesahihan yang boleh diteruskan oleh sebahagian kita, ya.. kita yang masih belajar dan bukan dari bidang yang berkenaan. Hakikatnya; bagi pelajar yang mendalami bidang agama, mereka terpaksa mengkaji pelbagai bahan dari variety sources so that ia diyakini dan berdasarkan sumber yang sahih. Bukannya "copy and paste"..

Ya; betapa kerdilnya diri saya.. Ya; kita semua.. Semakin mengejar ilmu, semakin kerdilnya terasa kekurangan diri. Takut untuk menjawab persoalan pada yang bertanya.. Kerana bertanya biarlah pada yang arif.. Begitulah ilmu ALLAH..

"Dan jika sekiranya pohon-pohon di muka bumi, menjadi pena dan laut (menjadi dakwat), ditambah kemudiannya dengan tujuh laut lagi, nescaya tiada habis kalimah ALLAH (dituliskan). Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana" Surah Al-Luqman, ayat 27.

Tapi; hanya berapa % sahaja kita belajar & mengkajinya... walau dalam apa jua bidang sekalipun.. Allahurabbi..

Tertarik untuk berkongsi 1 slide dari nota yang diberikan oleh pensyarah:

"The importance of Hadith Retrieval Methodology (HRM)"

The importance of the science to the Islamic Knowledge and its development.

1. Knowledge in real meaning of the Hadith
2. Understand the reason behind the Hadith creation.
3. Able to identify level of authenticity of the Hadith.
4. Enable to differentiate Authentic Hadith from False Hadith.

and;

"The important of the science to the Information Literacy through Islamic Information Retrieval Skills"

1. Support local Islamic Scholar by providing source of Hadith for Authentication process.
2. Scarce of Islamic Information Retrieval in Local Information Resource Centre.

SubhanALLAH... belajar 2 method dan teknik dari 6 cara dan teknik membuatkan kami cukup kerdil... Apatah lagi.. Betapa luasnya ilmu ALLAH..

Moral of this message : Bertanyalah pada yang arif sebelum mengamalkan sesuatu hadis ya.. Mungkin boleh rujuk di WADI Blog dan ustaz yang diiktiraf dan mempunyai latar belakang bidang hadis yang berkenaan.. Wallahualam..


Semakin mengejar ilmu, semakin kerdilnya hakikat keilmuan kita..

Alahai.. BE tinggal satu je :'(


Alahai... :d Lagi 2 BE dah jadi ME..

Takpelah; usaha tanda kejayaan!...


Harapan: Sooner traffic will be improve! ^_^

First Time naik KTM pada tahun 2012






Alhamdulillah, sempat untuk meng'update' Blog hari ni..

Bismillahirrahmanirrahim.. In the Name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful..

Alhamdulillah, hari sabtu yang lepas saya berpeluang menaiki KTM buat pertama kalinya untuk tahun 2012. Itu pun secara kebetulan.. Pergi boleh lah abang kandung hantar.. Balik dari UIA, terpaksa balik sendiri.. Saya minta rakan hantar di stesyen LRT Gombak dan menukar KTM di stesyen KL Central. Setiba di stesyen KL Central, tiba-tiba KTM ada masalah di Stesyen Batu Caves dan delay selama hampir 20 minit.. Setibanya Tren Komuter Baru yang hanya 4 ke 6 koc (xpasti sebab xfocus dgn announcement).. Tapi, yang pasti siap dengan CCTV, dan agak selesa dengan beberapa inovasi teknologi terkini.. Saya rasa lebih selesa menaiki Tren Komuter baru memandangkan koc wanita disediakan dan beberapa elemen keselesaan lain turut dititikberatkan..

Dengan perkhidmatan koc wanita yang disediakan, rasanya ancaman sexual harassment tak kan menjadi isu lagi bagi pengguna wanita.. Ada hikmah tak dapat dijemput hari tu.. Apa pun kelas next month di UIA lagi sekali & abang kandung janji nak hantar dan tunggu hantar balik. Emak dah warning awal-awal :d

..::Alhamdulillah::.. Tapi tak rugi naik MyKomuter yang koc baru tu...

Antara maklumat berkenaan tren MyKomuter adalah; read


Wednesday, March 21, 2012

Sukan Tahunan..


Sebenarnya dah kena fikir tentang sukan tahunan... ligat nak fikirkan bagaimana tema senamrobik kali ni.. Takutnya! Sebab first time nak latih budak-budak... Memang lah mereka tu mudah pick up dan catch apa sahaja yang diajar.. Tapi; kalau boleh nak buat se'best' yang boleh sebab; nak mereka happy! who? Murid; guru; parents dan saya sendiri!... They are really talented!!.. Tapi; bukan mudah nak latih.... Walaupun sukan sekolah dirancang pada Julai; tapi kena latih mulai now~ bak kata pepatah Inggeris "Practice make perfect.."

Yang paling penting teacher pun nak reduce weight sekali... Ya ALLAH; permudahkanlah urusan kami.... amin..

Eh sepatutnya entri di katahatiputeri..






Sebenarnya entri sebelum ni... sepatutnya post dalam blog kretif saya tu.. katahatiputeri tapi; dah tersilap type. Takpelah.. Haaa.. idea tu datang dari realiti kisah hidup seseorang hamba Allah.. nama dia rahsia! Nama tu pula saya ambil sempena nama salah seorang murid saya "Qasreena".. heeehe.. cikgu sayang Qasreena! :d

Raihana tu pun seakan-akan nama salah seorang murid saya; Farhana :d


Tuesday, March 20, 2012

Kisah Hati Qasreena..


Bismillahirrahmanirrahim... In the name of ALLAH the Most Gracious and the most Merciful..

Keheningan awal pagi menanti subuh menyaksikan kesayuan hati Qasreena. Hatinya dipukul kesedihan; naluri wanitanya cukup hiba.. Menahan perasaan. Sudah sampai satu tahap untuk air mata pedih itu keluar.. Pergi bersama segala duka nestapa.. Air mata sudah sarat.. Tidak terdaya disimpan oleh matanya yang kecil.

Saat azan Subuh berkumandang; air matanya jatuh.. Satu persatu jatuh.. Lantas; bercucuran.. Menghilangkan segala kesakitan... Kerinduan.. Semua hilang!

"Reen; ukhti kenapa ni?" Kak Ana; sepupu Qasreena yang baru balik dari Mesir semalam mengejutkan lamunannya..

"Oh..tak ada apa-apa kak.." Qasreen mengelak. Air mata disapu.

"Reen cuma... errmm..." suara yang keluar terputus-putus.

Air mata tidak dapat dikawal. Lantas Qasreena menangis dalam dakapan kakak sepupunya.. tanpa sebarang pertanyaan yang bakal menambah kesedihan; Raihana diam sambil membiarkan adik sepupunya menghilangkan segala kesedihan.

Suasana diam..

Kesayuan menerpa subuh Selasa..

"Akak; Reen nak solat.." ujar Qasreena sebaik hatinya lega melepaskan segala rasa sakitnya. Pilunya melalui cucuran air mata.

"Ok; ukhti tunggu. Kita jemaah ya.. Ana ambil telekung sekejap." Raihana mengambil telekung di biliknya.

Seusai solat yang diimamkan oleh kakak sepupunya; Raihana, Qasreena merasa tenang dan sungguh khusyuk menghayati doa-doa dalam setiap lafaz yang terucap. Padanya kesakitan itu sudah hilang. Kepiluan itu ujian dari ALLAH. Ia sekadar melatih hatinya agar kuat; kental.. Kuat seperti mana pesan bondanya. Jika kita ingin berjaya walau di bumi mana kita berada, kita perlu cekal, kuat dan jangan mudah berputus asa. Pasti Rahmat ALLAH menanti di hujung jalan..

Selepas solat mereka berdua membaca Al-Mathurat diiringi dengan bacaan surah Al-Waqiah sebagai pembuka pintu rezeki..InsyaAllah..

Selesai solat; mereka bersalaman.. Raihana beberapa kali memujuk Qasreena untuk berterus terang tentang masalah yang dihadapi. Namun, dia tetap dengan pendiriannya yang ingin menyimpan semua rahsia hatinya. Raihana akur.

Jam tepat menunjukkan pukul 7.00 pagi. Burung-burung menyanyi kecil; berlari ke sana ke mari mencari rezeki pagi.. Tenang hati Qasreena tinggal seminggu di kampung.


Qasreena berhajat untuk menulis Diari hatinya. Lantas pen biru dicapai. Bait-bait kata dilakarkan. Seusai menulis; Qasreena meletakkan diari di satu sudut di atas meja almari make up biliknya.

Qasreena menghirup udara segara... Dia teringin berjalan di sekitar rumah kampung datuknya untuk menikmati keindahan alam dan kecantikan ciptaan Tuhan. Selain hatinya perlukan ubat ketenangan dan kesegaran; dia juga cintakan alam.

"Kak Ana, tolong Reen ambilkan tudung di meja make up" pinta Qasreena manja.

Qasreena dan Raihana sememangnya saudara sepupu yang akrab. Segalanya tanpa rahsia, kecuali cerita cinta. Qasreena memang pemendam orangnya. Tidak pernah walau sekali dia berkongsi rahsia dengan Raihana.

Tapi; setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mereka umpama 'cubit peha kanan, peha kiri terasa'..

.........................................................................

Sampai di bilik lama yang dijadikan bilik Qasreena apabila pulang ke kampung, kadang-kadang dikongsi bersama adiknya Umairah. Raihana terpandang pada diari berwarna merah jambu. Memandangkan hubungan akrab tiada tara antara Qasreena dan Raihana, maka dengan bacaan Bismillah Raihana membuka diari tersebut lantas membacanya..

"Alhamdulillah; syukur ku panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T. Puji dan syukur atas nikmatMU.. Aku redha dan pasrah atas ujianMU.. Aku pohon kekuatanMU. Aku pohon rahmatMU.. Ya ALLAH, seandainya dia bukan untukku jauhkanlah dia dari pandangan mataku.. Hilangkanlah rasa kasih dari hati kami.. Jika itu ketentuanMU.. Jika dia sekadar ujian buatku, kurniakanlah hatiku ketabahan dan kesabaran. Sesungguhnya perasaan ini anugerahMU.. Hindarilah daku dari kekecewaan yang melampaui batas..amin"

Semoga Azhar dikurniakan kebahagiaan di atas pilihannya.



Terjawab sudah segala yang menjadi tanda tanya...

Sebaik tudung Qasreena dicapi, Raihana berlalu turun mendapatkan Qasreena.

"Ukhti, ana minta maaf. Tadi ana ada buka diari ukhti.. Walaupun ana tak tahu kisah anti dari A sampai Z, tapi ana doakan ukhti bahagia. Reen, semoga Allah kurniakan ukhti dengan cintanya yang sebenar. Cinta itu anugerahNYA. Pohonlah padanya... Tak perlu menangis atas kehilangan yang ukhti cintai.. kerana DIA lebih mengetahui.. DIA pasti ada perancangan terbaik buat ukhti.. Reen! Kak Ana sayang Reen!..Dah; marilah! Kita ronda-ronda.." Raihana memberikan kata-kata semangat sambil tersenyum.

"InsyaAllah Kak Ana, kalau kak Ana tak perlu mencari abang Izham sebaliknya dia yang mencari Kak Ana, Reen pun cuba memperbaiki diri dan berdoa.. semoga Allah hadirkan seseorang lelaki yang luhur hatinya yang mencari Reen. Biarlah Reen yang belajar mencintai dari Reen mengejar kesempurnaan tapi akhirnya Reen yang merana.. Walau lama lagi sekalipun, Reen pasrah. Reen redha dan tak sedih lagi. Biarlah.." Qasreena tersenyum lega.

Hati itu cekal lagi. Jiwa itu tabah lagi..

DIA pasti menguji dengan dugaan yang datang. Hanya Tuhan yang tahu betapa retaknya hati Qasreena tapi, dia belajar untuk tabah. Kisah manis bahagia semalam cuba dikubur dalam-dalam.. Dibuang jauh-jauh. Untuk apa mengenang orang telah melupakannya.

Dia pegang janji ALLAH..

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" Surah An-Nur, ayat 26.

Lantas senyuman tawar cuba menghiasi wajahnya.. Namun seminit selepas itu ia menjadi manis...

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT!


JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT!

Wah; cantiknye header baru Blog BEN ASHAARI... Apapun; saya nak joint Bloglist Ben Ashaari. Nak 200 Blog je.. Yang pasti sampai April je.. tak kisahlah; janji ade dalam list hari ni...hehe ",) Cepat-cepat taip... huhu...

Ok; apa yang BEN ASHAARI nak..

Serba ringkas tentang Blog dan kenapa berblog.



Blog saya tentang kisah peribadi; motivasi; pengalaman hidup; nasihat; info semasa (sikit je).. dan koleksi hasil penulisan kretif. cth di blog katahatiputeri. Sedang memperbaiki diri dengan menghayati kehidupan di samping cuba mendidik pembaca lain terutama adik-adik yang baru dalam blogging. Apapun; samaada diterima dan mendapat maklum balas oleh pembaca ke tak; saya tak kisah asalkan saya telah menjadi diri saya dalam menulis..

..::Secara mudahnya; saya suka menulis.. dalam diary; buku; kertas; ms.word; termasuklah dalam blog.. Saya dapat baca bermacam-macam idea dan pendapat blogger lain; menambah kenalan; memahirkan penulisan; meluahkan rasa hati sambil memperbaiki teknik penulisan.. & generate small side revenues::..

Sekian; DONE!!!..



Monday, March 19, 2012

Kembara Kehidupan.. Hati yang kuat atas dahan yang kukuh pada pohon kehidupan...


..::Tadika Suria Perdana::.. Pejam celik; pejam celik it about 6 months i spent there.. 2.3.2012 genap 6 bulan di sana.. Fun; yes! saya melalui detik-detik yang memang seronok! Back to zaman kanak-kanak rebina.. But i am only kakak rebina agaknya. Atau teacher Rebina.. Anyway; ia bukan semudah yang disangka..

Dalam tawa kadang mencabar kemampuan. Yelah; for example suara.. It really make my voice "pecah" dan besar at first dulu.. Ingat lagi; first month, suara jadi besar; garau dan serak... Lepas je sebulan batuk dan sakit tekak; then suara hilang tu perkara biasa.. Saya jerit takde siapa dengar. Cuma; mereka terkejut.. Cikgu nie jerit kecik je rupenye.. Oh; so challenging.. Kena sabar banyak. Itu untuk sebulan dua yang pertama...

After 3; 4 bulan saya dihantar kursus selama tiga minggu. Dari situ banyak lah benda baru yang saya dapat; betulkan mana yang salah.. Menambahkan ilmu baru yang bukan sahaja boleh digunakan dalam bekerja; malah dapat digunakan dalam kehidupan sendiri untuk berdepan dengan keluarga; termasuk adik-adik dan anak saudara...

Sekian lama mengasah bakat; minum air asam jawa dan melatih vokal dan menjerit sambil mendegar bagaimana guru-guru lain menghasilkan jeritan dengan suara yang natural; alhamdulillah... kini segalanya mulai menampakkan hasil. InsyaAllah.. Cuba yang terbaik! Sehabis baik.. Doa juga dipohon agar dikuatkan iman.. Selebihnya hanya berserah.. Alhamdulillah; mereka murid-murid masih mampu buat saya tersenyum walau kadang betul-betul geram.

Saya masih belum boleh meletakkan harapan untuk saya sempurna 100% menjadi guru yang lantang bersuara.. Tapi; saya juga cuba sedaya upaya mengeluarkan suara dalam saya sebaiknya.. insyaAllah.. Semua ini anugerah Tuhan. Jadi; sehabis baik dilakukan asalkan ianya tidak melampaui batas..



Seawal pagi melangkah mencari satu cahaya untuk membentuk insan yang masih baru melihat dunia; dan belum puas bermain; di samping belum mengenal seisi dunia dan sesuatu yang berlaku menjadikan ia satu cabaran untuk saya lebih cekal; istiqamah dan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik. Setiap saat merupakan detik berharga yang pasti tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

Tugas itu adalah amanah untuk dilaksanakan sebaiknya. Tanggungjawab itu mesti dipikul tanpa keluhan; rasa berat; terpaksa ataupun tidak ikhlas. Sebaik-baiknya ia dilakukan dengan penuh kerelaan; karliber dan keyakinan adanya ganjaran buat insan yang benar-benar gigih; bersungguh dan ikhlas.





Tanpa semua nilai positif tersebut pastinya kehidupan hambar; rezeki tidak diberkati.. Sentiasa merasa kekurangan atas yang banyak; dan tidak cukup-cukup dengan yang sedikit.. Yang paling penting tidak mendapat pahala atas tugas mulia mendidik si kecil..

Jadi; tepuk dada tanya iman!..

Apapun; saya cuba terus menjaga "hati yang kuat atas dahan yang kukuh pada pokok kehidupan yang mana akarnya iman".. insyaAllah..


Hope Maxis will be my first BE for new template..

Alhamdulillah; rasa penat tadi sebab stay back kerja sampai petang dah hilang. Melalui rutin dan liku kehidupan sebagai seorang Caliph of ALLAH for teach kid is not as easy as i had thought before.. InsyaAllah; saya akan kongsikan dalam entri berikutnya; jika berkesempatan... Hati yang kuat atas dahan yang kukuh pada pohon kehidupan... Sebelum menjelang maghrib sempat saya taip laju-laju satu express entri.. It's about Maxis.. Lately; banyak iklan BE yang datang di Blog walaupun.. Widget Nuffnang di belah bawah kanan tu.. tak dapat nak pasang lagi... tapi; iklan maxis sering kelihatan sejak dua menjak ni..

Saya harap sangat ia jadi BE ye.. hehe ",) Thank You So Much..










Apapun; saya menulis bukan kerana nak mengejar BE je.. But at least dapat lepas untuk duit wifi beli ni pun dah ok sangat! ",) Sebab; kami satu rumah xder pasang stremyx kat rumah sebab bukan nak stay lama... Takut tak worth kan..




Harapan saya pada Nuffnang; silakan beri BE sebanyaknya untuk 2012 ya... Thanks Mr.Nuffnang! ",)


Sunday, March 18, 2012

Bila Ben Ashaari tanya aku






Bismillahirrahmanirrahim... Tadi sementara tunggu waktu isya' ade terbaca entri segmen baru di Blog Santai Ben Ashaari; so.. seusai solat je terus buat entri untuk segmen ni.. hehe.. nasib baik baru pukul 9 sempat lagi.. Tak nak buang masa; nak start.. Apa pulak nak kena share kali ni..

"Apakah perkara yang paling membosankan anda bila dengar ESOK SEKOLAH? Mengapa?"

...::Ok; share pengalaman dulu2 lah ye::...

minda negatif: membosankan sebab dah lama cuti.. Seminggu tu... Best! Dapat balik kampung; jalan-jalan kat dusun, jalan-jalan kat taman; main masak-masak; main anak patung; takde lah kena buat homework; kena dengar cikgu baca buku.. cikgu tak terangkan pun..Nak tanya malu... Jadi dengar je la sambil tengok baju cikgu lawa-lawa.. Lepastu bosan sebab; Cikgu garang. Marah je tahunye.. Bukan nak tanya sebab apa.. saba je la..

hehe... skrg meh dengar minda positif saya melawan dulu..

Tapi; kat sekolah ada kawan-kawan yang baik. Ada jugak cikgu yang best!.. hehe ",) Tak marah-marah; ajar pun senang je faham sebab dia tak baca buku tu... Cikgu baca lepas tu terangkan apa yang dia baca.. Tak megantuk.. Lepas tu; datang sekolah nanti ayah nak bagi adiah.. Kalau dapat nombor 1 sampai 10 ayah nak bagi hadiah... hiiiieee...bestnye!..hehe.. Lagipun; cikgu kaunseling selalu pesan waktu kursus motivasi.. Ingat! Jasa ayah emak.. haaa..kena la belajar dan datang sekolah kalau nak balas jasa mereka.. *sambil baca doa untuk kedua ibu bapa..

Sekarang ni pulak..

..::Suka bila sekolah dah bermula.. sebab; saya rindu pada murid-murid dan anak didik saya. Walaupun mereka masih kecil 4;5 dan 6 tahun tapi pada saya ia satu langkah pertama mereka mengenal alam persekolahan sebelum sampai ke alam sekolah rendah.. Rasa tanggungjawab tu merupakan amanah Allah... sebagai khalifahNYA...sbg Murabbi atau guru mereka.. Dari mereka kita dapat belajar banyak benda. Termasuk belajar bersabar; sebab guru perlu bersabar dengan pelbagai kerenah muridnya; pelajarnya.. baik dari pre school; primary; secondary sampailah ke alam Universiti sekalipun.. Setiap pelajar ada kerenah masing-masing.. Jadi; dari situ guru belajar utk bersabar::..

Kesimpulannya; murid; pelajar : jangan malas.. kena semangat datang kelas; sekolah... cikgu nak awak pandai.. untuk cikgu: setiap murid ada kebolehan tersendiri.. jangan label mereka; kalau mereka xboleh terima cara A; mungkin mereka jenis cara B. Apapun; dun judge; tapi ask why?.. okay... Jangan marah melulu.. tapi tanya dan ajar.. Give them respect u; then u can teach and guide them... penampilan kena jaga sebab mereka melihat dan; jangan kedekut kasi pujian pada mereka.. Dekati mereka sebagai adik; anak; pelajar; murid dan kawan..

Sekian..

*nak iron baju untuk esok! ",)

Kisah Manis Hati Anakanda..


Mata Amira sudah merah, dan ada surat di tangannya. Entah beberapa kali Amira membaca surat itu, tetapi setiap kali membacanya, pada setiap kali itu juga hati Amira umpama dirayapi semut merah yang bisa.

Justify Full Amira sekali lagi membaca surat di tangannya.

"Assalamualaikum,
Apa khabar anakanda di sana? Ayah doakan semoga anakanda ceria semasa membaca surat ini. Maafkan ayah kerana masih ketinggalan zaman. Perkara yang sepatutnya diberikan melalui e-mel, ayah hantarkan melalui surat. Salah ayah juga kerana tidak bertanya e-mel baru anakanda. Ringkaslah ceritanya, ayah sudah tahu kisah anakanda daripada bonda. Kisah manis hati anakanda.

Namun janganlah anakanda khuatir sehingga surat ayah ini anakanda berhenti baca, kerana ayahanda bukanlah mahu marah, bukan juga mahu mengarah-ngarah anakanda yang sudah dewasa, melainkan ayah cuma mahu bercerita kepada anakanda berkenaan apa dalam hati ayah ini.
Ayah yakin dan sangat percaya, anakanda adalah anak yang solehah, yang taat kepada agama. Namun pada usia anakanda, ayah juga tahu suatu perkara, anakanda dalam diam sedang berperang dengan perasaan di dalam dada. Ayah khuatir betul dengan perkara yang namanya cinta.

Walaupun sudah ayahanda jelaskan, dan walaupun puas bonda terangkan kepada anakanda berkenaan cinta, pasti ada ketika hati anakanda terdetik juga mahu mencuba apa rasanya cinta, dan ayah tahu sudahlah datang waktu itu kepada anakanda.
Janganlah salahkan bonda kerana memberitahu ayah, tetapi ayah jugalah yang salah kerana setiap hari ayah bertanya tentang kamu daripada bonda.

Bonda kamu itu sangat taat kepada ayah, dan tidak mungkinlah dia mampu merahsiakan sesuatu pun daripada ayah.
Ingat lagi ayah, pada ketika anakanda baru empat tahun dan anakanda mahu membeli belon warna merah. Ayah belikan dan anakanda sangat gembira. Anakanda terus berlari-lari dengan belon merah di tangan sambil ketawa riang. Malangnya, belon anakanda pecah tergeser daun lalang. Anakanda menangis, dan ayah sekuat hati memujuk anakanda dan waktu itu walaupun anakanda sangat kecewa, marah dan sedih tetapi tetap juga anakanda terpujuk dengan kata-kata ayah.

Terpujuk apabila ayah mengangkat anakanda tinggi dan meletak anakanda pada bahu ayah. Anakanda gembira, dan tangisan pun mereda.
Namun kini, apa yang ayah takutkan semasa anakanda umur empat tahun, terjadi lagi. Bukan lagi belon yang pecah tetapi akankah hati anakanda yang pecah? Itulah yang ayah khuatirkan tentang anakanda, pada ketika umur anakanda sudah tidak mungkin ayah meletak anakanda pada bahu ayah, itu juga bermakna anakanda tidak mungkin lagi terpujuk. Itulah cinta sebelum nikah, ia seperti belon merah yang anakanda inginkan semasa kecil. Ia lembut, ia menggoda dan ia nampak manis.

Namun hakikatnya, ia sangat nipis, dan banyak perkara mampu membuatnya pecah pada ketika anakanda membawanya berjalan di jalan penuh lalang.
Ayah, berharap tahan-tahan dahulu perasaan kamu itu. Jangan ditunjuk kepada si lelaki sehingga anakanda terlihat murah. Sekiranya anakanda mampu menahan rasa rindu kepada bonda dan ayah di sini, apalah sangat menahan rasa suka kepada lelaki yang entah siapa. Banyakkan ingat Allah sayang. Banyakkan menyebut namanya. Berzikirlah, bertahmidlah, bertasbihlah dan bertakbirlah. Banyakkan membaca ayat-ayat-Nya. Kerana hanya kepada Dia anakanda dapat bergantung dengan sepenuh hati selepas ayah dan bonda jauh dari anakanda.

Janganlah pula anakanda menyangka ayah ini kolot orangnya sehingga tidak mahu anakanda bercinta. Tidak salah anakanda bercinta, cuma bagi setiap perkara akan ada masanya yang tepat. Seperti embun yang lembut, tidaklah ia turun ketika matahari sudah tegak di kepala, tidak juga turun pada ketika matahari condong ke barat, ia turun pada waktunya yang tepat, walaupun singkat tetapi itulah yang terindah untuknya.
Sedangkan embun di hujung daun pun punya waktu, apatah lagi cinta yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anakanda bertanya, bila waktu yang tepat untuk yang bernama cinta? Jawab ayah, pada ketika semuanya sudah bersedia.

Cinta itu anakanda, bukan sekadar hati yang bersedia menerima dan memberi tetapi, fikiran juga perlu bersedia, emosi perlu bersedia, fizikal perlu bersedia, dan paling utama, adakah pasangan anakanda itu juga sudah bersedia untuk semuanya? Bersedia menerima dan memberi? Pada ketika hanya hati yang bersedia, pada ketika itulah cinta itu umpama belon yang mudah pecah. Pada ketika anakanda sudah tidak mampu menahan rasa hati, ingatlah anakanda ayah dan bonda di sini. Jaga air muka kami dengan menjaga air muka anaknda, jaga maruah kami dengan menjaga maruah anakanda, dan jaga akhirat kami dengan menjaga akhirat anakanda. Ingat jugalah, jodoh itu terkadang datang lebih awal daripada cinta.

Sekiranya anakanda berasa surat ayah ini sudah keterlaluan, ketahuilah, ayah memang keterlaluan dalam soal sayang dan kasih kepada anakanda. Sayang ayah dan bonda kepada anakanda, keterlaluan sepertinya matahari yang terik, bukannya seperti matahari pagi tidak juga seperti matahari senja. Sekiranya keterlaluan sayang dan kasih itu salah untuk anakanda, maafkan ayah kerana ayah tidak mampu untuk mengurangkannya. Tidak mampu walaupun sekuman. Baik buruk anakanda, anakanda tetaplah permata dalam hati ayah. Kerana anakanda sudah memegang hati kecil ayah ini sehinggalah saat ayah mati, sedang ayah hanya mampu memegang tangan anakanda semasa anakanda masih kecil. Akhir kata, semoga anakanda sudah mengerti sedikit hati ayah. Tidak banyak, sedikit pun itu sudah membuat ayah tersenyum. Jadi jaga diri anakanda, kerana ayah dan bonda sudah setiap waktu mendoakan kesejahteraan anakanda dengan air mata. Sekiranya tidak mungkin ayah memegang dan memimpin tangan anakanda sekarang, izinkan ayah memegang dan memimpin anakanda dalam doa ayah."

Salam sayang, Ayah.


- Artikel iluvislam.com


Finally... My new Blog Outlook.. ^_^


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Akhirnya siap juga... huhu... Penat?.. =_+ Tak usah katalah... hehe.. Penat berfikir macam mana nak dapatkan Output yang simple tapi sedap mata memandang.. Dari tadi asyik tukar layout dan pilih warna yang nak digunakan.. Mula-mula fikir warna white.. lepas tu; tukar warna blue; finally warna pink.

Saya guna Photo scape dengan paint je.. Walaupun lenguh tapi; ia membantu senaman jari.. untuk sensori motor halus.. Huhu ",)


Ok; tinggal sikit masukkan coding html Nuffnang.. Lepas tu dah boleh rehat... dan lepas rehat boleh la siapkan Buku Rekod Pengajaran untuk esok dan minggu ni.. Episod baru bermula.. Ya; sebelum semakin sebok nanti, baik saya siapkan dulu.. ",)

Ingat 5 perkara sebelum lima perkara.. Dan; Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali insan yang beramal soleh.. InsyaAllah.. Moga kita dari kalangan orang yang soleh dan soleha.. Tapi; kalau spent time terlalu lama di hadapan laptop saya risau masa berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya dan tinggal sia-sia.. Selagi kita saling mengingati dan membaca bahan bermanfaat selagi itu ia masih dalam proses pembelajaran pada saya.







Saturday, March 17, 2012

Update Header coming soon..






Najib kata RM700 untuk satu kerja tak masuk akal







IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan kenyataan pihak Indonesia bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke negara ini hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebagai tidak masuk akal.

Najib berkata, beliau hairan dengan perkembangan terbaru itu kerana ia bertentangan dengan persefahaman yang dicapai antara beliau dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2, Menglembu, di sini, hari ini.

Sumber BHOnline


kalau sudi like lah ye.. thankks ",)


Patut la rasa tulis ENTRI haritu; macam mahal sangat kot.. Lumayan kalian! huhu... Malaysia citizen pun ade gaji bawah RM700.. So; tak patut kalau buat 2;3 keje dapat RM2,100.00 sebulan.. Untung mereka.. Kita; gigit jari.. ",) Ada yang kata gaji Maid lebih tinggi dari Majikan.. dan yang kata mereka kat sana kaya raya; kat sini selesa tapi; rakyat Malaysia masih tak menentu dan kehidupan masih belum stabil... Ada jenayah berpunca dari kemiskinan; masalah sosial dari aspek taraf hidup dan kemiskinan.. hah; nasib baik PM beri feedback.. Ramai yang merungut..


Friday, March 16, 2012

Alhamdulillah; BE masih setia..







Selamat Tengahari semua.. Tadi check Nuffnang sekejap... nak tengok BE masih kekal ke.. cuma singgah sementara.. and; Alhamdulillah! Still alive... 3 BE : Great Eastern;Life Assurance, Miss World Malaysia dan Celcom I love Music masih kekal berterbangan di sini... Thanks Nuffnang!..
Tapi; traffic slow.. ",) Takpelah.. Baru nak worm up dulu... Sempat juga check sape lah yang singgah ke Blog saya ni sebelum nak reply Blogwalking there kan... haaa... finally saya dapat lah kenalpasti... Nanti saya singgah sane kejap ye... Orang berbudi; kita berbahasa.. Walau sekadar singgah dan beri salam.. ",)



kalau sudi like lah ye.. thankks ",)

Dan; di bawah ni adalah antara recent Blog yang singgah dekat Blog saya..


Ok; Blog-blog tu seperti senarai di bawah ye.. Thanks semua.. Traffic Weekend for all of u.. ",) Pada kawan-kawan lain yang singgah blog mereka; silakan..


Ok; thanks semua..

Tahap Stress rakyat Malaysia kritikal..

Moga hidup anda seindah Bunga Sakura.. ",)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah; kita masih dapat meneruskan kehidupan dengan penuh baik, insyaAllah.. Macam mana hari cuti anda semua? Wah... seronoknya! Mesti diisi sebaiknya.. insyaAllah... Isilah kekosongan hari dengan penuh manfaat dan pasti menggembirakan kalian..

Bukan apa; keceriaan akan memberi impak atas kesihatan kita baik fizikal mahupun mental. Contohnya; sports activity seperti joging; berenang; berjalan di taman dengan keluarga; bowling; badminton; dan macam-macam lagi tu sangat baik untuk menjamin kesihatan yang berterusan..



kalau sudi like lah ye.. thankks ",)

Siapa yang baca akhbar hari ni mesti terkejut.. Dah satu; timbul satu lagi.. Masalah berpunca dari kesihatan mental.. Bila stress melampaui batas dan keterlaluan; tindakan "kejam" macam tu sesuatu yang lumrah bagi mereka. Ya Rabbi.. SubhanALLAH... Macam mana tu? Seram lah... Dulu; kes simbah asid; lepas tu; haruan makan anak; dan jenayah lain-lain... buang bayi menjadi satu kebiasaan dan lately; bunuh family sendiri melalui "bakar" dan hari ni kalau kita baca akhbar; tikam pulak.. Ya ALLAH... Kejamnya.. Paling kasihan; pregnant mummy.. Mana rasa cinta mereka? Mana hilangnya kasih sayang dan simpati antara hati mereka?



Siapa yang perlu mainkan peranan? Masalah stress sudah sampai ke tahap yang kritikal. MasyaAllah... Bila stress di tahap kemuncak hilang semua perasaan.. Stress yang baik untuk menjadi satu semangat anjakan paradigma yang baik dan positif menjadi lebih buruk apabila sampai ke satu level yang sukar dikawal. Apapun; moga kita dilindungi dari sesuatu yang tak diingini.. amin..

Semoga jalan kehidupan kita penuh bahagia dan lurus di atas satu jalan yang benar..insyaAllah..

Ya ALLAH; Peliharalah hati-hati kami dengan penuh kasih sayangMU.. Peliharalah hati kami dari tekanan yang keterlaluan. Berilah kami petunjuk atas setiap kesusahan. Dekatkanlah hati kami dengan kasih sayangMU. Kurniakanlah ketenangan dalam hati kami.. Berilah kami nur cahaya petunjukmu, Kurniakanlah kami bahagia MU dan selalu dalam kecukupan... Hindarilah dari apa yang tidak terdaya oleh kami.. Hindarilah dari bahaya dan ancaman kekerasan.. Amin Ya Rabbal Alamin...
Rabbi yassir wala tu`assir..waj`alna minanNajihin...Amin...


ni pun same..kalau rasa nak like; like je.. ^_^

Walau siapa pun kita; dan di manapun kita.. insyaAllah andai kita tak melampaui batas dan bersederhana dalam kehidupan... hati akan menjadi tenang.. Sesungguhnya; solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.. insyaAllah.. Kembali kepada hidup yang tenang dan bahagia bermula dalam diri kita sendiri.. Jangan pernah give up dan berputus asa.. Anggap sahaja kita melalui satu proses belajar di Universiti kehidupan dan sabar atas setiap ujian.. Syukur atas nikmat pemberianNYA.. insyaAllah...


Lastly; cuba baca link ini wahai lelaki budiman..

Sekian; Happy Weekend.. Next week dah start sekolah!..
Selamat bekerja buat guru-guru;
Teruskan belajar buat murid-murid dan pelajar sekolah..


Rutin Harian.. Uitm



A'uzubillahissami il aliminassyaiton nirrajim... Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah; terpanggil untuk menulis entri rutin petang sekejap lagi.. letih Blogwalking dan membaca beberapa nota.. yang hasilkan sekadar beri kefahaman awal; saya taip laju-laju... insyaAllah.. Sepatutnya entri untuk Learning Journal.. tapi; memandangkan nak tulis menggunakan bahasa Melayu; jadi saya post di sini..



Kelas hari ni akan bermula jam 6petang. Tapi; memandangkan masalah jem dan sebagainya oleh sebahagian pelajar yang bekerja jauh dari Puncak Perdana (mostly mereka bekerja di KL); jadi kebanyakan lecturer dengan baik hatinya memulakan kelas mereka jam 6.30petang. Begitu juga hari ni..

Uitm kampus Puncak Perdana nie sebenarnya low profile sikit sebab lokasinya in the jungle.. hehe.. takdelah; cuma area yang baru membangun.. So; agak jauh sedikit kalau mereka datang dari KL. Ok; pelan lokasi seperti di bawah ni..

Tapi; kalau Uitm kampus Puncak Perdana memang dekat... Dalam 10 ke 15 minit dah sampai.. Kalau ikut gambar nie sebelah je.. Tapi; sebenarnya adelah jumpa beberapa simpang.. then dah sampai...


Dan; gambar di bawah nie adalah jejantas laluan pejalan kaki yang membolehkan pelajar masuk keluar dari bangunan kuliah dengan kolej kediaman mereka. Di laluan ni jugalah saya berulang alik dari rumah ke bangunan kuliah.. Gambar dari Google.com


Kelas petang ni will be Islamic Record class.. But; tak bermakna zon menutup aurat.. So; terpulang pada individu. Saya; seperti biasa.. Menjadi diri sendiri; dan cuba catch up dan grab sebaiknya... Tinggal beberapa bulan je nak menghabiskan moments dan pengorbanan masa sebegini..



Gamba ni juga saya ambil dari Google.com.. hehehe... comel ;)

Baiklah; mari kita renung-renungkan kata-kata hikmah ini...

Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, tidak Allah takdirkan tanpa tujuan. Carilah apa tujuan itu... InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa bertujuan. Capailah tujuan itu kerana disitulah letaknya kejayaan dan kebahagiaan kita.
Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan. Allah mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini.
Tujuannya? Untuk kita menjadi lebih baik... sebagai hamba Allah dan Khalifah!

Ilmu yang sebenar membawa takut kepada Allah. Jika tidak, itu sekadar maklumat. Untuk menukar maklumat menjadi ilmu... perlu amal. Amal perlu mujahadah.

Mujahadah itu 'perang dalam diri' yang siksa dan menyakitkan.
Namun, setelah beberapa lama... bisa akan bertukar biasa. Biasa akan menjadi manis... Dan akhirnya kita menjadi mujahid kebenaran!

Mujahadahlah, lebih baik kita 'sakit' kerana menempuh taat daripada sakit menempah maksiat.

Hizbullah dan Hizbusyaitan sama-sama menempuh kesusahan kerana dunia memang negara ujian... untuk pendukung kebenaran dan pendukung kebatilan.

Wallahua'lam.

dan; akhir qalam... pernah tak anda merungut dikurniakan rezeki pada bidang yang anda tidak sukai? Sebenarnya mengharapkan nasib anda lebih baik dari keadaan sekarang? Cuba renungkan kata-kata di bawah.. insyaAllah; sedikit sebanyak memberi kesedaran buat kita... diulangi.. kita... saya juga. Sebab; saya juga seperti anda.. Manusia tidak pernah puas dan menghargai ketentuanNYA.. Sedangkan sebenarnya Allah Maha Mengetahui setiap ketentuanNYA pasyti baik buat hambaNYA yang dirahmati.. insyaAllah..

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

renungan buat PARA PENUNTUT ILMU.. BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH :-)

-Sekian- Bi Taufiq wa Najah fi dunnia wa Akhirat

Thursday, March 15, 2012

Siri dialog pendidikan April



Saya copy paste sahaja..

Oleh Meor Hisham Zulkifli, Zanariah Abd Mutalib dan Sophia Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2012/03/16

pix_gal0

Kerajaan kumpul maklum balas orang ramai rombak sistem pelajaran


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengadakan beberapa siri dialog peringkat kebangsaan bermula bulan depan bagi mengumpul maklum balas orang ramai mengenai penilaian mereka terhadap sistem pendidikan negara yang kemudian dijadikan input penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hasil siri dialog yang akan berakhir hujung tahun ini akan dinilai dan diteliti dalam usaha kerajaan melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan bagi memastikan kualiti, peluang dan pendemokrasian pendidikan negara sentiasa dipertingkatkan.
“Kita menjangkakan laporan awal dapat dihasilkan pada penghujung September 2012 dan laporan akhir dikeluarkan pada Disember 2012 serta diikuti dengan penggubalan dan pembangunan Perancangan Strategik pendidikan yang baru,” katanya yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), di Dewan Rakyat semalam.

Tiong bertanya sama ada kementerian berhasrat mengkaji semula sistem pendidikan dan tindakan serta perancangan baru dalam memberi penekanan kepada pemulihan akhlak mulia pelajar.

Muhyiddin berkata, kementerian sudah menubuhkan Pejabat Pengurusan Projek diketuai Ketua Pengarah Pelajaran bagi menggerakkan usaha penilaian terhadap sistem pendidikan secara komprehensif dan holistik.

Beliau berkata, bagi mencapai tujuan itu, penilaian akan mengambil kira sembilan bidang utama termasuk guru, pemimpin sekolah, kualiti sekolah, kurikulum dan pentaksiran, penguasaan pelbagai bahasa, peluang pendidikan lepasan menengah, ibu bapa dan komuniti, kecekapan dan keberkesanan sumber serta sistem penyampaian pendidikan.
“Kita melantik panel untuk mengkaji hasil penilaian itu termasuk panel pada peringkat kebangsaan dianggotai pakar pendidikan tempatan serta panel kedua yang turut dianggotai empat pakar pendidikan dari luar negara.

“Hasilnya akan saya bentangkan kepada Kabinet, sebelum dijadikan hala tuju, iaitu rancangan pelaksanaan bagi tempoh tiga tahun dan tahun berikutnya,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Tiong sama ada Perancangan Strategik itu akan mengambil kira pembangunan infrastruktur sekolah di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak, Muhyiddin berkata, aspek itu sudah diambil kira sejak tahun lalu dan beliau sudah menerima laporan audit yang mengenal pasti 600 sekolah daif yang memerlukan bantuan.

Menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung keperluan serta nilai tambah pada komponen peta minda dalam sistem I-Think, Muhyiddin berkata, ia perlu bagi melahirkan pelajar yang bukan saja pandai dalam pelajaran tetapi mahir dari segi kreativiti, inovasi dan kemahiran berfikir.

“Kita dapati pelajar agak mahir dalam pelajaran, namun dalam ujian tertentu termasuk Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), ada kekurangan ketara berbanding pelajar di beberapa negara maju terutama keupayaan dalam kemahiran berfikir.

“Ini tidak bermakna guru tidak mahir, mereka terlatih. Tapi bila kita lihat hasilnya, kemampuan pelajar terbatas dalam bidang kreativiti, inovasi serta kemahiran dan sebab itu kita laksanakan program ini yang dijangka merangkumi semua sekolah pada 2014,” katanya.

Sumber : BH Online

Menu RM2 dan RM4 buat adik-adik di IPT hujung tahun ini..


Beri manfaat kepada 1.3 juta penuntut

BANGI: Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, bagi membolehkan 1.3 juta penuntutnya menikmati sarapan pagi pada harga serendah RM2 dan RM4 untuk hidangan tengah hari.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama.


Sehingga 14 Mac lalu, sebanyak 1,480 premis, termasuk 103 kafeteria di 40 IPT menawarkan menu makanan itu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan sasaran 3,000 premis menawarkan menu itu menjelang akhir 2012, sejajar inisiatif berterusan kerajaan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat, selain mengekalkan subsidi barang keperluan.

Katanya, sasaran itu juga selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu menu makanan dan KR1M dinikmati segenap lapisan rakyat.

“Kita sudah bincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Malah ramai pelajar mahu MR1M dan KR1M dimulakan di IPT mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sin,i semalam.
Setakat ini, terdapat 26 KR1M dibuka di seluruh negara dan kerajaan mensasarkan membina 85 kedai rakyat menjelang akhir tahun ini.

Ismail Sabri berkata, UKM menjadi antara IPT awam yang menawarkan MR1M dengan 16 premis kafeteria menawarkan menu makanan rakyat itu.

Mengulas mengenai persidangan Gerakan Pengguna Siswa, Ismail Sabri berkata, persidangan tiga hari bermula kelmarin itu, menyaksikan perwakilan GPS dari 70 IPT berhimpun dan mengutarakan pandangan dan idea mereka dalam memperkasakan suara pengguna di kalangan mahasiswa.

Sumber : BH Online


Wah; jimat adik-adik mulai hujung tahun ni..

Pembantu Rumah; Maid : Wah lumayan kalian.. hehe ",)

Amah buat satu kerja gaji RM700

2012/03/16

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.

Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA

Wah; lumayan kalian..
Siap ada spesific lagi.. Pengkhususan kerja tu.. Ish3x; dah sama basic gaji kerani tanpa pengalaman lepasan SPM di syarikat-syarikat kecil..& untuk golongan yg mampu la ni..

Search By Title

Loading...

My Words..