About me:

My Photo
seorang khalifah di muka bumi barakah; hamba Allah yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbi si Kecil yang masih belajar di Universiti Kehidupan.... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi pada cintaNYA yang tidak bertepi..moga DIA kurniakan Istiqamah di hati.. insyaAllah.. Setiap insan tidak sempurna Tetapi perlu mencari kesempurnaan diri Kenali diri bina identiti Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Blogger Cun dan Hensem

Sudi-sudikanlah klik.. ",)

Muzik Hati

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, April 28, 2012

Thanks Nuffnang.. but, lately without BE~

Assalammualaikum...

A very good morning to everyone.. Weekend spend time with Assignment and Laptop. But, i have to "take 5 minutes" for enjoying my writing and blogging...


Sebuah lukisan lama yang disimpan sehingga ke hari ni.. lakaran around year of 2005, dikerling.. erm, tenang~ 


Sambil membelek one of my assigment II: Hadith Retrieval Skills yang masih lambat lagi due compare yg lain. So, simpan dalam drawer category : hold on~

Weekend ni sempat check Nuffnang Earning. and, suddently.. erm, so sad lah.. No BE for this week.. sob3x.. hehe.. tak apelah, takde rezeki lagi... 

Therefore, teringat pada slip "bonus from Nuffnang" - bonus ke???... nope. it's a earning from advertisers, from year 2010 until 2011. This year, baru berapa sen sahaja. But, it's ok.. As long as i am happy Blogging, is enough~ I'll try to make this blog as a platform to write and share the knowledge. When knowledge are spread out, so we become more better.. InsyaAllah.. The more we give the more we get, insyaAllah.. and, "Jangan kedekut ilmu"~

So far, i am happy and thankful because every year dpt sikit jer from Nuffnang .. walau sikit pun, it really meaningful sebab:

1. Atas usaha sendiri/ hasil sendiri
2. Help others by sharing info and knowledge
3. Practice write my voice
4. Good hobby without wasting time surfing

Photos below for appreciate Nuffnang's bonus given :p Average RM50 after deducted RM1.00 for "cash in" a cheque~


Year of 2010.. thx~


Year of 2011.. ",)

So, 2012 hopefully make a $$$ to BE.. InsyaAllah ^_^  I still search an effective way to be an effective and benefit blogger, insyaAllah, beside a good practice for my writing skill. 

Enjoy my mom's cook~

In the Name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful.. Thanks to ALLAH, for give me a happiness and good cook by my mum.. 


a great cook by my mum.. "Ayam Masak Kicap"


my favourite "Sambal Ikan Bilis Tomato" yang sangat spicy~ yummy... by my adik kandung ^_^


and my delicious "cabbage soup" made by my mum~

Simple but so meaningful to me.. 

May... opps; Teacher's Day

Hampir terlupa akan tarikh keramat pada bulan May.. 16.5 will be a teacher's day. Sempena entri lama told: my kindergarthen akan adakan 1 sambutan Hari Ibu pada 20 May 2012, tiba-tiba jari laju menaip dan terus menaip.. 



What define of 'teachers'?

Answer: teacher or schoolteacher is a person who provides education for pupils (children) and students (adults). The role of teacher is often formal and ongoing, carried out at a school or other place of formal education. [Wikipedia] 

A Kindergarten Teacher instructs students who are four to six years old using games, technology, group activities, crafts and storytelling. By developing language skills, social skills and problem-solving ability and introducing math and science concepts, Kindergarten Teachers prepare students for higher levels of learning. Kindergarten Teachers generally need a bachelor's degree and teaching certificate to work in public schools; however, licensure is often not required by private schools.

[Education Portal.com]

weee.. saya juga berpinar-pinar membaca answer dari dictionary online nie.. :p

Apapun, as long as someone is teaching students, whether from pre school, primary, secondary and university and college; they can be a teachers. Even lecturers should be appreciate on the Teacher's Day. sebab?.. tak ada "Lecturer's Day" am i right?



Reality in this education field;

-Teachers is just not teaching a education method and subject, but.. it more than that. Yes... more than that. You may check the above picture~ 

Apapun, di kesempatan yang ada, i would like to wish "Happy Teacher's Day" in advance for all my teachers.. since i was in my pre school until now.. include all my lecturers.. 

Without them, i am nobody. May ALLAH Bless them, InsyaAllah..

Later i will write something about my improvement after i studied in Uitm. Stay tune and keep following read to know what is my before and after continue study since 2008 until 2012 (4 years). InsyaAllah, at the end of my semester week, i'll post all my review about my study moments and progress. InsyaAllah~ May ALLAH Bless everything.. again, i said; i am nobody without my teachers..

"Happy Teacher's Day"


♥ ..::Ibu, kaulah ratu hatiku::.. ♥

Alhamdulillah, saya pasti semua orang sayang ibu,
Walau bagaimanapun ibu kita..
Sesungguhnya jasa ibu sejak mengandungkan kita, membesarkan kita, menyusukan, mendidik, membimbing, melindungi dan mengasihi kita terlalu banyak... Ok, back to the topic..

"Ibu, kaulah ratu hatiku"

Sebenarnya, tidak ada hari yang diiktiraf sebagai hari ibu menurut Islam. Namun, sejak sekian lama kita dah sionim dengan hari ibu. Apapun, tetapkanlah nawaitu di hati bahawa kita meraikan ibu kita setiap hari.. Apapun, pelbagai cara untuk kita menunjukkan rasa sayang dan penghargaan buat ibu. 

Antaranya;

1. Doa adalah hadiah terindah buat ibu kita.. Ia cukup dituntut agama sehingga ke syurga sana. Antara amalan dan harta yang tidak akan putus oleh   seseorang adalah doa dari anak-anak yang soleh. InsyaAllah.. Moga kita semua sedar akan kepentingan mendoakan kedua ibu bapa kita. Itu yang terutama.. insyaAllah~


Mum, i always love u~ whoever u are, ur sacrifices never end.. till the rest of your life, u always do the best for your kids.. 

For me, mother is my everything. Since i was in my childhood, ibu bersusah payah membesarkan, memberikan pendidikan sewajarnya, tanpa mengenal erti kesusahan dan kepayahan hidup. 

Sehingga sekarang pun pengorbanan ibu masih besar.. 

May ALLAH Bless her.. insyaAllah, amin.


Pesan ibu sentiasa menjadi azimat buat bekalan hidup. Nasihatnya menjadi pedoman dalam kehidupan. Selamanya di hati.. hingga syurga menjadi pembela diri.


Idola hatiku..

Ibu, Moga ALLAH merahmatimu...amin


Sebut tentang hari ibu, insyaAllah.. i've to work on 20 May 2012 for Mother's Day c.u.m Teacher's Day celebration for appreciate a mother's sacrifices,  and in order to make a close relationship between parents and teachers; conduct by our kindergarthen.. ~Tadika Suria Perdana~ 

Harap-harap ia memberikan a new experience for me. insyaAllah~

I'm new in this field, so.. i never aim or expect something from my students. Cukuplah hanya mereka wish; "Happy Teacher's Day"~ Even though a tittle of "kindergarthen teacher" is not as big as "secondary school teacher" or even, "primary school teacher" but.. i am happy that my destiny for a few moments to be education guide and mentor for a little caliph, kids, and somebody for tomorrow~ InsyaAllah.. even though i have to teach them English, Science, Sports, Fardhu Ain and Qiraat read only, but i hope it will bring a good experiences to me ever... 

Seandainya ia pengalaman yang singkat @ i am not in my chair like now in the future, but i am satisfied that, i have effort to help them... my lovely students.

Sebenarnya, masa depan masih belum menjanjikan saya untuk terus menjadi seorang "kindergarthen teacher" forever and ever... But, at least, i'll try to be as best as i can for this time.. insyaAllah.. and a good method for my life as well. Thanks ALLAH.. I'm not best for everything, but i'll try to be the best for my students.. insyaAllah..

Friday, April 27, 2012

Awan Puncak Perdana, Shah Alam ~

Let's enjoy the photos..

Pictures make a thousand story~


dari sudut tingkap..


Bukit Puncak Perdana..


Tanya sama awan: apa sebab hujan?


Uitm dihatiku~


sambil reading + assignment; {Drawing}..




Women's heart... =_=

Undang-undang Kemanusiaan

Tertarik pada segmen “Magnet Diri” oleh Ustaz Amin Idris dalam rancangan “Assalammualaikum”,last weekend terdetik hati terus untuk menghasilkan 1 artikel bertemakan kebahagiaan. Semoga ia menjadi kesedaran buat kita semua, dan moga ia membawa manfaat kepada kita semua termasuk saya. InsyaAllah..



    1.   Mahu dihargai
    2.   Mahu rasa diri berguna
    3.   Dikenang kebaikan mereka
    4.   Mahu rasa penting
    5.   Tak suka publisiti murahan – diperli @ diampu / kaki aircond
\
    Make a people like a thousand pounds.

    Amin Idris ada mengingatkan tetang 1 teori kasih sayang dan kemanusiaan. 

  Memberi adalah syarat menerima. Teringat pada pepatah Inggeris dari salah seorang pensyarah wanita sewaktu saya belajar di Semester Pertama di Uitm. Beliau selalu menyebut pepatah ”What u give u get back”.

   Orang berbudi, kita berbahasa. Orang yang tidak berbudi kita tetap hargai orang itu. Jangan benci membenci. Kerana kuasa kasih sayang boleh mengubah kehidupan.
~Wallahualam~ 




-Bersambung...~

Kerinduan untuk menaip.... Welcome May.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berkesempatan "update" Blog kesayangan yang diabaikan 'lately'. Bukan apa.. berkhidmat dan mendidik si kecil sambil melatih diri untuk belajar menjadi seorang wanita yang serba serbi tahu tentang tanggungjawab sebenar kita diamanahkan di atas dunia ini.. almost a week spent time (stay) at kindergarthen dari awal pagi sehingga malam merupakan pengalaman terindah!.. Paling best! Suasana malam melihat gelagat murid-murid 5-17 years mengaji was very awesome!.. Seronok melihat kanak-kanak kecil dan remaja mengaji sekolah rendah, menengah ni.. Alhamdulillah. Sejuk ke mata memandang a little caliph mengalunkan kalimah Allah dan berpakaian serba indah.. Sememangnya, mereka bakal ahli-ahli syurga andai istiqamah membaca Al-Quran. 

Kita semua sama, diamanahkan mejadi Khalifah Allah, Ummah Rasullullah S.A.W, dan telah diatur perjalanan hidupnya. Cuma, biar apa pun amanah Allah @ tugasan yang ditetapkan, kita perlu lakukan yang terbaik dengan penuh ikhlas. InsyaAllah..

Pejam celik pejam celik April hampir meninggalkan pelbagai pengajaran, pegalaman, pendidikan dan tarbiyah non formal buat kita semua.. May 2012 hanya tinggal 3 hari lagi mengisi diary kehidupan.. insyaAllah..



May 2012 tentunya diharapkan semoga membawa keberkatan, kemurahan rezeki, kebahagiaan dan kejayaan, insyaAllah.. Semoga masa yang berlalu tidak disia-siakan begitu sahaja. Semoga kita semua akan manfaatkan sebaik mungkin.. Semoga peluang kita menjana pahala akhirat semakin terbuka luas. Bukan sahaja peluang kejayaan duniawi menjadi impian, tetapi mudah-mudahan, kehidupan lebih memberi keinsafan kepada kita untuk memperbanyakkan amal kebaikan. insyaAllah..



7 bulan meneroka alam pendidikan awal kanak-kanak masih belum cukup untuk menjadikan diri cukup arif tentang si kecil. Semakin diterokai, semakin banyak perkara yang perlu dipelajari.. Ya Rabbi!.. Most of us thought, became a kindergarthen teacher adalah tugas termudah dalam proses pendidikan. Ya, dari segi silibus, tidak dinafikan.. Tapi, dari segi skill memujuk, meyakinkan, emosi, ekspresi wajah dsb.. perlu diperoleh segala perlahan-lahan dan diceduk dari pegalaman yang mengambil masa... Tapi, xapa..kerana semangat yang ada, berbekalkan kecekalan dan sanggup belajar melalui pengalaman pasti ia merupakan pengalaman yang pasti bermakna dalam tarbiyah kehidupa! insyaAllah..

Semoga kita semakin kuat melalui onak liku dalam menjalankan amanahNYA.. Walau apa pun tugas kita, walau bagaimanapun skop kerja kita.

Melatih sifat sabar.

Sesugguhnya, dalam apa jua perkara yang kita lakukan, kita perlukan sifat sabar dalam diri. Andai hilang satu sifat itu, habislah... Apa jua dugaan yang datang, apa juga rintangan yang menimpa, adai sabar menjadi penawar, insyaAllah.. segalanya akan berjalan dengan lacar. 

Ya ALLAH, kuatkanlah imanku untuk terus berkhidmat.. insyaAllah.. 

Wallahu alam..



Monday, April 16, 2012

Iklan - Jawatan Kosong

Bismillahirrahmanirrahim..

Iklan jawatan kosong buat sesiapa yang masih mencari pekerjaan sebagai guru tadika dan juga sebagai pembantu taska. 2 kekosongan, satu di Taska dan satu di Tadika. 

Terutamanya buat mereka yang berada di kawasan berdekatan.. Untuk yang berada agak jauh dari Taman Puncak Perdana Shah Alam, kemudahan hostel disediakan.. 

Details seperti tertera di bawah;


Jawatan kosong, di Tadika & Taska Swasta.

1. Guru Tadika 
2. Pembantu Taska;

Tadika Suria Perdana & Taska Suria Manja.
(Sepenuh masa) 
- Schedule akan diberi.

Lokasi : 

Taman Puncak Perdana, 
Shah Alam, Selangor. 

Berminat? Hubungi:

016-2047687 
(Zakiah Abdul Rahman) 

gambar minggu orientasi.. (tadika)

Buat adik-adik yang berminat, sila hubungi nombor bos akak tu ye.. 

Sekian.

Sunday, April 15, 2012

Bersangka baik..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,..

Saat mula kenal seseorang kawan, dan orang baru, bagaimana perasaan kita? Kalau saya akan fikirkan yang baik-baik tentang seseorang tu... Pertama sekali mesti tengok appearance, first impression. Bukanlah maksudnya menilai seseorang dengan pandangan stereotype seperti kalau cantik, tu mesti baik, bijak.. Tidak.. Tapi, cukuplah menilai seseorang yang berpenampilan baik itu tentunya, dalamannya agak baik juga. Sebab? Orang yang baik tentunya menjaga appearance nya. Tapi, belum tentu first impression baik, dia adalah seorang yang baik. Apapun, kita MESTI, MESTI dan MESTI bersangka baik sesama manusia..


Bila baca sahaja baca status iLuvIslam tentang berbaik sangka, saya teringat 1 kisah seorang teman.. 

Hamba ALLAH ni memang cukup gemar membantu kawan-kawan. Dia akan bersangka baik kepada orang lain waima baru dikenalinya. Suatu hari, dia mengenali seorang sahabat yang dilanda masalah yang berat. Hamba ALLAH ini tahu dirinya tidak mampu membantu sahabat yang baru dikenalinya itu... tapi, dia tekad membantu kerana dia tahu ia adalah tanggungjawab sosial.. InsyaAllah, segala usahanya pasti dipermudahkan dan dia harus membantu sahabat itu. 

Hamba ALLAH ini membantu tanpa ragu.. Alhamdulillah, segala masalah sahabat yang baru dikenalinya itu selesai.. Tanpa diduga, Hamba ALLAH ini mendapat peluang yang tidak disangka-sangka selepas memudahkan urusan sahabat barunya itu. Allahurabbi... Betapa besarnya kuasa Allah.. Perbuatan baik mendapat balasan yang baik.. On the spot. Cash!!..

Mulai saat itu, Hamba ALLAH ini tidak mudah berburuk sangka, tetapi berbaik sangka di samping berdoa semoga apa yang ditemuinya itu sesuatu yang baik-baik belaka. 


Dari satu sudut, kita perlu juga berwaspada dan berhati-hati.. Sebab, tak semua boleh diambil mudah. Biar bersangka baik, tetapi... bertindak secara rasional. Kalau dah boleh baca ia membahayakan kita lebih baik jauhkan.. Ya, dah kuasa teragung adalah, berdoa moga kita akan berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja.. insyaAllah,..amin.

Membantu boleh, tapi biarlah kena pada tempatnya.

Friday, April 13, 2012

Gas Petronas.. Kalau habis boleh call..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah, syukur saya masih boleh bertahan.. Actually demam sedikit.. Demam terkejut.. Tapi, masih boleh bertahan dan menulis! walaupun ada sedikit rasa sakit.. Ya, itulah TarbiyahNYA!.. Sakit yang diuji oleh ALLAH.. Allahurabbi..

Sebenarnya cuma nak post 1 entri je.. tentang Gas Petronas ni...


Jadi, kalau gas memasak di rumah habis.. Boleh la hubungi:

1-300-888 untuk Misi Gas Memasak Petronas - Beyond Gas Delivery.. haaa, takyah la nak angkat gas berat-berat naik atas rumah.. Lagi-lagi kalau rumah apartment takde lift :d

Harap-harap PETRONAS akan beri BE lah ye!.. Thanks.. * sambil mengenalpasti - gas almost dah 4 months dan sudah memberikan tandanya bakal habis soon.. So, nanti saya cuba perkhidmatan ni.. good! ",)

Tuesday, April 10, 2012

Wordless Wednesday.. Pertabalan YDA ke14: Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah; cuaca mendung di luar.. mulai redup.. Lazimnya ada fajar mula terbit dari ufuk Timur. Namun; tidak pada hari ini. Suasana sayu bertemu syahdu.. tiba-tiba; hujan halus turun dengan lebatnya membasahi bumi Allah... Tanpa ada petir yang saling meyambung dan cukup menakutkan; saya sifatkan hujan ini adalah hujan rahmat. Tapi; memang hujan yang Allah turunkan adalah rahmat ke atas penduduk muka bumi ini. Antaranya; hujan diturunkan buat tumbuh-tumbuhan dan pokok membesar serta tumbuh dengan subur; haiwan mendapat sumber minuman dan manusia juga dapat memperoleh sumber air, selain menikmati hasil tanaman dan tumbuhan serta haiwan ternakan yang sihat. InsyaAllah.. itu melalui kitaran saintifk. Apapun; marilah kita berdoa; bersyukur dan bertahmid menerima anugerahNYA yang hanya dapat dinilai oleh hati-hati manusia yang bersyukur.. InsyaAllah. Jom amalkan solat sunat Dhuha!... Kalau tak sempat boleh lakukan sehingga sejam sebelum zohor.. insyaAllah; rezeki dipermudahkan... yang paling penting niat perlulah ikhlas.



Hari ni; cuti.. sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong Sultan ke 14, iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. 

Seperti yang dirancang; saya hanya stay di rumah... melakukan aktiviti harian seperti mengemas drawer; lokers; dan almari since hari biasa busy tak termenang tangan untuk menyelesaikannya... Tapi; kondisinya masih "under control lagi"... :d  Cuma; tak proper arrange je..

After that; baru sempat nak update assignment.. Ye lah! Time has run fast! Tinggal beberapa 7 weeks lagi untuk final semester and the first presentation will be held on this Friday!.. Oh My ALLAH.. tapi; bahan untuk presentation masih belum 100% completed. Rabbi Yassir wala tuassir.. amin... 

Back to the topic; di kesempatan yang ada ni.. saya selaku rakyat Malaysia ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Daulat Tuanku sempena Hari Pertabalan Raja kita tu... Moga dikurniakan kesihatan; kekuatan dan keredhaan Allah untuk mentadbir negara Malaysia.. insyaAllah, amin...

Daulat Tuanku!.. May ALLAH Bless him.. amin...





Saturday, April 7, 2012

Serikan Baiti Jannati dengan Alunan Qalam ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah; semalam selesai 1 tugasan yang agak mencabar di UIAM Library. Berdasarkan kefasihan dan kelancaran membaca bahasa tulisan jawi dan pengetahuan asas Bahasa Arab insyaAllah; mudah. Tapi; saya agak moderate je.. sampaikan terpaksa meminta bantuan seorang pelajar di UIAM. Allahurabbi.. Tugasan tu mudah je sekiranya kita mahir berbahasa Arab dan lancar membaca jawi atau mengenal huruf jawi.. ",) Di situlah baru terlihat betapa bergunanya mempelajari Bahasa Arab.. Bukan sahaja untuk menuntut ilmu Allah, tetapi ia juga turut membantu urusan Duniawi dan Ukhrawi.. insyaAllah...

Apapun; Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik... Walau terpaksa membuang perasaan malu untuk bertanya.. Saya rasakan; semakin kita kurangkan rasa malu ketika belajar; ia semakin bagus!.. InsyaAllah; lebih effektif dan kesannya lebih pantas. InsyaAllah.. Mungkin atas niat yang telus; alhamdulillah; most of our groups semua dapat siapkan awal.. Lonceng berbunyi waktu Zohor dan perpustakaan ditutup mostly semua dapat completed the task. Syukur... 

Saya lihat dari satu sudut yang positif je.. Yang negatif malas saya nak layan :d.. 

Ok; secara positifnya; seperti yang saya tulis di atas. "Menuntut ilmu; belajar atau mencari berkat pengajian kena buang sedikit demi sedikit perasaan malu.." Cuma; jangan tak tahu malu sudahlah.. ^_^. Lepas tu; back to normal nak malu pun malu lah.. Asalkan ia malu bertempat dan malu untuk melakukan kesalahan; dosa dan kejahatan..

Selain dari itu; berbalik kepada tajuk..

"Baiti Jannati.." 



Pastinya kita nak rumah kita dijauhi dengan perkara-perkara; unsur-unsur tak baik atau negatif mahupun gangguan dari makhluk2x yang tak dijemput spt hantu dsb.. :p Mari kita amalkan membaca surah Al-Baqarah.. atau kalau tak mampu nak baca atau wanita tengah dalam keadaan uzur, alunkanlah Surah Al-Baqarah melalui Laptop; kaset dan sebagainya. InsyaAllah; segala syaitan; dan jin jahat itu pasti akan berlari jauh dari rumah kediaman kita. InsyaALLAH... 

Nasihat dengan membaca Surah Al-Baqarah itu saya berkali-kali dipesan oleh beberapa orang guru; pensyarah; dan beberapa orang sahabat.

Nasihat ini juga diperoleh melalui finding yang kami perolehi melalui group assignment semalam di UIAM. Menurut hadith sahih; Bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan akan bertempiaran dari rumah yang dibaca surah Al-Baqarah".. 

Selain itu; menurut Hadith yang kami temui semalam..Kata Rasulullah s.a.w lagi kepada Abi Musa yang bermaksud lagi: Sesungguhnya, kalimah "La haula walaku wataillah" Tiada kekuatan selain dari kekuatan ALLAH merupakan umpama harta yang banyak diari dalam Syurga. Jadi mari kita perbanyakkan menyebut "La haula walaku wataillah".. 

Sekian sahaja apa yang boleh dikongsikan buat manfaat sesiapa yang ingin mengamalkan..insyaAllah..


Friday, April 6, 2012

2 Months more..

..::Subuh datang lagi..

Gelap bertukar menjadi terang.. Mentari mulai terbit di Ufuk Timur.. 2 months to go with a 2 responsibilities.. As a student and a teacher as well. Memang tanggungjawab itu bukan mudah. But; as long as we try to take it easy with a plan;  insyaAllah... everything can be okay.. 

2 Months to go with a big sacrifices.. insyaAllah.. 

Time run fast and it was make a good life study method in the University of Life.. Alhamdulillah.. Praise to ALLAH; Praise to ALLAH.. Something happened with a reason.. insyaAllah.. 


I'm sorry Digi..

Now i know.. 

Ya Rabbi; tak berapa notice about Digi WWWOW at Nuffnang tu.. Apepun, since I was read from below link; (*even banyak kali dah login Nuffnang.. sebab before tak pernah nak joint any contest)


Vote Me Everyday

23 April - 13 May 2012


"Life as a blogger is about how we write; makes friends; communicate; social with others in a virtual interactive medium. I choose Blogging is about to express my thoughts; to get pleasure by share with others even it was a virtual diary to me; as long as we can kept our secret privately. Else, when we write we have to identify which most important to kept separately; not in Blog.

Therefore, we have to look a step ahead within our life journey. Inside here; i'll share all my view and writting about motivation and spiritual. InsyaAllah..

Being born as a Muslim doesn't mean that I am a better than others; but i will always share about the good entry and articles that may enrich our knowledge about the religious and motivation as well. Those articles were copied from a good sources or else, I just give my point of view.

I hope 2012 will bring a good paradigm changing to our Blogging world. Writing is about my heart meals and i'm sure others will agree with me.

"Kehidupan bukan semudah yang dijangka. Walau sukar, berkat kesabaran dan kegigihan tanpa mengenal penat dan putus asa pasti membuahkan hasil yang memberangsangkan. Tolak tepi segala ujian dan halangan kerana tiada kejayaan datang bergolek. Tidak ada kejayaan yang manis tanpa melalui satu proses kesukaran dan kepahitan. Permata yang berharga pastinya tersimpan dalam dasar laut dalam timbunan lumpur. Manakala rama-rama cantik itu juga menetas melalui seekor ulat beluncas yang tidak menarik... Semoga perjalanan kita diakhiri dengan sebuah kejayaan dunia dan akhirat."

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" Surah Al-Insyirah, ayat 5-6.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" Ayat 1000 Dinar."



Kena tangkap dengan Digi.. pose with iPhone dan iPad tablet..

Bismillahirrahmanirrahim..

Balik keje tadi cepat-cepat saya berjalan.. It about 10 to 15 minutes untuk sampai ke rumah sewa dari tadika saya berkhidmat. Cuaca sederhana; tetapi tetap ada matahari.. So; dengan berpayung saya pun melangkah laju mengejar masa.. Bukan apa pun; niat nak settledkan 1 urusan di pejabat Uitm sekejap sekitar jam 5petang.

Tiba-tiba.. *langkah saya terhenti.. sebab dihalang oleh 2 agent Digi.. nak tak nak stop kejap..Dalam hati dah geram ni.. Alahai apesal saya yang menjadi mangsa ni.. Mesti sebab student uitm masih ada kelas.. Petang-petang lagi sikit ramai lah yang akan tersnap... Contest ape lah kali ni... Atau survey.. Alahai..

Perbualan seperti di gambar di bawah..



Anyway; maybe randomly depa snap surrounding area Uitm P,Perdana; KLMU dan Limkokwing berdasarkan info kat SINI. kot lah...  Tak tanya apa-apa pun, dah depa tak sempat nak explain tapi tetap klik.. dan saya sempat pose senyum... Takpelah, asalkan settled keje d'org oklah.. Apapun; saya tetap beri sokongan waktu tu..

Tak pasal2x glamour 1 minit.. Siap pose dengan iphone dan ipad tablet tadi.. *saja buat saya minat kat ipad tablet tu :D Entah2x; oleh sebab saya tak comel maybe mereka akan delete.. after filtering process.. ",) Apepun; saya tetap berikan kerjasama untuk mereka seminit.. ^_^  walaupun comot..lucu :)


Wednesday, April 4, 2012

Diary seorang guru. Saat janji termenterai..



Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah; sempat untuk update Blog sementara kekangan masa bekerja dan berehat serta menghadiri kelas. Nasib baik kelas untuk semester terakhir ni tak de la frequent mcm semester sebelum ni... Syukur.. 

Kerja; kerja dan kerja... 

Saya baru mengenali apa maksud pekerjaan yang sebenarnya. Pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas bukan dengan hanya mengharapkan ganjaran semata-mata. Bukan datang lewat balik awal; datang balik hujung bulan dapat gaji; ataupun selalu beli MC untuk skip duty dan hujung bulan claim MC tu.. Dan yang paling teruk; bukan makan gaji buta; yang datang kerja hanya main game; jumpe kawan-kawan serta "mengular" yang menjadikan politik kerja semakin tak best! Ataupun; bekerja bagai dipaksa (like a cow - mengikut je).. Atau secara lurus dan membuta tuli..

*Bukan saya mengata @ mengaibkan sesiapa... cuma; saya menulis berdasarkan pengalaman.. kerana saya juga belajar dari kesilapan. Kesilapan yang sudah menjadi budaya kita.. ya; budaya kita... awak semua.. termasuk saya.. dulu... dulu ya, bukan sekarang :d

TETAPI; kerja yang mempunyai objektif; mempunyai misi.. dan ikhlas mengharapkan keredhaan kedua-dua dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Biarlah ia bukan 1 pekerjaan yang glamour dan low profile. Biarpun ia dinilai "biasa" di mata manusia namun; ia tetap menjadi mulia di sisi ALLAH; Pencipta kita.. insyaAllah..

Saat janji termenterai.. Mulai saat pertama kali hadir bekerja; hati sudah yakin setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Yang pasti; kesukaran itu yang akan mengajar untuk menjadi lebih cermat dan bersiap sedia untuk memudahkan dan menjadikan kesukaran itu sebagai kesenangan. InsyaAllah.. 


Pertama kali hati menyatakan setuju untuk menggalas tanggungjawab ini; hati sedia belajar dan menjadi "kosong" atau "zero" atau "fresh" untuk mudah menerima pelajaran dan perkongsian mahupun pandangan mereka yang berpengalaman. Walau diri terasa terlalu merendah diri; namun itu lebih baik agar bersederhana dari terlalu meninggi diri tanpa sedar setiap manusia juga punyai kekurangan. ALLAH pastinya mencipta manusia dengan kelebihan tersendiri yang menjadikan manusia istimewa untuk saling melengkapi antara satu sama lain. insyaAllah.. 

Dan; guru itu akan sentiasa dikenang.. Hingga nyawa bertemu bumi... Betapa mulianya nilai seorang guru... InsyaAllah..nilai mereka di hati kita.. selamanya.. takkan pernah padam.. meskipun sudah tiada..

Kini baru ku tahu betapa berharganya nilai seorang guru.. Biar bagaimana pun cara mereka.. 





Monday, April 2, 2012

Business? Tolong promote Business housemate.



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah; walaupun agak penat hari ni, tapi dengan keikhlasan dan nikmat kesungguhan, segalanya dilalui dengan tenang.. Hari ni saya balik tengahari. Awal sikit sekitar jam 12.30tengahari. Alhamdulillah; atas nikmatNYA... 

Di kesempatan yang ada, saya recharge energy dan rehatkan minda.. Assignment perlu diselesaikan.. Keutamaan harus disiapkan. First presentation 13 April 2012 tapi; tak explore lagi anything. So; masa dan peluang yang ALLAH berikan semoga diberkati dan cuba dimanfaatkan sebaiknya!.. InsyaAllah..

Dalam pada nak berehat dan balik awal ni atas komitmen pada pelajaran risau juga pada "parents expectation" untuk murid-murid tadika. Evaluation dan Assesment pertama around May. Next Month!.. Allahurabbi... =_+ Takpe; it is a new experience to me.. insyaAllah..

Oh ya; back to the topic.. Sehari dua ni juga busy membantu housemate yang berbisnes kecil-kecilan ni... ^_^ Semoga sedikit bantuan dari aspek advertisement; dan marketing bukan berbentuk kewangan yang diberikan harap-harap dapat sampai ke sana.. Maksudnya dinilai di sisi ALLAH s.w.t. InsyaAllah.. Niat housemate saya yang merupakan pelajar Diploma Accounting Uitm katanya berniaga bertujuan untuk menderma sambil dapatkan side income.. Selain pandai memasak; dia juga pandai mengurut wanita.. Ye! saya dah cuba dan ok lah... Not bad dengan charge yang rendah. Tapi; perkhidmatan hanya di sekitar Uitm Puncak Perdana dan Resak Apartment; Puncak Perdana. Kalau dah tak menang tangan; insyaAllah dia akan hire pekerja katanya.. Doakan dia berjaya ye semua... insyaAllah..

Ok; jemput like facebook bisness dia. 




Sunday, April 1, 2012

Welcome April..

Pejam celik pejam celik, kita dah memasuki bulan April. Ya! Cepatnya masa berlalu.. Rasanya perancangan dan azam 2012 masih panas; baru dipasang... Tertunai? Sudah pasti belum... Baru nak cuba sedikit demi sedikit.. Yang pasti ia takkan pudar walau apapun dugaan yang datang. InsyaAllah..

Sesingkat masa itu juga akan memberi kesempatan ukhuwah antara housemate sekarang. Mengenali mereka atas aturan Allah secara kebetulan di kala kesesakan keadaan, akhirnya menjadi sebuah ukhuwah yang amat mahal dan harus dikenang dalam sebuah doa. InsyaAllah.. 



Saya pegang 1 Hadis Riwayat Al Bukhari yang bermaksud; 

"Barangsiapa yang ingin murah rezeki dan dilanjutkan umur (usianya) hendaklah ia menghubungkan silaturrahim".. 

Maksudnya; Silaturrahim (kasih sayang) itu akan membawa kebahagiaan bagi seseorang. Apabila ukhuwah terjalin dengan baik maka segala urusan akan dipermudahkanNYA... insyaAllah.. Segala-segalanya akan dipermudahkan.. dan umur juga tidak akan sia-sia.. InsyaAllah; kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan itu akan memanfaatkan umurnya..  Lalu dimanfaatkan dengan kebaikan.

Sebaliknya; Allah melarang memutuskan silaturrahim sesama islam kecuali Uzur Syarie.

Ya, saya nak panjang usia; dan saya nak juga murah rezeki... InsyaAllah.. 

InsyaAllah, cuba manfaatkan beberapa bulan terakhir dengan adik-adik serumah yang banyak berbakti kepada saya sepanjang tempoh tinggal di sini.. Semoga ukhuwah till JANNAH.. Tidak akan hilang biar ke mana pun kejayaan membawa diri masing-masing.. Sesungguhnya; i learn more about friendship a lot from them. It's only because of RM1.00. ",)

Dengan housemate.. Outing 31.3.12


Learn how to appreciate friendship.


Peace!!!..

About family... MasyaAllah, kalau dulu saya memang tersangat pemalu, nak tegur saudara sendiri pun segan, bertanya khabar pun tak pandai nak tanya... apatah lagi berbual bila saudara datang rumah. Yang pasti akan keluar bersalam bila emak paksa dan masuk dalam rumah tanpa berbual langsung.. 

Ada juga sepupu yang langsung tak pernah kenal dan tegur. Bukan sebab sombong, tetapi saya terlalu pemalu & tak pandai nak tegur sampaikan; kalau nampak somewhere, hanya senyum je agaknya... 

Tapi; insyaAllah.. time has grown up myself and i learn how to be able bring myself in the public especially 'saudara mara' ni and mendoakan semoga silaturrahim sesama keluarga tidak pernah akan putus... insyaAllah... Ya ALLAH, kurniakanlah kebahagiaan kepada keluarga kami... Eratkanlah ukhuwah antara kami dan berilah damai andai ada yang berselisih faham.. amin..

P/s : Tak sabar nak tunggu raya tahun ni... Nak menziarahi keluarga and nak beri duit raya pada adik-adik sepupu yang masih belajar lagi.. insyaAllah..


Search By Title

Loading...

My Words..